Umi,abah,mama,papa,Daniel tidak lupa juga Mukhriz sudah bergerak balik ke rumah dahulu meninggalkan aku keseorangan di sini.
Aku bersama celoreng biru tertidur dalam keadaan duduk dan kepala dilentokkan atas katil sambil mengusap tangan Elhan yang sejuk.
Pintu dibuka perlahan wajah Hafeez,Joshua,Arman,Hanif dan Ayden di hadapan pintu dan mereka memasuki bilik tersebut dalam keadaan senyap lalu melihat ketuanya yang masih belum sedarkan diri.
"Aduh sweet pulak puan kita ni jaga tuan sampai tertidur mesti dia penat kan."bisik Arman dan mereka menyetujui kata-kata Arman kecuali Ayden,dia sibuk merenung wajah Daniea yang lena diulit mimpi membuatkan hatinya rasa tidak keruan.
'Apa aku fikir ni ya allah dia tu kawan kau je Ayden dia dah jadi bini orang tak payahla kau kacau.'Ayden menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu diganggu oleh Syaitan yang direjam.
"Kau dah kenapa bro?"Joshua menepuk bahu Ayden.
Jari Elhan bergerak perlahan,hanya Hafeez yang perasan akan perkara tersebut lalu dia mendekati Elhan,Mata Elhan dibuka perlahan pandangan yang kabur kini jelas terpampang wajah rakan sepasukannya.
"Tuan."bisik mereka tersengih lebar semua bila lihat ketuanya sudah sedar kembali.Joshua memberi isyarat kepada Elhan agar melihat disebelah kanannya terlihat sang isteri kesayangan sedang tidur lena.
Hanif memberi isyarat 'Kami ada bawa buah tangan kami letak atas ni ya,esok kami lawat tuan lagi tak mau kacau tuan dengan isteri tercinta.'lepasni siapa perlukan kelas bahasa isyarat bersama Hanif boleh pm tepi>>
Elhan hanya mengangguk tanda faham.Mereka berlima tersengih seperti kerang busuk lalu berjalan keluar semula dalam keadaan senyap,apabila pintu tertutup rapat Elhan merenung isterinya yang tertidur itu.
Tangan kanan naik untuk mengusap wajah sembap Daniea,dia yakin mesti isterinya nangis apabila dapat tahu keadaan dia sebegini haih sampai bila kau nak buat isteri kau risau Elhan.
Daniea mula terjaga dari tidurnya,terkejut apabila melihat Elhan kini sedar selepas menjalani pembedahan.Tubuh suami yang berbalut itu dipeluk tidak mampu untuk menampung air mata lagi.
'Aku cukup bersyukur kau kembalikan suami aku Ya Allah'getus hati Daniea.
"Don't cry precious. "lembut Elhan bersuara dia mengelap air mata isterinya menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya mengusap belakang Daniea.
"Macam mana Niea tak nangis kalau abang asyik buat Niea risau papa pun sama taknak bagitau apa jadi kat suami Niea sebenarnya."berat hatinya apabila dapat tahu tentang Elhan sebenarnya dijadikan tebusan selama 4 hari.
Air mata mutiara masih mengalir "Terima kasih abang sebab tidak tinggalkan Niea."sambung aku.mata bertemu mata,Elhan memberikan kucupan hangat di dahi isterinya.
"Terima kasih sebab sentiasa berada di sisi abang,abang bersyukur Allah kurniakan isteri baik macam sayang."bibirnya mengukirkan senyuman halus mungkin disebabkan dia masih merasakan badan dia lemah jadi dia tak mampu nak bergerak banyak.
Elhan melihat tubuh isterinya masih tersarung celoreng berwarna biru dia meneka mesti Daniea terus datang sini selepas kerja.
"Sayang tak bawak baju lebih ke?"Daniea hanya mengangguk dia sentiasa bawa baju lebih letak dalam kereta untuk salin kalau ada kecemasan.
"Kalau gitu Niea pergi mandi dulu."aku mengambil beg kertas yang dipenuhi pakaian aku lalu dibawa ke dalam bilik air.
Untung lah laki kau tak sihat sepenuhnya kalau dah sihat dia terkam kau Daniea.
Aku menunaikan solat maghrib dan juga isya' di sebelah katil Elhan manakala Elhan solat di hadapan aku sebagai imam seperti biasa walaupun macam mana pun sakit kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Pramusaji hospital hantar makanan tadi,yang encik suami ni biasalah manja nak aku juga yang suapkan.Aku suap makanan sehingga dia kata kenyang.
