Mengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
Daniel memerhati ke arah Aiman yang sedang duduk di luar homestay yang mereka tinggal. Perlahan ii dia mendekati lelaki itu dan dia melihat Aiman sedang merenung ke arah skrin telefonnya, melihat gambar ii dia dan anak dan juga isterinya, Auliya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hm rindunya dia pada Auliya dan Aiden. Contact nama Auliya di telefonnya dia tatap lama. Ingin saja dia menelefon gadis itu tapi dia teringat akan pesanan Auliya bahawa dia tidak ingin diganggu. Mungkin dia patut biarkan sahaja gadis itu tenangkan fikiran dahulu.
"Baru beberapa hari dah rindu" tegur Daniel dari belakang
Aiman hanya mengeluh dan masukkan telefon bimbitnya ke dalam poket.
"Lah. Call je lah, macam tak biasa pula dengan aku" kata Daniel
Aiman menggeleng.
"Dia taknak diganggu" kata Aiman
"Merajuk lagi ke? Kau tak pujuk dia ke bro?" Soal Daniel
"Aku dah pujuk bro tapi semua pujukan aku tak berkesan" keluh Aiman
"Haih. Kau buat apa sampai dia merajuk teruk ni bro?" Soal Daniel ingin tahu
Aiman mula menceritakan dari awal hingga akhir. Daniel menjadi tempat luahan perasaannya pada malam itu. Daniel menghela nafas yang panjang sebelum memulakan kata ii nya.