"Terima kasih sebab hantarkan aku,nanti aku belanja lunch kat kedai."balas aku lalu Aiman hanya menganggukan kepalanya tanda setuju.
"Aku gerak dulu,kirim salam pada Elhan."Aiman menaikkan semula tingkap keretanya lalu aku melihat kereta Hyundai Sonatanya meluncur laju di atas jalan raya.
Krekk !
Pintu rumah dikuak luas,aku melihat Elhan sedang menjamu selera bersama pasukan Bravo di ruang tamu.
"Sayang!"dia melebarkan senyuman kerana masih tengah makan kalau tak memang dah laju la dia peluk aku.Pasukan Bravo juga tersenyum melihat aku.
"Niea naik atas dulu ya,abang sambunglah berbual dengan mereka.Aiman kirim salam."balas aku.Dengan langkah yang berat aku naik ke atas lalu masuk ke bilik.
"Tuan rasa puan dengar tak apa yang kita bincangkan tadi?"soal Hafeez.Dia risau jika Daniea dapat tahu misi mereka masih belum selesai kerana hari itu Hafeez ada maklumkan bahawa misi mereka itu adalah pengakhiran.
"Dia tak dengar,dia penat baru balik dari Labuan."balas Elhan selamba lalu berdiri dan pergi ke dapur untuk mencuci tangan dan juga pinggan.Dia memberitahu pada anak buahnya agar balik setelah selesai makan kerana dia ingin melayan buah hatinya.
Aku mengeringkan rambutku yang basah lalu duduk di atas katil.Aku melihat kalendar,aku terlewat period sudah seminggu?!Kenapa pulak aku macam ni tak pernah aku terlewat lama-lama.
"Sayang."panggil Elhan lembut lalu dia duduk disebelah aku."Sayang penat ke?nak makan apa-apa tak?"Elhan mengangkat kening lalu melihat isterinya yang semakin susut badannya baru 4 hari dah kurus kering.
"Kalau begitu sayang tidur lah dulu."aku hanya mengangguk lalu baring di atas katil.Sekejap sahaja aku sudah terlelap mungkin terlalu penat.Elhan menarik selimut hingga menutup bahu aku biar aku tidak kesejukan.
Kucupan hangat di dahi tidak dilupakan.Elhan menyarung jaket kulit hitamnya lalu mencapai kunci motosikalnya dan Elhan terus bergerak keluar dari perkarangan rumah.
Pangkalan Udara Kuantan dituju,dia perlu menghadiri mesyuarat tidak rasmi.Setibanya di pondok pengawal,Elhan membuka helmetnya lalu menunjukkan kad pengenalan tenteranya dan dia dibenarkan masuk.
Motosikalnya meluncur laju Elhan memarkir motosikalnya di hadapan bangunan pusat kawalan.Dia menuju ke bilik mesyuarat 1,pintu dibuka dan wajah Panglima TUDM,ATM dan juga TLDM berada di hadapan aku.Begitu juga yang menyertai menjalankan misi,pasukan Bravo PASKAU,pasukan Charlie 21GGK dan pasukan Delta PASKAL.
"Jangan risau kamu tidak lambat Leftenan Elhan,kami sampai awal sebelum mereka semua."kata Panglima TLDM dan aku duduk bersama Daniel kerana disebelahnya kosong.Mesyuarat dimulakan dan wajah Rafaan ditayangkan.Hafeez menjelaskan kembali apa yang terjadi sewaktu ops mereka minggu lepas.
"Sepatutnya ops ini melibatkan Pasukan Khas Udara sahaja,kini ia melibatkan bahagian darat dan laut juga.Mereka mula merampas kapal-kapal Malaysia yang berlayar di Filipina dan juga senjata tentera darat di Sarawak.Nampaknya anak buahnya bukan sedikit kerana mereka melakukan perkara serebut secara serentak."panjang lebar Hafeez membentangkan slide tersebut.
"Jadi,saya sudah mengumpulkan ketiga-tiga pasukan terhebat Angkatan Tentera Malaysia.Kita boleh merancang strategi sebelum operasi bermula 2 minggu lagi.Berkaitan serangan udara saya sudah berbincang dengan pegawai bahagian penerbangan dan mereka bersetuju untuk menghantar pasukan utama untuk mengetuai bahagian udara."Hafeez menghulurkan senarai nama yang akan bersiap sedia untuk melakukan serangan udara.
Mesyuarat bersambung dengan perancangan dan langkah berjaga-jaga untuk misi pada kali ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
