"Aku takde anak macam kau,sebab kau anak lelaki aku mati!"
"Maafkan Niea umi,maafkan Niea."
"Kau pembunuh,kau bunuh anak aku!"
PRANG!!!
Bunyi kuat tersebut membuatkan Elhan terus terjaga dari lenanya,otak nya sedang menganalisis apa yang membuatkan dia terjaga dan..
Elhan terus keluar dari bilik berlari ke dapur untuk lihat apa yang terjadi.
"Allahuakhbar sayang!umi!"terkaku badan Elhan apabila melihat begitu banyak pinggan dan gelas kaca yang pecah.
Riak wajah Elhan berubah menjadi dingin apabila melihat serpihan kaca tersebut tetapi,
Melihat Daniea yang sedang melutut sambil menangis merayu-rayu meminta maaf membuatkan hati dia lebih terluka.
"Suryani binti Ahmad!Apa yang awak dah buat ni?"lagi tercengang abah yang baru balik beli surat khabar melihat keadaan isteri dan anaknya sebegini.
"Elhan,kamu bawa Daniea masuk bilik dulu.Nanti abah kemaskan dapur ni."
"Tapi bah-"
"Pergi je dulu,isteri kamu tengah mengandung."balas abah.Elhan pun gerun tengok bapa mertua dia dengan muka dingin.bakal PAT kan.
PAT - Panglima Angkatan Tentera
"Sayang jom kita keluar."pujuk Elhan.Isterinya dipapah bangun dan dibawa keluar dari rumah,dia bawa isterinya untuk bertenang.
Sepanjang perjalanan,mereka berdua tidak bercakap langsung bahkan Daniea hanya seram dengan wajah dingin Elhan semasa memandu.
Kereta diberhentikan di tepi jalan sebelah tasik,Elhan mencabut kunci tali pinggang pada isterinya.Wajah bengkak itu ditatap lama,sehingga wajah Daniea mula memerah.
"K-kenapa abang tenung Niea ni?"soal Daniea gagap akibat gementar.
"Kenapa sayang gagap ni?"balas Elhan kembali untuk menyakat sang isteri.
"M-mana ada gagap."
"Tu gagap.."bibir Daniea di cium sekilas membuatkan dia semakin malu.
"Ekhem-"terus terkeluar tawa Elhan melihat Daniea yang merah seperti tomato.
Ada yang makan penumbuk kang malam nanti ni.Daniea hanya mendengus geram tidak puas hati dengan Elhan yang asyik menyakat dia.
"Merajuk dengan abang ke hm?"hidung Daniea dicuit terbit juga senyuman di bibir isterinya.
"Geli lah abang."
"Geli?Kalau macam ni?"tangannya lincah menggeletek pinggang Daniea habis meletus tawa Daniea sehingga penat.
"Abang Niea dah penat ni!"akhirnya Elhan berhenti buat Daniea lega.
"Sayang nak tengok sunrise tak?"tanya Elhan secara tiba-tiba baru pukul 6.45 pagi.
Tasik Indah ni memang tempat kegemaran Elhan,sejak berkahwin Elhan sudah jarang singgah ke tasik ini,kalau tidak dahulu dia selalu jogging di kawasan ini kebetulan pula ramai kawan jogging yang peramah.
"Nampak ke sunrise tu kat sini?"tanya Daniea hairan.
"Mestilah nampak dah,jom."enjin kereta dimatikan Elhan keluar dari kereta begitu juga Daniea lalu mengunci kereta miliknya.
Elhan memeluk rapat pinggang Daniea lalu duduk di bangku yang menghadap ke arah matahati terbit.Orang yang selalu jogging di tasik ini kebanyakan terserempak dengan Elhan akan menegurnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
