Elhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
Special Chapter sempena Hari Kemerdekaan yang ke-68
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pagi 31 Ogos. Langit Kuala Lumpur masih samar dengan cahaya matahari terbit, tetapi Dataran Merdeka sudah dipenuhi dengan lautan manusia. Bendera kecil Jalur Gemilang berkibar di setiap sudut, anak-anak kecil memegang belon, ada yang berlari dengan wajah bercorak patriotik. Trompet dan tiupan wisel kedengaran berselang-seli, memberi tanda bahawa acara besar bakal bermula.
Jam baru pukul 7, tapi Daniea Ellysha sudah sampai, bersama anaknya yang berusia setahun lebih, Eidan Danish, yang sedang ligat dengan ragamnya. Di tangannya kecil, bendera Malaysia dihayun ke sana sini.
"Abi... abi... abi..." Eidan sudah mula menyebut sepatah-sepatah, suaranya comel tetapi kedengaran mendesak.
Daniea tersenyum kelat. Dia tahu anaknya mencari Elhan, suami kesayangannya, yang pagi itu sedang bersiap dengan pasukan PASKAU untuk menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan.
"Abi tengah kerja, sayang... sabar ya, nanti habis perbarisan kita jumpa abi," Daniea cuba pujuk, tapi tangisan kecil mula pecah.
"Abi! Abi!!"
Eidan menangis, mukanya merah, membuatkan Daniea panik. Ramai orang memandang. Nasib baik seorang anggota polis trafik yang bertugas di sekitar kawasan itu sempat datang mendekat.
"Eh, adik kecik ni kenapa nangis? Cari abi ya?" Lelaki itu tersenyum, tunduk sambil mengeluarkan sekeping coklat kecil dari poket uniformnya.
Eidan yang tadi meraung, terus senyap seketika bila coklat disua ke tangan. Matanya bulat memandang, kemudian disumbat ke mulutnya yang kecil. Tangisan reda perlahan-lahan.
"Alhamdulillah..." Daniea melepaskan keluhan lega. Dia mengangguk sopan.
"Terima kasih ya, abang polis."
"Sama-sama, puan. Biasa la budak kecik, nak ayah dia. Hari ni memang ramai ayah yang berkhidmat." Dia melambai kecil sebelum kembali bertugas.
Daniea tersenyum, kemudian mendukung Eidan sambil mencari tempat sesuai di tepi laluan. Panas semakin terasa, tapi kipas tangan kecil dalam begnya menyelamatkan keadaan. Dia kipas wajah anaknya yang sudah berpeluh, sambil sesekali membetulkan topi kecil di kepala Eidan.