"Adik kena belanja along teh ais ikat tepi!"ucap Daniel apabila melihat Daniea yang kalah dengannya dalam pertandingan lari sebentar tadi.
"Mana aci!Along dah lari dulu sebelum adik lari!"rungutku tidak berpuas hati tapi aku menyatakan kebenaran memang Daniel lari dahulu sebelum mula aku.
"Along belanja eh!"
"Taknak along nak simpan duit lagipun along menang."
"Eeee along kedekut rezeki bagitahu umi!"
"Along belanja laa,Niea belum kerja lagi."
"Hm yelah along belanja tapi adik pergi beli.Along nak amik angin kat tasik kejap."
"Okay!"
"Terima kasih along belanja,sayang along!"senyuman lebar terukir di bibir Daniea yang sibuk menikmati Milo Ais miliknya.
"Nanti adik dah dapat kerja adik kena belanja along pulak."
"Baik along!hm tapi boleh ke adik capai apa yang adik nak?"
"Aihhh apa cakap macam tu,dengan izin Allah kalau diberikan peluang mesti adik dapat punya!"keyakinan Daniel membuatkan Daniea kembali bersemangat.
"Sebab kawan adik ada yang kata perempuan tak boleh jadi tentera tak bagus buat kerja lasak ni."
"Tapi cita-cita adik bukan lasak pun,Airforce kan duduk kat udara tinjau kawasan,buat latihan tempur itu ajalah."
"Siapa tu kawan adik?Sini along ajar dia pandai-pandai je cakap perempuan tak boleh jadi askar."
"Tak apa lah along,jom balik ada pulak umi dengan abah risau."
"Sayang,bangun dah pagi ni?"Elhan melihat sang isterinya lena tidur diulit mimpi dan akhirnya Daniea bangun dari tidur.
"Bangun jom kita pergi sarapan,lepas tu abang hantar sayang pergi kerja sekali."ucap Elhan lembut sambil memberikan kucupan hangat di pipi isterinya.
Mereka berdua dah bersiap untuk pergi kerja tetapi Daniea pula tertidur di sofa,jadi dia mengajak Daniea untuk bersarapan dahulu sebelum pergi bekerja.
"Haa Daniea,Elhan mari makan.Papa kamu sanggup tunggu kamu berdua ajak makan sekali."kata mama sambil menghidangkan nasi goreng bersama telur mata.
"Elhan,masuk pejabat papa nanti panggil pasukan Bravo sekali papa ada benda nak bincang."kata Lt.Kolonel Fath Zayyan dengan tegas sambil makan.Mungkin ada perkara serius yang ingin dibincangkan?
Setelah selesai makan,Daniea mula bersalam dengan ibu mertuanya sebelum gerak pergi kerja.Begitu juga Elhan,papa?dia sudah gerak dahulu ke tempat kerja.
"Nanti balik bagitahu ye Niea?mama hidangkan makan malam awal-awal."ucap mama,tinggal mereka berdua sahaja nanti malam di rumah.Kemungkinan pukul 12 pagi baru anak beranak tersebut balik ke rumah.
"Baik mama,jaga diri.Niea dengan Elhan pergi kerja dulu." melihat Audi R8 milik anaknya bergerak keluar dari perkarangan rumah terus Puan Izzah masuk kembali ke dalam rumah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomantikElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
