BAB 28

80 4 0
                                        

Latihan Intensif dijalankan seperti biasa selama sebulan.Kali ni demonstrasi misi menyelamat dilakukan di dalam bas untuk menguji kesiap siagaan anggota PASKAU.

Selesai latihan,pasukan bravo berehat di pondok berdekatan.Masing-masing meneguk air sejuk yang baru dibeli oleh Elhan.Ketua pasukan baik kan.

"Panaih betuih arini la,abih hitam legam kulit hang,Tuan."tegur Arman sambil meneguk air sejuk miliknya.

"Kalau la kulit kita macam mamat cina tepi kau tu Man tiap-tiap hari aku tak kisah kalau berjemur lah."semua mata tertumpu pada Joshua dan Ayden yang masih elok kulitnya yang putih kemerahan.Kaum cina memang gini.

"Cuba share tips sikit kulit putih tiap hari Josh?Ayden?"tanya Hanif.

"Mandi susu rendam satu badan 10 jam."jawab mereka berdua serentak.Penat dah mahu menjawab pertanyaan yang sama setiap kali habis latihan intensif.

"Uih serentak!Hangpa buat saing ka?"tanya Arman pula.

"Kau tahu tak soalan tu dari sebulan yang lepas kau dah tanya pada dorang berdua."balas Elhan malas mahu mendengar angin jahat Joshua dengan Ayden naik untuk sekeh kepala sekor-sekor.

"Hehe maafler kitonyo pelupa lah bang."memang mengundang kemarahan pada dua ekor cina ni la Arman.Belum sempat Arman di sekeh kepalanya,ada orang terdahulu memberi salam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam,panglima!"jawab mereka serentak.

"Macam mana latihan hari ini?"

"Baik,panglima!"

"Saya datang untuk memberitahu,kamu semua perlu berkumpul di unit penerbangan esok jam1500.Kamu semua akan berlepas ke Pulau Pangkor untuk menjalankan misi disana.Jadi,kamu semua balik ke rumah dan luangkan masa bersama keluarga."Timbalan panglima TUDM rupanya datang melawat dan memberitahu.

Setelah Panglima berlalu pergi,masing-masing keluarkan reaksi terkejut.

"Apa?Esok dah gerak ke sana?cepatnya!"kata Hafeez.Macam kena culture shock.

"Ini je la masa yang ada."jawab Ayden.Elhan pula laju berlari ke bilik persalinan untuk menukar sut taktikalnya dan bergerak kembali ke rumah.

"Ketua kita memang tak suka buang masa."mereka pun ikut ke bilik persalinan.

Elhan menyarung jaket hitam pada tubuhnya dan menghidupkan enjin cbr150 miliknya.Helmet tu pakai jangan tak pakai,laju sahaja motor tersebut keluar dari Pangkalan TUDM Kuantan.





"Assalamualaikum."Elhan membuka pintu bilik kelihatan Daniea yang sedar leka menonton drama kesayangannya maklumlah dah semakin sarat.

"Abang balik awal?"

"Hm."Elhan hanya mengangguk lalu memeluk Daniea yang berada di atas katil.

"Kenapa ni?"tanya Daniea yang khusyuk menonton drama,tangannya mengusap kepala Elhan.

"Abang bagitahu sesuatu ni."

"Apa dia?"TV dimatikan.Daniea fokus dengan apa yang Elhan cuba untuk memberitahu.

"Jom kita dinner kat luar?"

"Ingatkan apa la tadi,ajak dinner kat luar je rupanya."

"Lepas solat asar kita terus pergi dinner tau."balas Elhan,dia mula membuka uniform biru miliknya dan hanya memakai jersey PASKAU lalu menarik selimut untuk tidur.Dia sejuk pula bila Daniea buka aircond maklum ibu hamil selalu rasa panas siang hari.

"Abang kena pergi misi kat Perak esok."ucap Elhan perlahan,mungkin terlepas kata akibat mengantuk.

"Abang dah kena pergi esok?"Daniea melihat Elhan yang mula berdengkur dibuai mimpi agaknya.

Di Langit Yang BiruTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang