Elhan terduduk diatas tanah akibat ditembak di paha,kesakitan mengigitnya,tapi matanya masih tajam memandang Rafaan,"Kau .. masih tak faham,Rafaan?Kau akan bayar harga yang tinggi untuk pengkhianatan dari 3 tahun lepas sehingga kini!"
"Ini bukan pengakhiran ..Ini baru permulaan,Elhan."balas Rafaan yang terhuyung-hayang juga akibat ditembak tepat mengenai bahunya buatkan dia terjatuh ke tanah,namun masih mampu tertawa pahit.
Ketegangan semakin memuncak.Pasukan Bravo yang sudah pulih sedikit mula mengepung kawasan tersebut.Mereka siap untuk menangkap Rafaan,namun Rafaan yang tercedera masih berusaha berlawan.
Rafaan,walaupun cedera parah,masih punya sedikit keberanian untuk bertindak balas.Dengan perlahan,dia mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya dan menuju ke arah Elhan yang sudah terbaring lemah akibat tembakan di pahanya.
"Ini untuk semua yang kau dah hancurkan,Elhan.Aku takkan biarkan kau hidup untuk kemenangan!"bisik Rafaan dengan marah nak riak wajah benci.
Elhan yang sudah terbaring lemah,cuba untuk mengelak tetapi tidak cukup pantas.Pisau itu menusuk perutnya dengan kuat,darah mengalir deras dari tubuhnya.Elhan menjerit kesakitan.namun dia tidak menyerah.
"Aku .. Aku takkan pernah berhenti Rafaan .. Kau akan dihukum atas segala perbuatan kau."
Pasukan Charlie GGK segera menyerbu kawasan tersebut dan mengepung Rafaan,Salah seorang anggota Charlie,Haziq dengan cepat mengikat tangan Rafaan dan menahannya.
"Tuan!bertahan!Pasukan bantuan akan sampai tak lama lagi!"laung Hafeez dari jauh mendekati Elhan.
"Kau takkan menang,Elhan.Ini bukan pengakhiran ..Ini baru permulaan!"
Elhan dalam keadaan sekarat,penglihatannya mula kabur,namun senyuman masih terukir di bibirnya.
"Rafaan .. kau sudah .. kalah.Semua yang kau .. lakukan takkan ... memberi kemenangan pada kau .."
"Elhan!Jangan tinggalkan kami!Kami perlukan Tuan!"
Akhirnya,Rafaan dibawa pergi oleh Pasukan Bravo untuk dihadapkan ke pengadilan dan Elhan yang terluka parah dibawa oleh helikopter untuk mendapatkan rawatan segera.
Mukhriz yang baru sahaja tiba di rumah,buka pintu dengan keadaan letih baru balik dari kerja terkejut apabila melihat Daniea yang mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.
"Niea apa jadi ni?ni macam ... macam nak bersalin ..Elhan mana ni?"gelabah seorang insan bernama Mukhriz pun dimulai.
"Eh?Elhan tengah bertugas kan?takpa kakak ipar biar aku hantarkan kau pergi hospital.Jangan risau aku takkan biarkan kau seorang diri."
Iris Sofea,teman wanita kepada Eshan Mukhriz muncul di dapur kerana mendengar kepanikan Mukhriz.Dia segera berlari ke arah mereka dan melihat keadaan Daniea yang semakin lemah.
Mukhriz membawa Daniea dengan cepat ke hospital,dengan bantuan Iris yang terus mendengarkan Daniea sepanjang jalan.Sampai dihospital,mereka bergegas ke bilik kecemasan.Daniea kelihatan semakin lemah tetapi Iris sentiasa ada disisi Daniea,sentiasa memberi semangat dan sokongan.
"Jangan risau Niea,kau boleh buat.Aku ada dengan kau."bisik Iris kepada Daniea.
"Aku takut,Iris ..Sakit sangat.Tapi aku nak Elhan berada di sini .."balas Daniea yang masih memegang tangan Iris.
