BAB 13

12 0 0
                                    

Di pagi yang indah,aku bangun untuk mengemas barang dan kembali ke tempat asal,Pahang.Sudah 3 hari aku di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.Tapi hari ini sebelum checkout dari hotel,aku pergi bersarapan dan berjalan mengambil angin di pantai sebelum bergerak balik.

Setelah 3 hari 2 malam kami menginap disini,Elhan memberitahu aku yang dia perlu melapor diri di Markas PASKAU,Selangor lusa nanti pada pukul 8 pagi.

"Abang,jom la bangun nanti terlepas breakfast!"aku menggoncang badan Elhan dengan lembut.

"Abang taknak pergi breakfast la,ngantuk lagi ni."balas Elhan sambil menarik selimut sehingga menutup seluruh tubuhnya termasuk kepala.Mungkin silau agaknya sebab aku selak langsir bagi terang bilik ni.

"Kalau kau taknak teman aku takpe,aku pergi sorang."dah penat nak kejut aku pun mencapai iPhone 15 Pro Max milikku lalu berjalan ke Dining Room.Setibanya disana terus menjadi rambang mata kerana banyak menu yang sedap.

Aku memilih nasi goreng bersama ayam goreng lalu mengambil secawan teh o panas.Nasib ada tempat kosong aku duduk di meja yang mempunyai dua kerusi dan menikmati makanan juga menikmati suasana tepi pantai.

"Hai cik manis,alone here?"tegur seorang lelaki yang berupa mat salleh itu.Aku hanya tidak mengendahkan lelaki tersebut.

"Amboi jual mahal nampak."lelaki itu ketawa lalu menarik kerusinya untuk duduk disebelah aku."Encik nak apa dari saya sebenarnya?"tanya aku hairan.Ni kalau tak dapat kawal marah memang aku campak mamat ni masuk dalam laut terus.

"Saya nak hati cik la want to be mine?"ayat dia tu buat aku  rasa nak muntah.Terus aku bangun dah selesai makan.Baru sahaja ingin berlalu pergi terasa tangan aku seperti di genggam kuat oleh seseorang.Terus aku menepis tangan tersebut.

HARAM !

"Oops sorry I forgot-"dia terus melepaskan genggamannya pada tangan aku.

"For your information,Elhan bukan orang yang biasa.He's an extraordinary person that you can't expect.Did you trust him yang dia tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan?"terus lelaki senyum dan berlalu pergi.

Aku berjalan naik semula ke bilik selepas sarapan.Aku membuka pintu bilik kami perlahan lalu terdengar suara Elhan yang sedang berbual melalui panggilan.Aku tanpa sengaja mencuri dengar perbualan mereka.

"Esok lepas aku lapor diri dekat Markas PASKAU,kau ready dengan Mukhriz.Kau share location aku bawak Joshua ikut aku.Kita serang malam esok."

Serang apa pulak ni?takkan Elhan ada sorokkan sesuatu dari aku?Banyak betul perkara yang bermain dalam fikiran aku.

"Baik, jumpa esok."terus panggilan dimatikan dan Elhan pusing ke belakang menampakkan aku yang masih berdiri untuk mencuri dengar perbualan mereka.Aku dan Elhan berpandangan terus aku pergi ke ruang tamu untuk melarikan diri.

Tapi aku dapat merasakan tubuhku ditolak sehingga ke dinding dan kepala aku hampir terhantuk di dinding namun ditahan oleh tangan Elhan.Elhan merenung aku tajam seperti mahu menelan aku hidup-hidup.

"Sayang ,awak dengar apa je tadi?"tanya Elhan lembut tapi dalam hatinya tegas.Aku hanya menggelengkan kepala aku mengatakan aku tak dengar apa-apa

"Betul ni sayang tak dengar apa-apa?"tanya Elhan.

"Betul la aku tak dengar apa-apa ke kau ada sorokkan sesuatu dari aku?"tanya aku semula.Elhan terus menggelengkan kepalanya "Mama call tanya bila nak balik dia rindu menantu dia,bukan anak dia."Elhan terus menggulingkan bebola matanya.Mentang dah ada menantu anak manja dia ni pun dah tak kisah.

"Kalau kau dah siap jom lah gerak."kata aku.Aku tengok Elhan ni macam dah siap bergaya dengan rambut yang disikat rapi.Elhan terus mengambil cermin mata hitam miliknya lalu di pakai.Beg juga diangkat dengan sebelah tangan.Sebelah tangan lagi memegang tangan aku dan kami terus turun ke lobi hotel untuk checkout.

Selesai checkout,kami terus bergerak balik ke Pahang.Elhan nak balik awal katanya,biar dia tak penat esok.Kami cuti sehingga esok.perjalanan selama 4jam itu hanya sunyi,aku sibuk diulit mimpi manakala Elhan fokus memandu.

