Pada pagi yang cerah di Pangkalan TUDM,suasana penuh dengan rasa hormat dan kebanggan.Elhan Mateen yang baru sahaja pulih dari kecederaan parah pada misi 1 tahun yang lepas,dipanggil untuk menghadiri di satu majlis rasmi di dewan tertutup.
Di hadapan rakan-rakan sepasukannya,keluarga dan pegawai tinggi TUDM,Elhan akan menerima penghargaan terbesar sepanjang perkhidmatannya.
Semua mata tertumpu pada Elhan,yang berdiri tegak dihadapan majlis dengan penuh rasa hormat.
"Dengan segala penghormatannya,sukacita dimaklumkan bahawa Leftenan Elhan Mateen bin Lt.Kolonel Fath Zayyan dinaikkan pangkat sebagai Kapten atas segala usaha dan pengorbanan beliau dalam menjayakan misi pada tahun lepas serta sumbangannya yang tidak ternilai kepada negara."ucap Lt.Kolonel Fath Zayyan.
Semua yang hadir memberikan tepuka gemuruh,Elhan yang menerima kenaikan pangkat itu sedikit tersenyum namun matanya masih memancarkan keletihan dan kesedihan atas semua yang telah berlaku.
Daniea yang duduk di barisan hadapan,memberikan sokongan penuh kepada suaminya,melihat dengan bangga atas pencapaian suaminya yang berjaya melalui detik-detik yang sukar.
Selepas majlis selesai,Elhan berjalan keluar dari dewan dengan Daniea dan juga Eidan yang berada disisinya.
"Tahniah Kapten,lepas ni Niea perlu lebih hormat kepada abang lah sebab abang pangkat lagi tinggi dari Niea."
"Ini semua bukan dari abang seorang,hasil dari sokongan sayang,papa mama dan Eidan.Tanpa kalian,abang mesti takkan kuat macam ni."
Setibanya di rumah,Elhan terus mengangkat anaknya Eidan yang kini semakin membesar.
"Anak abi dah besar kan?Cepat betul masa berlalu."
"Niea tahu abang,abang akan jadi contoh yang baik kepada anak kita."balas Daniea pula.
Akhirnya,Elhan Mateen dinaikkan pangkat sebagai Kapten.Ini bukan sekadar penghargaan untuknya,tetapi juga semangat juang yang tidak pernah pupus walaupun menghadapi pelbagai cabaran.Dengan sokongan penuh dari Isteri,anak dan keluarga,Elhan bersedia untuk menghadapi cabaran baru demi negara tercinta.
Sedang sibuk Elhan mengemas barangnya di dalam bilik,maklum lah baru pindah rumah di Selangor pula.
Tiba-tiba Elhan terjumpa satu gambar Elhan bersama rakan-rakan rekrut PASKAUnya di restoran,di belakang juga terselit gambar sekumpulan wanita yang sedang lepak di restoran yang sama.
"Abang tengok gambar apa tu?" tegur Daniea lalu duduk disebelah Elhan.Untunglah Eidan sudah tidur kalau tak habis porak peranda rumah ini jadinya.
"Ni gambar abang dengan kawan rekrut abang..Abang teringat satu kenangan waktu ini.."terus bibir Elhan mengukirkan senyuman.
"Apa dia tu abang?ceritalah Niea nak dengar."
"Waktu abang tengah lepak dekat restoran tu dengan kawan abang,abang terdengar suara budak lepasan SPM bergaduh tentang kerjaya masing-masing."
Flashback ..
Seorang gadis bertudung sedang hebat berdebat dengan rakan sekelas lelakinya.
Tiba-tiba dia terdengar suara seorang gadis dari meja belakang.
"Aku nak masuk TUDM!Aku nak jadi Air Force!"
kawan lelaki tersebut terus tergelak,"Perempuan tak boleh tahan kerja lasak."balasnya.
Elhan yang terdengar itu terus menyampuk.
"Betul tu,Tentera bukan tempat perempuan kerana perempuan lemah dari segi mental dan fizikal."
Itulah Elhan,yang sedang duduk dimeja makan belakang Daniea sambil menyilangkan dada dan menutup uniform TUDM miliknya.
Sebelum Elhan menyilangkan tangan lagi perempuan itu sudah melihat pangkat pada butang baju tersebut.Hek eleh setakat 3 calit sarjan boleh nak merendahkan orang macam aku?
Come on this is Daniea Ellysha,adik anggota TLDM dan anak kepada Mejar TDM tahu!
"Maaf,encik ni siapa untuk masuk campur hal saya?"pintas Daniea kegeraman.
"Aku hanya bercakap berdasarkan fakta.Dalam sejarah pasukan khas tak ramai perempuan kerana fizikal mereka tidak cukup kuat,emosi tidak stabil dan tak tahan tekanan tinggi.Kau fikir kau akan jadi askar macam dalam novel cinta tu ke?"
"Jadi kau rasa perempuan tak boleh berjaya dalam bidang ketenteraan?kau underestimate perempuan hanya sebab kelemahan gender?"
Elhan terdiam buat seketika lalu dengan tenang dia membalas hujah Daniea.
"Aku tak cakap pun tak boleh cuma majoriti tak mampu.Latihan tentera pun ramai lelaki gagal apatah lagi perempuan?"
Daniea mengerutkan kening,matanya bersinar dengan api semangat membara.
"Dengar sini encik sarjan,saya akan buktikan yang perempuan mampu berjaya dalam bidang ketenteraan lagi-lagi pasukan khas.Aku tak peduli berapa susah latihan,aku tak peduli berapa ramai orang macam kau pandang rendah.Aku akan tunjukkan yang perempuan boleh jadi sehebat lelaki dalam medan pertempuran."
Daniea terus bangun dan meninggalkan rakan-rakannya yang lain disitu.Dia mencapai kunci.
"See?abang dah termakan dengan kata-kata abang sendiri.Orang yang abang pandang rendah dah berjaya sekarang."kata Daniea sambil menyelitkan rambut miliknya dibelakang telinga.
"Ya sayang,dah kena batang hidung abang sendiri,tapi abang bersyukur kalau lah kita tak gaduh waktu tu mungkin abang tak kenal sayang.Jodoh itu di tangan Allah."balas Elhan lalu dahi isterinya dikucup.
"Betul tu,sekarang orang yang abang sindir dulu dah jadi isteri sah kepada Kapten Elhan Mateen."
Elhan yang baru ingin membalas kata-kata Daniea itu terus terhenti apabila mendengar suara menangis dari bilik tidur anaknya.
"Niea tengok Eidan kejap ye abang."Daniea terus berlalu pergi melihat keadaan Eidan dan Elhan pula sambung mengemas barang miliknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomantizmElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
