Daniea terjaga dari tidurnya,pandangan yang mula kabur menjadi jelas.Dia melihat umi sedang mendukung cucunya.
"Eh Niea dah bangun,abang Niea dah bangun."ucap umi sambil bermain dengan cucunya.
Akhirnya salah faham antara umi dan Daniea berakhir kerana Mukhriz sudah menjelaskan bahawa ianya salah Rafaan yang sengaja merancang untuk membunuh orang yang disayang oleh Daniea.
Arwah Daniel juga pernah terlibat dalam misi penaklukan KLCC 3 tahun lepas yang dimana sewaktu itu Elhan memulakan hidup trauma gelapnya disitu.
Umi memberi cucu tersebut kepada ibunya,Daniea mendukung bayi tersebut.
"Ha Niea kamu okay tak?ada sakit kat mana-mana?"tanya abah kut kut la boleh panggil doktor.
Tetapi dalam fikiran Daniea ada satu je,dia tertanya mana Elhan.
"Abah,Elhan dah balik ke?"soalan itu buat Lt.Kolonel Muhammad Al-Fateh tergamam.
"Bah?Niea tanya ni?"semakin risau di jiwa Daniea.
"Elhan dah balik ..tapi.."
"Dia dalam ICU,dia cedera parah Niea.Dia ditikam sebelum berjaya tangkap musuh."balas abah perlahan.
Daniea rasa tubuhnya membeku.Tangannya yang sedang mendukung anak mereka mula menggigil.Dia cuba menahan air mata,tapi hatinya seakan pecah.
"Tapi ..dia akan selamat kan?abah,cakaplah Elhan akan selamat."abah hanya mampu diam,matanya berkaca.
Mukhriz masuk ke dalam wad Daniea dan terpinga-pinga melihat situasi.
"Mukhriz,Elhan janji akan sentiasa berada di sisi aku,dia janji dia akan azankan anak kami.."lembut suara Daniea sambil menangis.
Mukhriz menghela nafas panjang sebelum akhirnya membuka mulut,"Daniea,walaupun dalam keadaan parah,Elhan sempat azankan anak korang."
"Sebelum dia rebah..sebelum hilang kesedaran..dia tetap tunaikan janjinya.."sambung Mukhriz buat Daniea terdiam.Air mutiara jernih masih mengalir dengan deras.
Daniea terlalu gembira Elhan sempat azankan anak mereka,tetapi dia juga takut.
'Kalau Elhan dah tunaikan janjinya,itu maksudnya ..'
"Daniea,kau kena kuat.Elhan masih bertarung untuk teruksna hidup."kata Mukhriz.
"Kalau kau nak dia bangun,tunjukkan yang kau pun kuat untuk dia ."sambungnya lagi.
Hari ini hari kelima dan Daniea sudah discaj dari wad manakala hari ini juga Elhan masih belum sedarkan diri.Daniea berdiri di sisi katil,menggenggam tangan Elhan yang sejuk.Matanya merah,air mata jatuh tanpa henti.Bayi kecilnya berada dalam dakapan Mukhriz yang berada dibelakangnya.Mujurlah Elhan sudah tidak kritikal jadi dia dipindahkan ke wad VVIP atas arahan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
"Abang,Niea dah boleh balik..anak kita pun dah ada depan abang.."
Setitis air mata jernih jatuh di atas tangan Elhan,tiba-tiba jari Elhan bergerak sedikit.Bunyi mesin juga berubah.Mukhriz yang memerhatikan dari belakang tersentak.
"Niea!Jari dia gerak!"hati Daniea berdegup kencang,penuh harapan.
"Abang?Abang dengar saya tak?"melihat kelopak mata Elhan mula terbuka,Daniea terasa sesak dada dengan perasaan bercampur baur.
Akhirnya Elhan membuka matanya!matanya kabur,nafasnya masih lemah,tapi dia cuba untuk bercakap.
Suara serak itu keluar,hampir berbisik
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
