Meja kerja yang sudah dibersihkan itu ditenung dari tadi.Macam tak sanggup pula meninggalkan tempat ini.Ini kerana aku sudah terbiasa dengan persekitaran di sini walaupun Labuan ni tak sebesar Kuantan tapi aku dah biasa bergaul dengan orang di sini sehingga loghat mereka pun aku dah faham walaupun aku berasal dari Pahang.
"Oi termenung apa lagi tu?" tegur satu suara garau. Aku yang tengah termenung terus mendongak melihat wajah rakan sekerja aku,Ayden.Dia tengah mengangkat satu kotak yang mempunyai logo TUDM.
Memanglaa tu barang-barang aku si Ayden ni tolong aku angkut barang untuk pindah tapi yang teman aku ke Pahang nanti abang aku.Aku dah cakap tak payah teman tapi dia nak teman jugak dahla sanggup amik cuti untuk aku.Dia pulak kerja kat Lumut sebab dia Nelayan berjaya (TLDM).
"Takde pape lah.Dah jom." balas aku lalu mengangkat satu lagi kotak dan terus turun ke bawah nak letak dalam kereta.Ayden merenung sayu Daniea macam tak boleh lepaskan kawan kesayangan dia yang cantik dan comel ni jauh dari dia.
"Kau takyah risaukan aku lah.Aku okay je kat sana lagipun nanti aku dekat dengan family aku walaupun tak serumah."aku meletakkan kotak tersebut di kerusi bahagian belakang kereta.Apabila riak wajah Ayden berubah sedikit terus aku melemparkan senyuman aku pada dia.
"Terima kasih sebab tolong aku uruskan barang-barang untuk pindah.Jaga diri kau elok-elok.Jaga makan minum and the most important thing,jaga solat jangan lupa Allah sentiasa dengan kita walaupun kau dalam keadaan senang sekalipun dia perhatikan kau."bebel Daniea lalu memberikan Ayden satu beg kertas.
"Apa ni Niea?" tanya Ayden.
"Ni penghargaan selama ni kau jadi kawan aku dari awal aku masuk kem ni sampai aku pindah.Kalau nak buka bila kau sampai rumah nanti okay?"kata aku lalu mengambil kotak dari tangan Ayden dan masukkan di dalam kereta juga.
"Terima kasih!Kau pun jaga diri aku dah takde nak ingatkan kau makan takpun tolong kau time kau sakit kau jadi kau kena jaga diri kau sendiri.Kalau aku dapat cuti nanti aku datang melawat kau kat Pahang sana."Ayden melemparkan senyuman manisnya hingga menampakkan lesung pipitnya.
Anggota TUDM wanita mula berkerumun di tepi bangunan,asalkan nampak Ayden sudah.Semuanya peminat-peminat setia Ayden ada yang minat dari rekrut di Kolej Tentera Udara lagi.
Aku melihat wanira-wanita tersebut lalu menilitI Ayden dari atas hingga bawah.Patutlah ramai orang tergila gilakan si Ayden ni dia pun ada rupa jugak kulit putih mulus maklum orang Sabah,hidung mancung,mata berwarna coklat cair(hazelnut) yang diminati oleh anggota TUDM wanita di sini tidak kurang juga lesung pipitnya yang dalam cukup buat lekuk eksperimen Aloi.
Astaghfirullah Daniea!apa kau merepek ni?"Ayden ... aku pergi dulu nanti cakap kat yang lain aku dah gerak."kata aku dan terus buka pintu bahagian pemandu.
"Eh kejap Niea!kau tengok ni dulu." aku terus pandang ke arah Ayden semula dan nampak Ayden sedang berdiri tegak dihadapan aku sambil tabik hormat.
"Selamat Jalan Leftenan Daniea Ellysha! "Ayden terus menurunkan tangannya apabila aku menurunkan tangan aku.Aku terus masuk ke dalam perut kereta dan memandu keluae dari kawasan Pangkalan Udara Labuan.
Selamat Tinggal,Pangkalan Udara Labuan.
Jam 0830 , Kuala Lumpur International Airports
Aku menilik jam di tangan,menunggu kedatangan seseorang."Along,lama lagi kawan along nak sampai?"tanya aku kepada abang aku yang bernama Daniel El-Rayyan.Dah penat menunggu kat KLIA ni.
Tiba-tiba mata aku menangkap satu figura lelaki yang berlari kearah kami dengan berpakaian kemeja putih yang lengannya dilipat sehingga bahagian siku beserta seluar jeans berwarna biru cair.
"Sorry lambat,aku melawat Elhan sebelum kesini." kata lelaki itu dengan tercungap-cungap mengambil nafas.
"Kenapa dengan Elhan?"aku nampak riak wajah abang aku berubah risau.Aku hanya berdiri di tengah-tengah kerana keliru dengan situasi sekarang ni.
Apabila lelaki tersebut melihat wajah aku yang keliru itu terus dia pandang muka Daniel "Kita gerak dulu nanti dalam kereta aku cerita."lelaki itu menolong aku angkat kotak untuk dimasukkan ke dalam kereta.
Penampakan Signboard Kuantan yang menandakan lagi 10KM kami akan tiba di sana.Abang aku sibuk berbual dengan Mukhriz tentang kawan mereka itu.Katanya Elhan tu baru balik dari misi kat USA tu yang balik cedera parah dia.
"Kau nak pergi melawat dia kejap ke?Aku boleh je drive ke sana nasib kat Kuantan jugak." tanya Mukhriz sambil melihat cermin pandang belakang menampakkan aku yang sedang termenung ke luar tingkap.
"Habis tu,adik aku nak letak mana?takkan dia nak ikut sekali adik aku ni tak berminat nak melawat kawan abang dia."kata abangku sambil meletakkan tangan di belakang kepala.
"Halah bawak je la nak buat macam mana nanti kena ulang alik lagi."balas Mukhriz.
Daniel memusingkan kepalanya menghadap aku di kerusi belakang."Adik okay ke along nak gi melawat kawan along jap?"laju aku mengangguk lepas daniel menanyakan soalan itu kepada aku.Kalau aku geleng pening kepala dorang pulak nak hantar aku.
Mukhriz terus menukar arah pemanduannya terus ke hospital.Selepas 30 minit akhirnya sampai di KMI Kuantan Medical Centre.Untuk mengelakkan diri aku daripada kebosanan aku ikut sahaja mereka berdua ke wad rakan mereka.
Di luar, seorang lelaki berkaca mata gelap sedang bersandar pada dinding wad.Tegap, tenang - dan dari gaya dan senyuman sinisnya, Daniea tahu dia juga jenis askar yang selalu buat perempuan rasa menyampah atau kagum.
Elhan sedang baring, kaki berbalut, wajah sedikit pucat tapi masih menyimpan sinar tegas. Matanya segera tertumpu pada Daniea yang berdiri di belakang Daniel.
"Ini siapa?" tanya Elhan, dahi berkerut. Suaranya kasar, defensif. "Girlfriend kau?"
Daniea hampir tersedak.
"Excuse me?" dia membalas.
Daniel tergelak. "Bukan. Ini adik aku. Juruterbang TUDM. Baru transfer dari Labuan ke Kuantan."
Elhan terdiam. Sekilas, dia memandang Daniea atas bawah, seolah menilai kelayakan seorang wanita untuk jadi tentera udara.
"Kau askar?" nada sinis itu tak tersembunyi.
"Ya. Kenapa, nampak macam jururawat?" balas Daniea, matanya tajam.
Mukhriz batuk kecil menahan gelak. Daniel hanya geleng kepala. Elhan terus tunduk, pura-pura fokus pada fail di sisi katilnya.
Di ruang yang penuh protokol itu, permulaan yang serba janggal telah tertulis - dan pertemuan pertama ini bukan yang terakhir.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