"Elhan ada dalam hati kau,Niea.Dia sentiasa berada dengan kau."balas Iris semula.
Doktor segera masuk,melihat keadaan Daniea dan memberikan suntikan untuk mengurangkan rasa sakit.Daniea semakin lemah,matanya hampir terpejam.
Seteleh beberapa jam yang mencabar,akhirnya Daniea dapt melahirkan anaknya.Mukhriz yang menunggu depan bersalin kelihatan gelisah dan tertekan,sementara Iris tetap berada di sisi Daniea untuk memberikan sokongan.
"Kau boleh Niea,teruskan ..anak kau akan lahir dengan selamat."ucap Iris.
"Terima kasih ..Iris..aku tak ..tak kuat.."balas Daniea dengan suara yang lemah.
Setelah beberapa ketika,maka lahirlah bayi lelaki yang sihat walafiat.Semua ahli keluarga yang menunggu di luar,termasuk Mukhriz berasa lega dan gembira.
"Dia telah berjaya melahirkan bayi lelaki yang sihat.Tapi,kita perlu perhatian kerana dia terlalu lemah dan perlukan rehat.Jangan risau dia akan pulih."ucap doktor tersebut kepada semua ahli keluarga yang menunggu di depan bilik bersalin tersebut.
"Terima kasih,doktor.Saya harap menantu saya baik-baik sahaja.."balas mama.
"Terima kasih love , awak dah buat yang terbaik untuk tolong Niea."ucap Mukhriz.Kalau dah halal sekarang dia mesti akan peluk Iris menyatakan yang dia dah buat yang terbaik.
Dia cuba bertahan,tapi matanya semakin kabur.Nafasnya mula memberat.Telinga hanya dengar samar-samar jeritan rakan sepasukannya.Hafeez yang masih menolong untuk menahan darah yang mengalir di perut Elhan.
"Jangan tidur,Elhan!Kau kena balik!Daniea tengah tunggu kau bersama anak korang!"laung Hafeez.
"A-anak aku?"tanya Elhan meskipun lemah longlai sebegitu.
"Ya,markas bagitahu yang Daniea berjaya lahirkan anak lelaki."balas Hafeez.
Sebelum masuk ke bilik pembedahan,Elhan merayu kepada doktor untuk melihat anak dan isterinya kerana mungkin ini kali terakhir buatnya.
"Aku kena tengok anak dengan bini aku dulu .."tangan Hafeez digenggam erat.
Hafeez tahu betapa keras kepalanya Elhan,jadi Hafeez meminta pertolongan doktor untuk mengizinkannya.
Jururawat bawa bayi itu kepada Elhan,dalam keadaan terlalu lemah.Elhan mengangkat tangan dengan bersusah payah.Dia sentuh bayi itu dengan jari bergetar,sebelum bibirnya mula berbisik..
Dengan suara yang hampir hilang,Elhan melaungkan azan.Setiap lafaznya disertai dengan dengan di hujung bibirnya.Matanya semakin kabur,tetapi dia tetap teruskan.
"Allahuakhbar,Allahuakhbar .."
"Asyhadu alla ilaha illallah ..asyhadu anna Muhammadur rasulullah .."
"Hayya a'la salah .. Hayya a'la-l falah ..Allahuakhbar Allahukahbar..Laa ilaha illallah..."
Nafasnya semakin berat,tubuhnya hampir rebah.Sampai syahadah terakhir,suara Elhan semakin perlahan.
"A-anak abi ..abi akan jaga kamu .." bayi tersebut diberikan kembali kepada jururawat sebelum Elhan rebah menyembah lantai.
"Elhan!"jerit Hafeez yang menangkap tubuh ketuanya jatuh terkulai.
Darah mengalir semakin banyak,segera ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.
Sementara itu,bayi mereka menangis dalam dakapan jururawat ..tanpa tahu ayahnya sedang bertarung dengan maut..
Adakah Elhan akan bertahan?Atau ini perpisahan terakhirnya bersama keluarga?
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