Setibanya kami di Pahang,kami singgah sebentar di Pantai Teluk Cempedak.Angin yang kuat dihiraukan,lebih fokus kepada pemandangan tepi pantai yang indah.Tangan aku digenggam kemas oleh Elhan.Senyuman manis tidak lekang dari mulutnya.

"Amboi kemain ye kamu Elhan,dah kahwin terus berkepit dengan bini aje."kata maklong.

"Mesti lah maklong,saya pergi selangor bukan sehari dua tapi seminggu ni buat bekal"

"Aku ni takde bekal elok je hidup tolong hormati orang single."Mukhriz memuncungkan mulutnya,sejak si Elhan kahwin ni dorang asyik bergaduh aje.Mungkin sebab Mukhriz single fake jadi mestilah perlukan banyak perhatian lagi-lagi di anak bongsu memang manja la

"Habistu Meera kau letak mana?"tanya Elhan.Menyampah bila Mukhriz tidak mengaku tentang hubungannya dengan Ameerah iaitu bakal tunangnya.

Elhan hanya menjelirkan lidah saja menyakat kembarnya sorang ni,maklumlah siapa suruh dia single fake akibat Meera sedang bekerja dan tidak dapar cuti terus tangan Mukhriz laju menampar bahu Elhan kasar maklumlah lelaki gurau memang macam ni.

"Sakitlah!"

"Padan muka!"Mukhriz menjelirkan lidah kembali

"Eshan Mukhriz!"

"Elhan Mateen!"balas Mukhriz mengajuk kata Elhan.Tangan Elhan dari genggaman aku dilepaskan,Elhan terus menarik Mukhriz lalu disekehnya kepala Mukhriz itu.

"Sakitlah b*ngs*t!"terus ditekup mulutnya itu.Tak pernah dia terlepas cakap macam tu haduh Mukhriz ni kalau papa tau abis kena cili mulutnya.Terus dia kata"Aku tak sengaja!"

Kedengaran satu suara menangis meraung di tepi pantai,seorang wanita yang berusia berlari ke arah kami."Encik tolong saya encik,anak saya lemas kat sana."merayu wanita tersebut.Elhan dan Mukhriz saling berpandangan lantas mereka berdua lari ke pantai.Jauh sangat anak dia tu kat tengah laut,nasib si Mukhriz ni anggota PASKAL yang dilatih untuk berenang di dalam laut dengan lebih jauh.

Tanpa membazir masa,Mukhriz terus berenang pergi ke tengah laut untuk menyelamatkan mangsa,Daniea cuba menenangkan ibu mangsa tersebut."Farah tu anak tunggal saya cik,dia baru berumur 17 tahun.Saya ada dia seorang sahaja dalam keluarga kami."kata wanita itu sambil teresak-esak.

Mukhriz berusaha berenang dan mencapai tangan kecil Farah yang tergapai di udara,setelah dicapai dia mendukung Farah di dalam air asalkan remaja tersebut tidak tenggelam di air laut yang dalam.Dia sanggup menyelam untuk membiarkan Farah mendapat oksigen yang mencukupi.Apabila hampir sampai,Elhan mengambil alih iaitu memapah remaja tersebut hingga ke tepi pantai dan meninggalkan Mukhriz yang masih di dalam air itu.

Melihat Farah yang masih separa sedar,aku mencapai tuala lalu diselimutkan pada tubuh kecilnya itu.Ibunya sudah menangis teresak-esak risaukan anaknya.Aku hanya mengusap belakang Farah sehingga dia muntah mengeluarkan isi air laut yang agak masin tadi.Ibunya mengucapkan terima kasih berkali-kali mungkin rasa bersalah apabila melihat Mukhriz yang seperti pucat itu.

"Kau asal ni?"tanya Elhan risau dengan muka Mukhriz yang berubah pucat secara tiba-tiba.Mukhriz hanya mengukirkan senyuman manis di bibir pucatnya itu lalu berkata "A-aku sejuk Elhan,angin kat sini kuat."terus ada satu tangan menghulur sehelai tuala kepadanya.

Aulia Faqihah,nama yang cantik seindah rupa.Lembut tutur kata itu biasa tetapi dia manusia bertopengkan syaitan.Rupa itu digunakan untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.

"Abang Mukhriz ambillah tuala ni,nanti Abang Mukhriz sejuk."tutur Aulia lembut.Sengaja berlakon bagi mendapatkan perhatian daripada sepasang kembar itu.

Wajah Mukhriz bertukar jadi ketat dia terus naik semula ke meja makan mereka tadi.Lebih rela jalan dalam keadaan kesejukan daripada ambil tuala pada tangan Aulia.

Mengapakah Mukhriz bertindak sedemikian?(10 Markah)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 7 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Di Langit Yang BiruWhere stories live. Discover now