BAB 29

80 3 0
                                        

Di depan pintu rumah,Elhan sudah memasukkan barangnya ke dalam bonet kereta.Daniea terus memeluk Elhan dengan erat rasa berat hati untuk membiarkan Elhan pergi.Pada misi lepas dia sudah cedera jadi Daniea risau walau bagaimanapun,dia berkongsi Elhan dengan negara.

"Jaga diri,jangan risaukan Niea.Niea dengan baby akan selalu doakan abang."kata Daniea dengan mata yang berair.

Elhan melepaskan pelukan lalu menatap wajah Daniea denga rasa berat hati juga."Abang janji abang akan balik dengan selamat,cuma sayang pelik jaga anak kita elok-elok ye?"

"Abang tak balik dalam keadaan selamat pun tak apa asalkan abang masih hidup."nampaknya Daniea masih berat hati.

Elhan meletakkan tangannya pada perut Daniea,"Dengar cakap ummi waktu abi takde ya?semoga membesar sihat dan kuat seperti ummi."perut Daniea dicium.


























Seetelah mengucapkan perpisahan kepada Daniea,Elhan bersama pasukan Bravo bergerak ke Pangkalan TUDM Kuantan.Mereka semua berkumpul di lapangan terbang,siap untuk menaiki pesawat A400 yang akan membawa mereka Pulau Pangkor,Perak.Pagi itu semangat mereka tinggi,walaupun ada sedikit kerisauan di hati masing-masing.

Arman yang sedang mengetap bibir sambil memeriksa senjata,"Pasukan Bravo,kita dah siap.Misi kali ini bukan mudah,tapi kita dah biasa buat latihan.Masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan."

"Seronoknya dapat terbang lagi.Tak sabar nak sampai sana.Aku harap misi kali ini selesai dengan cepat."balas Joshua sambil memandang kearah pesawat A400.

Hanif yang tersenyum sambil memeriksa peralatan juga membalas,"Jangan risau,kita ada Elhan sebagai ketua,apa yang tak boleh kita atasi?"

"Betul tu,Elhan ni ketua yang hebat,kita follow je arahan dia."balas Haziq pula.

Elhan melihat semua anggota pasukan dengan penuh keyakinan,kemudian berkata dengan tegas,"Ini bukan misi biasa.Jangan terlalu santai.Kita mungkin akan berdepan dengan ancaman lebih besar.Fokus dan berhati-hati,okay?"

"Betul tu,ketua.Kami akan ikut arahan."dengan wajah serius,Ayden mengangguk setuju.

Setibanya pesawat A400,semua anggota duduk dalam fomasi masing-masing.Suasana sdi dalam pesawat agak tegang,namun masing-masing masih cuba untuk berbual untuk menghilangkan tekanan.

Elhan yang duduk dihadapan,melihat semua ahli pasukan Bravo yang duduk dibelakangnya.

"Semua,dengar sini.Sebaik sahaja kita sampai di Pulau Pangkor,kita akan langsung memulakan pergerakan ke lokasi yang telah disediakan.Semua perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

"Kalau kita diserang ketika sampai nanti,apa langkah pertama?"tanya Arman dengan nada yang serius.

"Langkah pertama,kita periksa kawasan sekitar dan pastikan perimeter selamat.Kemudian,kita akan membuat serangan balas jika perlu.Jangan takut,kita kuat."balas Elhan tegas.

"Tak sabar nak jumpa musuh,nak buat latihan real, bukan latihan sahaja."kata Joshua.

"Betul.Misi ini lebih mencabar dari yang kita sangka.Tapi kita semua cukup terlatih."sambung Hanif.

"Kita semua terlatih.Yang penting,kita ada satu matlamat.Kemenangan dan kembali dengan selamat."balas Elhan cuba untuk menenangkan suasana.





Setibanya di Pulau Pangkor,pasukan Bravo turun dari pesawat A400 dan berkumpul untuk berbincang mengenai langkah seterusnya.Elhan sebagai ketua pasukan,memimpin mereka dengan penuh keyakinan.

"Periksa kawasan sekitar dan jangan buat sebarang bunyi yang dapat menarik perhatian musuh.Kita akan bergerak secara berperingkat.Fokus pada persekitaran dan ambil langkah berwaspada."kata Elhan dengan tegas.

Di Langit Yang BiruTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang