✨53✨

16 1 0
                                        

"nenek. nenek ingat tak dulu waktu aiman kecil, nenek selalu jaga aiman. nenek selalu masak makanan kegemaran aiman sampai atuk pun jemu nak makan makanan yang sama hari ii. nenek ialah perkataan pertama yang keluar dari mulut aiman sebaik sahaja aiman boleh bercakap. nenek lah yang tengok langkah pertama aiman. nenek lah orang pertama yang suap aiman makan. nenek orang pertama yang tengok kunyahan pertama aiman. nenek yang pilih baju sekolah aiman. nenek yang hantar dan ambil aiman dari tadika. nenek yang tunggu aiman balik dari sekolah dari kecil sampai la hari terakhir aiman bersekolah. nenek la orang pertama yang aiman cari bila aiman ada berita gembira, berita sedih atau ada masalah. nenek la orang pertama yang aiman cari bila aiman buntu, sebak, nak menangis. pelukan nenek dapat sembuhkan segala ubat di hati aiman. aiman tak boleh keluarkan air mata selagi tak jumpa nenek. hanya nenek seorang je yang dapat tengok air mata aiman." luah aiman panjang lebar seorang diri di sebelah jasad neneknya

"tapi macam mana sekarang? nenek dah takda" 

"dengan siapa aiman nak mengadu, menangis, bermanja lepasni. siapa yang aiman akan cari bila aiman ada masalah nanti? siapa yang akan peluk aiman bila aiman sedih nanti? siapa yang akan usap air mata aiman nanti? siapa yang akan bagi layanan istimewa dekat aiman macam mana nenek berikan? aiman dah tak boleh menangis lepas ni, sebab nenek dah takda. aiman boleh menangis dengan nenek je tapi nenek dah takda." luah lelaki itu lagi

"dunia dah takda makna untuk aiman tanpa nenek"

aiman memegang erat telapak tangan arwah neneknya dan dia letakkan kepalanya di susuk tubuh kaku arwah neneknya dengan air mata. 

beberapa minit kemudian dia mengesat air matanya hingga kering dan dia mengatur langkah keluar dari bilik itu. langkahnya terhenti apabila melihat auliya yang bercangkung di luar bilik tersebut dan sedang menangis teresak ii. sebak dadanya melihat gadis itu menangis teresak ii di situ. perlahan ii dia ikut bercangkung di hadapan gadis itu tapi auliya masih menangis tanpa pedulikan lelaki itu. perlahan ii dia memeluk susuk tubuh auliya erat. bahagian belakang gadis itu dia gosok lembut supaya dapat menenangkan gadis itu. 

>

"lapar betul kau ni. dua bekas kau rembat" kata daniel melihat numan membeli dua bekas makanan dan dua bungkus air

"ouh satu untuk auliya" jelas numan

"auliya minta kau belikan ke?" soal daniel

"taklah. aku yang nak beli sebab dia pun tak makan dari pagi. dia pun ada gastrik juga" terang numan

daniel mengangguk faham.

sedang mereka berjalan menuju ke tempat asal mereka tiba ii langkah numan terhenti dan dia juga menahan daniel daripada meneruskan langkahnya. matanya tertumpu ke arah auliya yang sedang menangis teresak ii dalam pelukan aiman. retak hatinya melihat situasi tersebut. 

"jom pergi cafe balik. kita makan kat sana" ajak numan

"eo...aaa okay" balas daniel teragak ii

aaa okay" balas daniel teragak ii

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang