BAB 20

136 8 0
                                        

"Elhan gerak balik dulu ya umi,abah."tangan mertua disalam lalu aku memeluk pinggang isteriku.Umi ada beritahu yang Daniea keluar berjalan dengan abangnya tadi tu yang kemain riang dia sekarang.

"Jaga anak umi elok-elok dia bawa cucu umi tu."umi menepuk bahu Elhan.

"Baik umi puan arahan diterima!"Elhan membuat tabik hormat dan tersenyum lalu membawa Daniea masuk ke dalam kereta.

Aku masuk ke dalam kereta tangan sibuk bermain scroll aplikasi tiktok.Semuanya tentang askar,aku pun dah jemu tengok.Sudahlah Elhan ambil aku pukul 1 pagi akibat urusan kerja yang lama di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.

Elhan terus memandu ke rumah.Sampai sahaja di rumah,Elhan membersihkan diri dahulu manakala aku sudah baring di atas katil.Dia ingin baring dahulu tetapi dia fikir yang aku takkan tahan dengan bau peluhnya akibat berjemur dari siang hingga malam.

Elhan baring disebelah Daniea lalu tubuh kecil isterinya dipeluk,nasib lah aku tiada alahan dengan suami sendiri.Aku tengok ada yang tidak boleh dekat dengan suami lagi.

Sekejap sahaja aku dengar dengkuran halus dari Elhan.Wajah kepenatan Elhan aku tenung,kesian tengok Elhan perlu bekerja keras kebelakangan ini.Aku tahu tentang operasi ini kerana aku salah satu juruterbang di dalam pasukan utama tersebut.




Aku terjaga kerana terdengar bunyi esakan.Kepala berdenyut akibat bangun terkejut.Aku melihat Daniea yang baring membelakangi aku lantas aku bangun untuk melihat apa yang dia lakukan.

"Allahuakhbar sayang kenapa ni nangis?"tanya Elhan laju sahaja tangan mengusap belakang isterinya.Mata masih tertutup.Daniea hanya menggelengkan kepala dengan air mata masih mengalir.

"Sayang tak sihat ke?"tanya Elhan risau walaupun dalam keadaan mengantuk dan penat yang amat dia masih melayan sangat isteri.Daniea tidak mahu mengacau suaminya tapi rasa mengidam ni buatkan dia tidak boleh tahan.

"Niea nak burger ayam special taknak bawang.Tapi abang penat tak payahlah abang beli esok."kata Daniea sambil menundukkan kepalanya tanda tidak mahu menyusahkan suaminya yang penat itu.

Tapi air mata tidak berhenti mengalir,dia rasa nak sangat makan tetapi tidak mahu mengganggu Elhan yang tidak cukup tidur.

"Abang pergi beli lah."Elhan mencapai hoodie hitamnya lalu mencuci muka dia pergi beli naik motosikal.Daniea memegang tangan suaminya itu."Beli esoklah,abang kan penat baru tidur 1 jam."balas Daniea.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi,Elhan baru sedar dia hanya tidur 1 jam.Tapi daripada isteri dia bersedih,orang mengandung jangan bawa main ngidam dia.Nasib sahaja bukan ngidam yang pelik tapi waktu tidak kena sahaja.

"Abang okay lah abang pergi beli sekejap.Sayang ada nak apa-apa lagi?"tanya Elhan.Terus Daniea membuka mulut dia memesan milo ais ikat tepi.

Terus dia turun lalu menghidupkan enjin motosikalnya lalu dibawa keluar dari kem.Kat mana nak cari semua ni?pukul 3 pagi mamak buka lagi tapi burger dengan kentang ada ke jual?

Kedai mamak berdekatan tempat kerjanya dituju.Dia turun lalu mencabut helmetnya.Mata sibuk melihat menu yang dipesan oleh Daniea.Alhamdulillah ada orang melayu jual burger.

"Milo ais ikat tepi satu!"Elhan memesan pada pelayan kedai mamak tersebut dan dia terpacak di hadapan gerai burger di hadapan kedai mamak tersebut.

"Saya baru nak tutup kedai ni bang."kata penjual tersebut.Elhan mula memicit kepalanya yang berdenyut sakit memikir.

"Tak boleh ke buat satu burger untuk isteri saya dia tengah mengidam pagi buta ni."pujuk Elhan dia rela bayar mahal asalkan burger dapat dibuat.

"Nak burger apa?saya buatkan."

"Burger ayam special satu."Elhan menghela nafas lega apabila penjual tersebut sanggup buatkan demi isterinya kalau tidak mahu pengsan dia mencari kedai yang ada di waktu begini.

Kedai yang berhadapan Pangkalan Udara ini akan buka sehingga 2 pagi kerana dia tahu akan ada pekerja dari Pangkalan Udara balik lambat.

"Ni bang dah siap.Tak perlu bayar."kata penjual tersebut namun Elhan mengambil burger tersebut lalu menghulurkan sekeping not rm50.

"Anggap ni rezeki kau waktu tutup kedai terima kasih."Elhan memakai semula helmetnya lantas menghidupkan enjin motosikalnya dan bergerak balik ke rumah air milo ais ikat tepi dia dah amik.

Daniea yang mendengar bunyi motosikal masuk ke dalam kawasan rumahnya terus mengangkat kepala lalu membuka pintu rumah.Elhan membuka helmetnya dan menghulurkan satu plastik.

Terus berlari anak dia masuk ke rumah dan membuka bungkusan plastik tersebut,Elhan pula sudah tumbang di atas sofa padahal awalnya dia kata nak teman isterinya untuk makan.

"Abang,dalam burger ni ada bawang lah.Niea dah cakap taknak bawang."tubuh Elhan digoncang lembut.

"Sayang letak tepi bawang tu,abang penat."balas Elhan lalu menarik jaketnya dan menyelubung diri sejuk apabila terkena angin halus penghawa dingin ruang tamu.

"Tapi Niea tak suka bau bawang,Niea taknak pegang."tubuh Elhan digoncang sekali lagi dengan agak kuat dari sebelum ini.Elhan terkejut apabila dikejut kembali.Dia kembali duduk dari pembaringan.

"Daniea please lah,aku dah belikan untuk kau nak makan atau tak tu masalah aku.Aku nak kau bagi aku masa aku penat nak rehat aku baru balik dari kerja!"marah Elhan kerana Daniea mengganggu masa berehatnya.Dia terus mencapai jaketnya lalu dia bergerak masuk ke dalam bilik tidur meninggalkan aku keseorangan.

Aku yang masih terdiam apabila Elhan meninggikan suaranya kepada aku.Kau ni bengap Daniea,dah tahu suami kau penat kau pergi kacau dia lagi memang mengamuk lah dia.Tanpa disedari air mata aku jatuh,aku tahu salah aku dan aku terkesan dengan kata-kata dia.

Burger ayam spesial hanya tinggal separuh milo ais juga tidak dapat dihabiskan,akibat terasa Daniea telah memutuskan untuk tidur di atas lantai ruang tamu.Sofa ada kenapa perlu diatas lantai?dia tidak mahu Elhan melihat matanya yang sembap akibat nangis.

Dia hanya tidur tanpa beralaskan apa-apa kerana bantal dan selimutnya di dalam bilik,dia cuma menaikkan suhu penghawa dingin agar dia tidak mati kesejukan di atas lantai.

"ALLAHUAKHBAR!ALLAHUAKAHBAR!"azan subuh telah berkumandang,Elhan tersedar lalu membersihkan dan setelah itu dia menunaikan solat subuh.Setelah mengaminkan doa,dia baru perasan kelibat isterinya tiada.

Dia keluar untuk mencari kelibat isterinya di semua tempat tak ada.Elhan baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa terus dia mengucap bawak bersabar.

"Astaghfirullahalazim,sayang bangun."dia melihat tubuh isterinya yang meringkuk akibat kesejukan di atas lantai.Dia mengejut isterinya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

Daniea menggosok matanya kemudian dia melihat wajah Elhan membuatkan dia terus bangun pergi ke bilik air untuk mandi.Langkah sengaja dilajukan dia tidak mahu Elhan mengejarnya.

"Aamin ya rabbal alamin."tangan diraup ke muka,Daniea membuka telekungnya lalu dilipat begitu juga sejadah.Dia menyarung uniform kerjanya seperti biasa dan melihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 7

Daniea memulas tombol pintu bilik mereka.Kelihatan Elhan yang masih tertidur di sofa mungkin menunggu isteri jadi dia sempat sambung tidur sekejap penat semalam masih belum hilang.

Aku pula kalau boleh nak tinggalkan sahaja Elhan seorang di rumah tapi tidak sampai hati pula.Tangan aku menyentuh bahunya,aku nak kejut teringat perkara semalam sewaktu dia mungkin tidak sengaja memarahi aku.

Sedang aku mengelamun,Elhan sudah tersedar dari lenanya lalu melihat tanganku yang masih memegang tubuhnya itu.

"Sayang dah puas ke pegang dada abang tu?"tanya Elhan.Aku yang tersedar dari lamunan,terkejut rasanya tangan aku letak pada bahunya tadi.Aku terus mencapai beg aku lalu keluar dari rumah.Sampai di hadapan pintu kereta aku lupa langkah kecil aku mudah dikejar oleh si galah.Elhan memegang pergelangan tangan aku lalu meminta maaf

"Sayang marahkan abang?I'm so sorry sebab abang tidak sengaja naikkan suara pada sayang.Abang penat sangat sayang."mendengar pujukkan dari Elhan itu membuatkan aku rasa makin mahu merajuk dengannya.Memang salah aku tapi kata-kata dia agak mengguris hati aku

Di Langit Yang BiruTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang