Udara Labuan sudah lama tidak dihirup rasa semakin
segar dan bersemangat untuk membuat kerja.Nasib juga lah mereka bagi penginapan kepada aku kerana aku datang sebagai pelatih bakal juruterbang baharu yang dihantar ke Pangkalan Udara Labuan pada 2 hari yang lepas.
Mesyuarat pegawai bahagian penerbangan TUDM sudah bersetuju untuk menghantar aku bersama Aiman untuk melatih seramai 20 orang bakal juruterbang di Pangkalan Udara Labuan.Asalnya seramai 50 orang,tetapi masing-masing di pecahkan ke Labuan dan juga Pulau Pinang.
Jauh kan?tapi aku redha kerana ini tugas aku.
"Ikut sini tuan dan puan."salah seorang anggota TUDM menunjukkan kami arah untuk ke pusat kawalan.Aku dan Aiman hanya mengikut hala tuju yang dibawa oleh anggota tersebut.
Hari pertama sudah bermula,dengan lafaz bismillah aku memulakan tugasku.
"Kenapa semua lambat?push up 20 kali sekarang!"Aiman sudah mengeluarkan mod jurulatihnya manakala aku hanya melihat perkara tersebut.
"Assalamualaikum tuan kami datang lagi hari ini."tegur Joshua dengan riang rianya manakala yang lain semua berwajah serius.Di tangan Joshua ada sebuah bekas mengandungi Durian katanya.
"Aku dah taknak makan durian."kata Elhan.Dia dah penat sentiasa jadi mangsa pertama.Sewaktu mereka semua tidur di dalam khemah Elhan paling banyak digigit oleh nyamuk Aedes.Waktu menjalankan operasi penyamaran pula,dia terkena keracunan sewaktu makan durian tu yang kerja dia muntah sahaja.
Dia sudah trauma dengan buah tangan dari anak buahnya."Ampunkan kami la tuan kami tidak tahu perkara ini akan terjadi itu bermakna tuhan selamatkan kami dari terkena la."balas Arman selamba namun sempat diberikan jelingan maut oleh Elhan.
"Kami datang sini bukan untuk melawat sahaja,tuan."Hafeez mengeluarkan telefonnya lalu membuka video yang direkod olehnya tadi.Berkaitan Noah James didapati dibunuh sewaktu menjadi tahanan lokap selama 24 Jam.
"Ini bermakna cable Noah tu bukan Rafaan tapi sebaliknya.Rafaan tu yang sebenarnya dah lama buat kerja kotor ni!"seloroh Hafeez dia sudah lama geram dengan perangai tidak matang Rafaan sehingga nyawa rakyat Malaysia ditaruhkan.
"Dia tidak layak digelar manusia,dia ni lebih jijik dari sampah!"Hanif pula bersuara.Jujur dia sangat tidak berpuas hati sejak kejadian Elhan diculik sewaktu operasi terdahulu.
"Kenapa dia mesti rahsiakan kematian dia dari kita eh?bukan kita tapi satu Malaysia sehingga raih simpati pejuang negara padahal menyeleweng duit dengan negara macam tu je."Elhan hanya mendengar luahan dari anak buahnya.
"Tuan,ayah tuan pesan nanti tuan dah discharge dia minta tuan untuk lapor diri dekat Markas PASKAL KD Panglima Garang."Elhan hanya mengangguk.Dia baru sahaja sihat perlu sambung menjalani tugas pula,ini lumrah yang perlu dihadapi oleh unit pasukan khas.
Siapa suruh masuk?Hati sendiri yang mahu mesti jiwa tetap kena kuat walaupun badan selembut tilam di rumah sendiri.
"Dah kalau tuan taknak makan bagi kami makan pula."kata Arman lalu membuka bekas durian lalu mereka semua melahap durian kecuali Hanif.
"Kau tak makan durian ke?"tanya Elhan sambil melihat Hanif yang hanya bersandar pada dinding dan melihat rakannya yang lain makan bagaikan di syurga dessert.
"Saya yang drive bukan budak ni nanti berat,mabuk habis pulak."jelas Hanif memang betul pun sebenarnya majoriti yang jadi driver ni tak akan makan durian takut berat je badan lepastu mabuk.
3 Hari Kemudian...
Paip air dibuka lalu aku membasuh mukaku sebelum jatuh terduduk di atas lantai.Rasa penat sangat-sangat.Bukan setakat melatih,aku juga merasa kembali di era aku masih merupakan ahli ALK di INSPEN 1 lalu berpindah ke Pangkalan Udara Labuan untuk berlatih.
Sungguh aku rasa tidak larat sangat-sangat.
Aku sudah merasa tidak sedap badan sejak beberapa hari yang lepas,asyik rasa berat di pagi hari waktu malam macam-macam yang diinginkan nasib rakan lamaku di Labuan sudi menemankan.
Aku membawa tubuhku kembali ke pejabat memandang semua kadet masih rehat.Aku membuka pintu pejabat sementara aku lalu terlihat wajah Aiman yang seperti kerisauan.
"Kau okay ke tak ni Niea?Amy mengadu kat aku setiap malam kau selalu ajak dia keluar tengah malam lapar katanya."bebel Aiman.Dia merisaukan rakan sekerja,lagipun Elhan ada titipkan pesanan untuk menjaga Daniea dengan baik kalau tak mahu di pancung kepalanya.
"Aku okay je cuma aku rasa tak sedap badan beberapa hari ni."jujur aku kalau menipu buat apa orang dah tahu dah.
"Kalau kau tak sihat aku bawa kau pergi klinik lagipun kita punya flight petang jadi sempat lah pergi sekejap."pujuk Aiman.Aku hanya menggelengkan tanda tidak mahu.
"Aku pergi kat Pahang je lah nanti,aku rasa aku okay lagi ni."aku bangun dari kerusi lalu mencapai handphone ku dan pergi ke dataran untuk majlis penutup kursus penerbangan TUDM.
Majlis penutup berakhir dengan sempurna,kini sesi mengambil gambar bersama-sama jurulatih iaitu aku dan Aiman berdiri di tengah-tengah sambil memegang cenderahati dari Pangkalan Udara Labuan.
Selesai sesi bergambar,seorang lelaki yang merupakan peserta kursus ini menghulurkan aku sebuah beg kertas."Walaupun hadiahnya tidak bermakna,saya harap puan faham apa yang saya maksudkan."aku mengambil beg tersebut takkan nak menolak pula kan?
Peserta tersebut berlari ke arah rakannya sambil tersengih seperti lega dapat memberikan sesuatu kepada aku.
Aku membuka hadiahnya semasa berada di dalam kapal terbang,hanya ada teddy bear,sekuntum bunga ros yang palsu,coklat jenama cadbury beserta sticky note dilekatkan diatasnya.
'Saya suka puan,bukan dari segi rupa tetapi dari tingkah laku puan menarik minat saya.Cara puan mengajar sangat saya faham.Kalau puan belum berpunya izinkan saya mengisi hati puan.Tunggu saya 2 tahun sahaja lagi'
Isinya membuatkan aku tersenyum.Bukan akibat tersuka dengan peserta tersebut tetapi ini mengingatkan aku sewaktu aku juga masih seorang penuntut di UPNM.Aku juga pernah melakukan perkara sebegini terhadap senior yang melatih aku.
Namun apakan daya,dia kini merupakan salah seorang rakan sekerja aku sekarang.Betul itu Kapten Aiman!
Aku juga sudah tidak menyimpan perasaan padanya sejak aku menjadi anggota TUDM.Sibuk menguruskan pekerjaan sehingga terlupa tentang perkara yang aku pernah buat suatu ketika dahulu.
"Kenapa tersengih tu?ada budak bagi surat cinta ke?"aku hanya mengangguk saja dengan pertanyaan Aiman memang betul tekaan dia.Aiman tergelak kecil dia juga teringat zaman aku mengejar Aiman tanpa henti.
Nasiblah kini Aiman sudah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata yang cantik seperti ibunya.
"Suratnya teringatkan aku waktu aku masih student aku pun buat perkara macam ni jugak."aku tergelak kecil mengimbau kenangan itu kembali.Aiman pun sama turut menceritakan kisahnya selepas aku bagi surat cinta tersebut.
"Kau tahu Elhan dulu dia taknak cakap dengan aku seminggu sebab aku dapat surat cinta dari kau.Dia bebel kenapa dia tak dapat surat tu."jelas Aiman.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
Storie d'amoreElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
