Pintu utama rumah diketuk perlahan sebelum Daniea masuk dengan langkah longlai. Jam menunjukkan hampir 7.05 pagi. Dia menanggalkan but perlahan dan melangkah ke dalam rumah sambil menarik nafas lega. Duty malam tadi benar-benar mencabar fizikal dan mental.
Di meja makan, Umi sedang menyusun cawan, dan Abah pula sudah siap berbaju celoreng lengkap, bersarapan sambil membaca laporan dalam fail hitam tentera.
"Assalamualaikum..." sapa Daniea perlahan, suara serak habis.
"Waalaikumussalam," jawab mereka serentak.
"Baru balik?" tanya Abah sambil memandang jam tangannya.
Daniea mengangguk sambil melabuhkan punggung di kerusi. Rambut masih bersanggul, mata separuh terbuka.
"Duty malam... Banyak dokumen nak semak. Pastu sistem crash pulak tengah-tengah malam," dia mengeluh sambil menyandar.
Abah tersenyum kecil. "Biasalah. Hidup tentera takkan tenang. Tapi jangan lupa, siapa pun kau dalam pasukan, tugas tetap nombor satu."
"Faham, Abah..." jawab Daniea malas.
Abah menghabiskan kopi terakhir, bangun dan bersalam dengan Umi. "Saya gerak dulu, sayang. Ada lawatan dari Kementerian pagi ni kat Kem Batu 10."
Kem Batu 10, markas utama Tentera Darat di Kuantan, hanya beberapa minit dari Pangkalan Udara. Sebagai pegawai tinggi, abahnya memainkan peranan besar dalam penyelarasan antara darat dan udara.
Abah sempat mengusap kepala Daniea sebelum keluar.
"Tidurlah. Tapi jangan lupa solat. Dan jangan tidur sampai petang pula," pesan Abah sambil senyum.
"Roger, Kolonel," jawab Daniea sambil hormat gaya malas.
Umi menggeleng kepala tengok perangai anak bongsunya.
Usai mandi sekitar pukul 8, Daniea terus rebah di atas katil. Tanpa selimut, tanpa bantal peluk. Hanya tubuhnya yang terbaring keletihan. Dalam masa lima minit, dia sudah tenggelam dalam lena yang dalam. Tugas malam benar-benar menghabiskan energinya.
Umi hanya menjenguk dari pintu bilik, dan melihat anak gadisnya yang sedang tidur terbongkang dengan rambut separuh kering.
"Ya Allah, anak ni... Baru dua hari kerja dah macam ni. Tak sempat nak jadi menantu orang," bisik Umi sambil tersenyum simpul dan menutup perlahan pintu bilik itu.
Jam 12:17 tengah hari. Telefon bimbit Daniea bergetar atas meja sisi katil.
Dengan mata separuh celik, dia mencapai telefon dan menjawab.
"Leftenan Daniea bercakap."
"Leftenan, minta hadir tinjauan udara jam 1700 hari ini. Ada simulasi latihan menyelamatkan tebusan oleh unit PASKAU. Kapten akan bantu dari udara."
"Hari ini juga?" Daniea tergamam.
"Ya. Briefing pukul 1500. Sila hadir tepat waktu."
Panggilan tamat. Daniea mengeluh panjang. Baru dua hari di Kuantan, tapi kerjanya bertubi-tubi macam dah dua tahun dalam sistem.
Pukul 4:45 petang, jubah penerbang hijau lumutnya sudah lengkap tersarung. Dia menaiki tangga jet Sukhoi kesayangannya dengan langkah yakin. Sukhoi Su-30MKM itu bagai sahabat setia yang sentiasa menanti untuk diterbangkan. Enjinnya sudah mengaum, ready for flight.
Di udara, dia mengawal pesawat dengan tenang. Latihan simulasi sedang berlangsung di tanah lapang bersebelahan Pangkalan. Helikopter EC725 Cougar milik PASKAU sedang bersiap untuk misi penyusupan. Sasaran: menyelamatkan tebusan dari struktur 'musuh'.
"Eagle to Bravo 01. Kawasan bersih. Sedia terbang rendah untuk visual," suara Daniea tenang dalam radio.
"Roger that, Eagle. Bravo bergerak sekarang," balas suara garau dari helikopter.
Daniea kenal suara itu. Elhan.
Gerakan PASKAU di darat begitu cermat. Lincah, tepat, dan tersusun. Lima minit kemudian, latihan selesai. Pengganas 'dimatikan', tebusan selamat dibawa keluar.
Daniea tersenyum di balik visor.
"Impressive."
Selesai mendarat, dia membuka helmet dan menuruni tangga pesawat. Peluh membasahi dahi, tapi ada kepuasan jelas terpancar dari wajahnya. Tugas selesai dengan sempurna.
Dari arah helikopter, seseorang berlari berseragam hitam taktikal dengan lanyard PASKAU di dada.
"Daniea!"
Dia berpaling. Elhan.
Langkah lelaki itu terhenti beberapa meter darinya, nafasnya masih belum stabil. Wajahnya seperti ingin menyampaikan sesuatu penting.
"Kenapa?" tanya Daniea, mengangkat kening.
"Aku cuma... Daniel pesan, suruh aku jaga kau. Tapi... aku rasa aku yang patut jaga jarak sekarang."
"Jaga jarak?" Daniea bingung.
Elhan tunduk sedikit. "Aku tak nak salah faham. Tapi... aku sendiri pun dah mula rasa pelik."
Dia berpaling sebelum Daniea sempat membalas, lalu berjalan semula ke arah kem PASKAU.
Malam itu, Elhan pulang ke rumah sewanya. Badan masih penat, namun fikiran lebih kusut dari fizikal. Selesai membersihkan diri, dia solat Maghrib dalam diam, kemudian menyambung dengan solat istikharah.
"Ya Allah... kalau perasaan ini ujian, kuatkan aku. Jika ini petunjuk, tunjukkan jalannya. Jika ini nafsu, lenyapkan ia dari hati."
Elhan menekup wajahnya selepas memberi salam. Hatinya bergetar, bukan kerana takut tapi kerana sesuatu yang lebih mendalam: kekeliruan antara amanah dan rasa.
Wajah Daniea muncul lagi dalam fikirannya.
Tenang, fokus, dan tegas di udara. Tapi juga manja, ceria, dan selamba di bumi.
"Elhan... kau tengah terbang rendah sekarang," bisiknya sambil memandang kipas siling.
Dia tahu, hatinya mula melangkah ke arah yang tak pernah dia sangka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
