✨109✨

7 1 0
                                        

"Sayangg, bangun sayang, nanti lewat pula nak pergi kerja" lemah lembut Aiman kejutkan Auliya yang masih tidur

"Cinta, bangun sekarang sebelum abang cium" ugut Aiman

Tapi wanita itu masih tak bergerak. Hairan Aiman jadinya.

"Jelita mimpi apa ni nyenyak sangat tidur" tubuh isterinya itu dia peluk erat

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Badan Auliya terasa bahang panasnya. Dari posisi baring terus Aiman duduk. Dahi isterinya dia pegang lembut untuk memeriksa suhu badan wanita itu.

"Ya Allah sayang demam ni" kata Aiman terus bangun untuk mengambil sesuatu

Peti kecemasan yang ada di dalam almari baju dia ambil dan mengambil alat untuk memeriksa suhu badan isterinya. Tertera di skrin alat itu tertulis 39darjah bermaksud suhu badan wanita itu sangat tinggi. Terus Aiman ke hulu ke hilir melakukan sesuatu. Tuala kecil yang dah direndam dengan air lelaki itu perahkan dan letakkan di atas dahi sang isteri.

Wajah isterinya dia tatap lama. Sudah lama wanita itu tidak demam. Sekali Auliya dah demam memang teruk. Risau dia dibuatnya. Ubun ubun wanita itu dia kucup hangat.

"Hello Niel, aku tak masuk office harini, Auliya demam teruk ni" ujar Aiman sebaik sahaja Daniel mengangkat panggilan telefonnya

Lepas tu macam mana tu? Kau nak aku tolong hantarkan Aiden pergi taska dia tak?

"Takpe aku boleh hantarkan, nanti kalau ada apa apa aku minta tolong kau. Kalau ada document penting yang aku kena sign, kau bawa datang rumah aku ya" pesan Aiman

No problem bro, kau jaga je wife kau tu elok elok. Anything roger je aku

"Abang" panggil Auliya dengan suara yang hampir hilang

"Abang pergi je la kerja. Auliya boleh jaga diri" kata Auliya lesu

"No sayang I will not leave you" jawab Aiman

"Tap-

"Jelita. Rehat je okay. Don't mind me" lantas Aiman memotong ayat isterinya

"Rehat okay. Abang nak siapkan Aiden kejap" ujar Aiman

Auliya mengangguk lemah. Sepantas kilat Aiman mengucup dahi isterinya itu dan berjalan keluar menuju ke bilik Aiden.

>>

"Yah... mana mama..." soal Aiden sebaik sahaja selesai makan bersama ayahnya

"Mama sakit sayang. Harini ayah je yang hantar Aiden pergi school. Boleh?" Jawab si ayah

Aiden mengangguk tanda faham apa yang dikatakan ayahnya.

"Okay good boy" ubun ubun anaknya dia kucup

"Kita salam mama lepas tu kita pergi school okay sayang"

Aiden mengangguk.

"Mamaa, Aiden nak pergi school dahh" kata Aiman sebaik sahaja memasuki bilik tidur mereka sambil mendukung Aiden Nufael

Auliya tersenyum. Pipi anak kecil itu Auliya usap lembut usai bersalam dengan anaknya.

"I love you sayang" ucap Auliya

"We love you too, mama. Get well soon mama" ucap Aiman pula dan berjalan keluar bersama anak mereka

>>

"sayang, abang ada buatkan bubur ni, jom makan sikit okay" pujuk Aiman 

Auliya mengangguk setuju dan membetulkan posisinya dari baring kepada duduk dibantu oleh sang suami. 

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang