BAB 8

203 8 0
                                        

Hari Pertunangan Elhan & Daniea

Pagi di rumah keluarga Daniea memang lain macam. Seawal lepas Subuh, dapur dah berasap. Bunyi periuk berlaga, bau bawang tumis, suara makcik-makcik bersahut-sahutan.

“Eh santan ni cukup ke belum?”

“Tambah sikit lagi, jangan kedekut!”

“Daniea dah bangun ke belum ni?”

Umi Daniea keluar masuk dapur, kain batik tersingsing sikit, tangan penuh kerja tapi muka senyum tak hilang. “Biarlah dia bersiap elok-elok. Hari ni bukan hari biasa,” kata Umi sambil susun dulang kuih.

Abah Daniea pula duduk di ruang tamu, berbaju Melayu lengkap walaupun tetamu belum sampai. Pegang tasbih, tapi telinga masih peka dengar bunyi dapur. “Tenang sikit, rumah ni macam markas operasi,” usik Abah.

Semua gelak.

Daniea berdiri depan cermin, tudung masih separuh siap. Baju kurung moden warna lembut terletak kemas di tubuh. Makeup nipis, cukup buat wajah dia nampak berseri tanpa berlebihan. Umi masuk ke bilik sambil bawa set perhiasan.
“Cantik dah ni,” kata Umi lembut.

“Tak payah tebal-tebal, Elhan bukan suka yang berlebihan.”

Daniea senyum, tapi tangan dia sedikit menggigil.“Umi… Niea nervous.”

Umi senyum, betulkan lipatan tudung Daniea.

“Normal. Perempuan mana tak nervous hari tunang sendiri.”

Daniea tarik nafas panjang. “Entah kenapa rasa laju betul masa ni.”

“Kalau laju, maknanya Allah permudahkan,” balas Umi sambil usap bahu anaknya.

Rumah keluarga Elhan, pagi yang kelam-kabut

Jam hampir 9 pagi. Elhan masih tidur mati. Eshan berdiri tepi katil, tangan bersilang, muka dah tak sabar. “Weh bangun la. Kau nak bertunang hari ni, bukan nak masuk ICU.”

Elhan mengeluh, tarik selimut. “Letih gila weh… aku baru sampai rumah pukul lima.”

Eshan terus tarik langsir. Cahaya pagi menyambar muka Elhan. “Oi!”

“Elok kau bangun sendiri ke nak aku panggil ibu masuk?”

Belum sempat Elhan jawab-

Suara ibu dia dari luar bilik, berapi. “ELHAN! KAU INGAT HARI NI HARI APA?”

Terus Elhan terjaga duduk.“Astagfirullah, Elhan okay okay bangun!”

Dia lompat dari katil, rambut serabut, mata merah. Ibu masuk bilik sambil geleng kepala. “Kau ni… bertunang pun macam nak pergi operasi malam.”

“Ibu… sorry,” Elhan senyum bersalah sambil capai tuala.

“Elhan mandi sekarang.”

“Cepat. Jangan buat keluarga orang tunggu.”

Sebelum bertolak,Elhan dah siap. Baju Melayu kemas, rambut disisir rapi. Letih masih ada di muka, tapi dia sorok elok-elok.

Eshan jeling. “Kau okay ke?”

Elhan angguk.“Okay. Hari ni bukan pasal aku.”

Ibu Elhan keluar dari bilik dengan kotak kecil berbalut kain. “Cincin ni ibu yang sarungkan,” kata ibu tegas tapi lembut.

“Kau duduk diam. Faham?”Elhan senyum kecil.

“Faham, ibu.”

Ketibaan rombongan

Kereta berhenti depan rumah Daniea,Suasana terus sunyi sekejap sebelum kembali sibuk.

“Rombongan sampai!”

“Cepat susun kerusi!”

Elhan melangkah masuk, kepala tunduk hormat,Mata dia tak berani cari Daniea, tapi jantung dia berdegup laju.Mereka duduk berhadapan.Daniea pula baru keluar dari bilik, diiringi umi dan makcik. Langkah dia perlahan, sopan.

Elhan cuma curi pandang sekilas tapi cukup untuk buat dada dia rasa sesak.

“Cantik bakal kakak ipar aku.” bisik Eshan perlahan sambil menyiku lengan Elhan sikit. Elhan hanya senyum nipis, tapi tak balas.

Saat menyarung cincin, semua diam dan hanya fokus pada majlis. Ibu Elhan bangun, berjalan perlahan ke arah Daniea. Kotak cincin dibuka, Umi Daniea pegang tangan anaknya, menyokong.

Ibu Elhan tersenyum. “Dengan izin Allah dan restu keluarga, ibu sarungkan cincin ini sebagai tanda pertunangan.”

Cincin disarung ke jari Daniea. Klik kecil logam itu seolah-olah menandakan satu fasa baru. Daniea tunduk, suara hampir bergetar.

“Terima kasih, makcik.”

Elhan tak bergerak langsung. Tangan dia hanya di atas paha, genggam kuat sambil menahan rasa yang bercampur.

Selepas selesai sesi menyarung cincin, Suasana kembali riuh-rendah di rumah keluarga Daniea. Orang berbual, ketawa, kamera berbunyi, orang menimati jamuan.

Elhan dan Daniea duduk bertentangan, jarak masih terjaga.

Abah Daniea bersuara sambil tersenyum. “Sekarang ni dah bertunang. Jaga adab, jaga amanah.”

Elhan angguk penuh hormat. “InsyaAllah, abah. Saya jaga sebaik mungkin.”

Daniea pandang Elhan sekilas. Elhan angkat mata, senyum kecil yang cukup sekadar untuk faham.

Tak sentuh.

Tak melampau.

Tapi hati masing-masing tahu-

Ini bukan sekadar cincin.

Ini janji.

Di Langit Yang BiruTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang