Perjalanan dari hospital ke rumah keluarga mereka di Kuantan terasa lama bukan kerana jarak, tapi kerana Daniea dah tak larat nak duduk. Sejak pagi, dari Labuan ke KLIA, kemudian terus ke Kuantan... belakang dia dah macam simen keras.
Sebaik sahaja sampai, dia terus meluru masuk ke bilik lamanya.
"Finally..." dia mengeluh sambil menjatuhkan badan ke atas katil empuk.
Katil itu, walaupun sudah lama ditinggalkan, seolah memeluk tubuhnya dengan kelegaan yang tak terucap.
Baru dua jam dia baring, mata pun belum sempat lena, pintu diketuk.
"Dik,aku ada kecemasan. Kena gerak balik ke Lumut sekarang."Suara Daniel.
Daniea segera bangun. "Laa... baru balik dah nak balik?"
Daniel hanya tersenyum. "Kerja. Ops mendadak. Tak boleh elak."
Dia berdiri sambil menyarungkan beg galas ke bahu. Daniea menghampiri, wajahnya berubah manja — wajah yang Daniel dah lali sejak zaman mereka kecil.
"Jaga diri. Jangan lupa makan dan jangan kacau umi."
"Bosanlah takde abang," rungut Daniea, sambil peluk abangnya sekejap.
Sebelum keluar, Daniel sempat berbisik, "Kalau ada apa-apa... cari Elhan. Dia ada di sini. Aku dah minta dia tolong tengok-tengokkan kau."
Daniea menjungkit kening.
"Elhan? Mamat kerek tu?"
"Dia je yang abang percaya untuk tengokkan kau,umi dah tua mana larat nak jaga budak degil macam kau ni."
"Tapi... "
"Takde tapi tapi aku nak balik dah ni... Jaga diri elok-elok." Pesan Daniel sambil menggosok kepala Daniea.
Daniea pulak sibuk membuat muka tak puas hati dia.
Pangkalan Udara Kuantan,Pahang
Hari pertama tak pernah seronok walau pangkalan baru ini lebih moden, lebih besar, dan lebih dekat dengan rumah, dia tetap rasa asing. Mujur Nurin, rakan seangkatan waktu kursus dahulu, sudi jadi tour guide peribadi.
"Tu hangar Sukhoi. Sana workshop avionik. Pejabat kau atas, belok kanan lepas pantri."
Selesai lawatan ringkas, perut Daniea mula buat konsert.
"Jom kopi dulu. Nak recharge tenaga," katanya sambil mengusap perut.
Nurin gelak. "Mesin kopi ada kat hujung koridor. Aku masuk dulu, ada benda nak setel."
"Roger."
Daniea menapak ke mesin kopi. Di depannya, dua pilihan: Kopi panas, atau Kopi sejuk dia tekan panas, sebab jiwanya tengah mendidih.
Caramel Latte kegemaranku
Sambil tunggu mesin proses, tangannya ligat main telefon, scroll WhatsApp, tengok Instagram, baca DM yang dia malas layan.
Bunyi klik dari mesin, kopi dah siap. Dia ambil cawan itu, mulakan perjalanan balik... masih mata di skrin.
BAM!
Kopinya terhuyung. Nasib baik tangan seseorang sempat sambut cawan itu.
Jantung Daniea terhenti seketika. Matanya naik perlahan, dari tangan ke lanyard biru cair hingga ke wajah seseorang yang cukup dikenal.
Elhan Mateen.
"Eh..." kata Daniea, langkah terkaku. "Kau?!"
Elhan tak kata apa-apa seketika. Dia hanya memandangnya, seolah-olah ini skrip drama yang terlalu cliché untuk realiti.
"Lain kali, tengok depan bila jalan. Kopi ni panas. Silap hari bulan masuk ICU sebab melecur," katanya perlahan tapi tajam, macam arahan taktikal.
Daniea tarik nafas panjang, menahan rasa. Tapi sebelum sempat dia jawab, Elhan dengan selamba...
Minum sikit kopi tu.
"Oi!" Daniea tercengang.
Lebih teruk Elhan hanya angkat kening, senyum nipis, dan BERJALAN PERGI. Siap bawa cawan kopi tu sekali macam dia punya.
Daniea berdiri terpinga-pinga, mulut separuh terbuka.
"Eh... ehh... Kopi aku siot!!" jeritnya perlahan sambil tangan menampar dahi.
"Mamat kerek ni memang cari pasal!"
Langkah Daniea terhuyung-hayang bila dia masuk semula ke pejabat. Kopi panas yang dia dambakan sejak pagi... telah dirompak secara sah oleh mamat kerek itu, Elhan.
Dia letak beg galas dia atas meja dan duduk perlahan, wajah muram. Kipas siling berputar laju seperti mengejek nasibnya hari ini.
Dia buka dompet, cek poket dalam hanya ada sekeping not rm100
"Takde duit kecik pulak... Nak beli lagi kopi pun tak boleh."
Dia menyandar dan mengeluh kuat, macam audio kesedihan dalam drama petang.
"Takkan aku nak pergi balik mesin kopi, pastu jumpa dia lagi? No way."
Baru saja dia nak sambung kerja, satu suara menyapa dari meja seberang.
"Leftenan Daniea, kan?"
Dia menoleh. Seorang lelaki berwajah ramah dan berkaca mata duduk tidak jauh darinya. Lencana nama di uniformnya tertera Aiman.
"Ya. kau siapa?"
"Aiman. Aku rakan sepejabat kau. Eh, tadi aku nampak kau berlanggar dengan Elhan."
Daniea mencebik. "Berlanggar tu satu hal. Kopi aku pun dia kebas."
Aiman tergelak kecil. "Biasalah dia. Dari sekolah lagi macam tu."
Daniea angkat kening. "Kau kenal dia lama?"
Aiman angguk. "Sekolah menengah sekali. Elhan tu dulu pendiam. Tapi kalau ada benda dia tak puas hati, dia cakap terus. Tak kira siapa. Dalam kelas pun, cikgu pernah kena sound dengan dia sebab suruh buat kerja kumpulan tapi tak adil bagi markah."
"Patutlah muka dia macam tak pernah puas hati dengan dunia," Daniea membebel perlahan sambil taip atas laptop.
"Tapi... satu benda pasal Elhan kalau dia jaga kau, dia jaga betul-betul. Dia bukan jenis suka campur hal orang, tapi bila dia ambil tanggungjawab, dia akan hadap sampai habis."
Daniea terdiam seketika. Kata-kata Daniel malam tadi terngiang:
"Kalau ada apa-apa... cari Elhan. Dia ada di sini."
Sebelum sempat dia nak balas apa-apa, pintu pejabat terbuka.
Nurin masuk sambil pegang fail, langkah laju.
"Daniea!"
Daniea toleh cepat. "Hah?"
"Pegawai atasan minta awak gantikan slot duty malam ni."
"What? Baru hari pertama aku masuk kerja, Nurin!"
Nurin buat muka simpati. "Aku tahu. Tapi tak cukup orang malam ni. Kena isi juga. Nasib kaulah, Niea... hari pertama pun dah kena night duty."
Daniea sandar semula, muka toya.
"Kopi pun tak dapat. Duit kecik takde. Duty malam pula. Ni kalau ada drama TV pasal juruterbang malang, aku dah audition."
Aiman ketawa kecil. "Selamat datang ke PU Kuantan."
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