Aku yang masih belum makan terliur pulak tengok Elhan makan,tapi tu makanan dia jadi aku suap sampai habis licin.
"Sayang tak makan ke?Tadi mama kata sayang belum makan."tanya Elhan sambil mengangkat kening,kekacakan dia terserlah membuatkan aku menelan air liur.
"Belum,Niea pergi makan kat bawah je la ada kafeteria."ucapku lantas bangun tempat duduk dan mencari handphone kesayangan.
"Nak ikut."pinta Elhan laju bangun kalini dia rasa dah ada kudrat sikit dia mengikut aku tapi dia tersangkut di depan pintu wad.Mata Daniea berubah menjadi tajam dan dia mengangkat kening.
"Abang nak tayang badan seksi abang pada siapa?"aku baru teringat aku tak pakai baju,laju aku mencapai baju pesakit aku dan sarung dan tersengih di hadapan Daniea.
"Sorry lah abang lupa abang tak pakai baju."aku mencuit hidung Daniea sebelum wanita itu keluar dari wad.
"Niea nak teman Elhan ke malam ni?atau nak mama yang teman?"tanya mana di dalam panggilan telefon setelah selesai aku menjamu selera di kafeteria.
"Niea nak teman Elhan malam ni sebab esok Niea perlu pergi kursus dekat Labuan ma."kata aku sedih.Suami baru sahaja balik dari operasi aku pula pergi kursus luar semenanjung jauh pula tu.Aku sudah memberitahu Elhan awal namun dia faham sepertimana aku faham kerjanya.
"Kalau gitu mama end call dulu ya?esok mama datang assalamualaikum. "mama terus mematikan panggilan dan aku merenung ke arah Elhan yang sibuk menghabiskan Teh ais kesayangannya.
"Dah habis jom naik atas."laju sahaja tangan aku digenggam erat oleh Elhan.Macam ni lah rasa dapat suami yang jenis manja dan menggedik dengan kita sahaja.Kalau jumpa anak buahnya terus hilang,jadi gagah berani!
"Sayang!kenapa tidur kat sofa?sini lah."Elhan menepuk ruang kosong disebelahnya.Muat ke satu katil?aku dahlah tidur buas.
"Niea tidur lasak."
"Abang peluk sayang ketat-ketat."
"Nanti nurse terkejut tengok kita."
"Siapa suruh nurse tu single."
"Nanti abang sakit badan."
"Sayang nak tindih abang pun takpe.ke sayang tak selesa?kalau tak selesa abang tidur kat sofa sayang tidur atas katil lah lagi empuk."balas Elhan asalkan isterinya selesa untuk tidur.
"ye lah,Niea tidur dengan abang."balas dari Daniea membuatkan Elhan tersenyum lebar.Aku baring di sebelah Elhan lalu badanku di peluk dari belakang.
"Abang ambil kesempatan dalam kesempitan ya?"aku melihat Elhan seakan selesa dalam keadaan sebegini.Malah perutnya yang ditembak seakan sudah sihat sepenuhnya.
"I love you,Daniea Ellysha until my last breath."tutur Elhan tiba-tiba.Kenapa suami dia ni?buang tebiat ke apa?Aku berpusing melihat wajah Elhan yang masih tenang dengan mata yang tertutup.
"Abang demam ke ni?"Elhan memang selalu mengatakan ayat ni tetapi bukan dari percakapan,hanya dari teks mesej sahaja itu yang membuatkan aku hairan.
"Salah ke abang nak cakap yang abang sayang isteri abang?"tanya Elhan lembut tangannya yang masih memeluk pinggang aku dalam jarak yang selesa.
Aku masih cuba mencerna apa yang Elhan ingin menyampaikan."Dahlah sayang tutup mata esok sayang nak tinggalkan abang 7 hari pulak." Elhan cuba memujuk aku untuk tidur.
Setelah dipujuk berkali-kali akhirnya aku memejamkan mata untuk tidur.Mulut Elhan bergerak lalu membacakan selawat untuk memberi ketenangan kepada aku untuk tidur.
Tidak sampai beberapa minit,aku sudah tertidur manakala Elhan mengucup dahiku lembut sebelum tidur.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
Storie d'amoreElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
