Awal pagi aku sudah bergerak ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang untuk menyertai mesyuarat khas bagi misi terbaru,selaku penolong bahagian penerbangan Pangkalan TUDM Kuantan,aku hanya memberikan cadangan yang bernas untuk mereka melakukan serangan di udara.
Aku hanya menolong Aiman dalam mesyuarat tersebut dan selebihnya dia uruskan
"Apalagi barang umi kirim eh?"tanya menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan handphone dan Daniel melihat kembali senarai keperluan barang disusun oleh uminya.
"Bawang besar dah,bawang putih dah,serai dah,daun kari dah,halia dah,susu cair dah,dada ayam dah semua dah!Apa yang tak cukup lagi eh?... Ah haa!"
seolah baru teringat sesuatu laju Daniel berjalan ke peti ais yang berisi pelbagai jenis aiskrim di dalamnya.
Aiskrim Magnum Classic dan Mangnum Matcha kegemaran adiknya dicapai lalu dibawa ke kaunter.
"Semuanya RM57.80,tunai atau kad?"
"Tunai."Daniel mengeluarkan sekeping not rm100 lalu diberikan kepada juruwang tersebut dan bakinya diambil.
Daniel sibuk berjalan sambil menghabiskan aiskrim kegemaran di tangannya lalu menunggang motosikal,akhirnya sampai di rumah dan merebahkan diri di atas sofa manakala uminya sudah mula memasak di dapur.
Handphone miliknya dibuka lalu terlihat satu notifications keluar dari aplikasi Whatsapp
+60 11-578 2267
•Photo
Ni kereta adik kau kan?
Alangkah terkejutnya Daniel melihat plat kereta tersebut,memang betul kereta Daniea yang dipandu oleh Aiman.Kereta Aiman pula berada di bengkel,jadi Aiman dikira menumpang lah kan?
Terus nombor itu ditelefon,bulu romanya mula menegak seperti risau akan sesuatu.
"Kau siapa sebenarnya hah?!"Daniel tidak dapat mengawal kemarahannya lagi.
Suara garau itu hanya tergelak apabila melihat Daniel mengamuk tidak tentu arah.
"Sabar dulu,sekarang ni kereta adik kau still mesyuarat betul tak?agak agak apa akan jadi bila dia bergerak balik ke rumah ya?"suara garau itu kelihatan serius sebelum..
"Bawa laju,cuba tarik brek waktu lampu isyarat bertukar menjadi merah.Malangnya brek rosak dan BOOM KEBABOOM!"sambungnya lagi dan Daniel sudah dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh lelaki misteri itu.
"S14L!"jerit Daniel.
Umi baru sahaja siap masak di dapur melihat anak sulungnya berubah mendadak apabila Daniel perasan bahawa uminya sudah berada dihadapannya sekarang.
"Kenapa ni Daniel?apa jadi lagi?"soal umi melihat Daniel seperti kerisauan.
"Adik dalam bahaya umi!Niel pergi dulu apa-apa Niel call umi."balas Daniel lalu mencapai kunci keretanya dan bergerak keluar dari rumah.
"EH-eh Daniel.."
Enjin kereta dihidupkan,kereta tersebut terus dipandu ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang.
Nombor adiknya didail,ditelefon banyak kali.Dia semakin risau apabila Daniea belum mengangkat telefon.Jam pada radio menunjukkan sudah pukul 12.15
"Angkatlah,Niea."Daniel berdoa semoga adiknya masih dalam keadaan selamat.
Kereta dipandu sejauh 120km/j dan lampu isyarat mula bertukar jadi merah.Daniel cuba menekan brek namun tiada perubahan yang berlaku.Kereta masih dibawa laju sehingga sebuah lori dipandu laju dari sebelah kanan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
Roman d'amourElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
