✨119✨

2 1 0
                                        

"Thank you babe, for all the advices. Kau memang kawan yang terbaik" ucap Farhana sebaik saja memberhentikan keretanya di hadapan rumah Auliya

"Awhh what a sweetest compliment"

Farhana menjeling dengan senyuman di bibir.

"Drive safe. I love you babe" ucap Auliya

"Alright I love you too babe! Peluk cium Aiden untuk aku" pinta Farhana lalu menekan pedal minyaknya beredar dari situ

Auliya tersenyum tanpa sedar suaminya sudah berada di belakangnya.

"Sayang bagi I love you dekat siapa hah?" Sergah Aiman buatkan wanita itu terkejut

"Abangg ish terkejut Auliya tau" kata Auliya terus memeluk erat sang suami

"Have fun dengan Farhana?"

Auliya mengangguk dan berjalan memasuki rumah sambil berpegangan tangan dengan lelaki itu.

"Abang tahu tak Daniel propose Farhana tadi"

"Tahu" bersahaja Aiman menjawab

"How?"

"Cinta. Daniel dengan abang kan satu company. Daniel tu bestfriend abang. Setiap masa lepak dalam office abang. Of course abang orang pertama yang tahu langkah langkah yang dia akan buat" jelas Aiman merehatkan kepalanya di atas paha wanita itu

Auliya berdecit. Lupa pula dia yang suaminya itu satu tempat kerja dengan Daniel. Mesti lah suaminya akan tahu info ini dulu dari dia.

"Farhana takut kalau Daniel buat dia jadi second option aje" kata Auliya

"Daniel tak macam tu sayang pun tahu kan?"

Auliya mengangguk.

"Daniel tu baik lah. Saya tahu dia boleh jadi suami yang baik untuk kawan saya. Macam abang."

"No. Level abang lagi tinggi" kata Aiman taknak kalah walaupun dia tahu Auliya tak maksudkan sebegitu pun

"Saya takut lah kalau Farhana tolak lamaran tu sebab trauma dia dengan Fairel" ujar Auliya

"Sayang. Sayang kan dah nasihat Farhana. So sekarang ni tugas kita doakan yang terbaik aje untuk diorang berdua, okay cinta?"

Auliya mengangguk faham.

_

"Mama suka la dengan Daniel tu"

Terus tersembur air yang diminum Farhana apabila ibunya mula bersuara tentang Daniel.

"Kenapa kamu ni? Tak senonoh betul perangai" Soal ibunya hairan

Farhana hanya menggeleng.

"Betul ke kamu takda apa apa hubungan dengan dia selain kawan? Sayang lah. Dia tu baik orangnya" kata ibunya lagi

"Haih. Mana mama tahu yang dia tu baik? Kalau dia baik depan kita je macam mana? Kalau belakang kita dia jahat, dia buat benda yang bukan bukan, macam mana? Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya pun ma" ujar Farhana

"Mama ni ibu kamu, dah tua, dah banyak makan garam, dah kenal dengan pelbagai jenis manusia. Mama lagi pandai nilai orang dari kamu tau"

Farhana berdecit dan menjeling. Dia tahu dia takkan menang kalau berbalah dengan ibunya itu.

"Kamu cuba la buka hati, kenal Daniel tu lebih dalam. Mama berkenan la dengan dia. Pertama kali mama tengok dia, mama dah rasa aura positif tu, mama dapat rasa yang dia budak baik" Ibunya masih cuba memujuk gadis itu

"Dia kan kawan Auliya dan Aiman. Takkan Auliya dan Aiman nak berkawan dengan orang yang tak baik? Mesti baik" sambung ibunya lagi

Farhana mengeluh berat. Adakah ini jawapan istikharahnya di sepertiga malam tadi.

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang