"Ingat,kita dapat permission untuk bunuh mereka semua tapi kita tak perlu membazir peluru apa guna kita ada bakat berlawan tanpa senjata."
"Wolf,target lock."kata Jerung sambil menunggu HK PSG-1 nya beraksi pada waktu ini.
"Good job jerung,now tunggu aku bagi arahan."Wolf bersama Cobra,Gagak dan Tiger memegang senapang masing-masing.
Cobra dan Gagak mendekati dua pengawal kini berada di depannya ditekup mulut pengawal tersebut lalu ditembak menggunakan pistol Desert Eagle.
Lebih memudahkan kerja guna pistol yang senyap,kini mereka berempat berada di depan sebuah pintu Wolf bersama Tiger di bahagian pintu sebelah kiri manakala Cobra bersama Gagak di pintu bahagian kanan.
Wolf memberi isyarat selepas dia tendang pintu yang lain terjah dalam mereka juga menyimpan grenade di tempat yang selamat dan guna bila perlu sahaja.
3...2...1...
BAMMM !!
Pintu tersebut terbuka luas menampakkan gudang ini penuh dengan tong berwarna biru yang mungkin merupakan senjata yang mereka seludup ke Malaysia.
Masing-masing alert dengan sekiling sehinggakan ada bunyi seperti orang bertepuk tangan.
PAK!PAK!PAK!
"Good job guys!or I need to say it again?Good job Elhan and the team!"suara Noah James membuatkam mereka semua memahami bahawa Noah yang menyorokkan Elhan.
"Serah diri je lah Noah,kau mudahkan uruskan kami,inshaallah Allah akan permudahkam urusan kau."kata Gagak,jujur dia tak mahu pertumpahan darah yang berlalu.
"What?are you blind or something?"rantai tanda salib tergantung kemas pada leher Noah menyatakan bahawa dia percaya pada tuhan dia.
'Bukan kau sorang je kristian lah sial'bisik cobra dalam hati.
"Lupa pulak kau agama lain,tak sabar nak tengok kau masuk neraka."balas gagak senjata masih dihalakan kepada Noah.
"Eh bodoh,sentap sampai kat aku gila pun bukan dia je kristian kat sini."cobra menjeling ke arah gagak.
"Eh lupa la ampun baru nak buat dia sentap haduh kau ni."
"Apakata korang semua diam sekejap sebab aku ada show nak tunjuk ni."walaupun Noah mengangkat tangannya ke atas tanda mengalah dia memberi isyarat kepada anak buahnya yang masih tersisa.
Anak buahnya seakan faham dengan isyarat tersebut lalu rantai besi yang berada di lantai di tarik kuat sehingga tubuh seseorang dipaksa keluar.
"Black."kata Wolf perlahan.Rasa terkejut apabila melihat rakannya yang tidak berbaju dan badannya yang berdarah di seluruh badan.Elhan juga seperti tiada daya untuk melihat mereka lagi.
Cobra mula ingin menyerang Noah namun ditahan oleh Gagak.
"Apa masalah kau ha?!"jerkah Cobra dia cuba menahan sabarnya.
Noah hanya menunjukkan tapak tangan menandakan isyarat suruh bersabar.
Kayu panjang diangkat oleh anak buahnya Noah lalu diayunkan ke arah belakang Elhan.
"Arghhhh !"sakit dibelasah 4 hari lalu masih terasa,dia cuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya walaupun terasa lemah.
"Black!"jerit Wolf,risau dengan rakannya itu.
Kini kayu panjang itu diayunkan dibahagian depan pula Elhan terbatuk mengeluarkan darah dari mulutnya.
"Senang je syarat dia bro,i want all of you give the weapons now!"tegas Noah membuatkan mereka berempat pandang sesama sendiri.
'Ingat!Kita tidak dibenarkan memberi senjata kita pada pihak musuh!'
Elhan menggelengkan kepala agar rakannya tidak memberikan senjata itu kepada Noah.Dia lebih rela mati daripada senjata pasukan mereka dirampas oleh pihak musuh.
Tiba-tiba sahaja rantai besi pada tangan dan kakinya dibuka dia melihat gerangan yang menolongnya itu.
Snake mengenyitkan matanya,dia menyamar menjadi anak buah Noah rupanya.Anak buah Noah semua kini tumpas di tangan sniper Bravo,iaitu Jerung.
Jerung hanya melihat dari jauh apa yang terjadi di dalam bangunan.Dia perlu bersiap sedia.
Snake menghalakan Glock 17 tepat pada kepala Noah yang seakan baru tersedar apabila melihat anak buahnya kini sudah mati.
"Serah je la diri kau Noah,tak ada guna kau nak selamatkan diri kau lagi."Cobra melihat wajah takut Noah rasa ingin ketawa besar.
Tu la tadi kemain cakap besar ni dah tak ada orang backup baru takut menggigil macam nampak hantu.
"Aku takkan serah diri,kalau tak bos akan bunuh aku."kata Noah bagaikan hilang arah lalu melakukan tendang pada perut Snake dan merampas Glock 17 tersebut lalu dihalakan pada kepalanya sendiri.
BANG!
BANG!
BANG!
"S14L!"jerit Cobra yang melihat Elhan yang cuba menyelamatkan Noah dari
membunuh diri nasib baik daripada 3 das tembakan tersebut 3 das terkena pada kayu di hadapan mereka.
Gagak dan Tiger berlari menangkap Noah yang seperti orang gila mengatakan dia perlu mati dari dibunuh oleh ketuanya sendiri.
Elhan yang sudah terbaring disambut oleh Wolf dia mengoyakkan baju pada tubuhnya lalu dikoyakkan kepada dua bahagian untuk diikat pada lengan kiri dan juga ditekup pada belakang Elhan yang berdarah akibat diseksa beberapa hari yang lepas.
Wolf menekan butang pada walkie talkienya lalu berkata"This is Wolf Bravo team, Black sudah dijumpai dan Noah sudah ditangkap tolong panggil medic Black cedera parah"
"Black hilang banyak darah tolong hantar medic now!"Wolf menjerit kerana takut kehilangan rakannya.
Elhan memegang tangan Hafeez lalu diusap agar temannya untuk bersabar dia masih dalam keadaan separa sedar.
"Medic!"
Handphone ditangan aku kini terjatuh apabila mendapat panggilan daripada papa,air mata jernih mengalir membasahi pipi yang kering itu.
"Helo Niea?Niea dengar tak ni?"panggilan tersebut aku abaikan aku terus mencapai kunci kereta milikku lalu keluar daripada pejabat dan terus memandu ke Hospital berkenaan.
Khairul yang melihat aku keluar secara tergesa-gesa turut pelik.Baru sahaja ingin menyuruh Daniea pergi ke INSPEN 1 terus terbatal niatnya.
INSPEN 1 - Institusi Penerbangan 1
Mata yang kabur akibat air mata ditahan aku terus menuju ke bilik pembedahan 1 di mana Elhan terletak.
Aku terlupa yang aku berkongsi suami aku dengan negara sekarang ini jadi kepulangannya dalam keadaan sebegini perlu diredhai.
Aku melihat jururawat yang keluar berulang alik mengambil darah.
"Patient lost a lot of blood!Tolong amikkan darah jenis O lagi!"kata doktor tersebut di dalam bilik bedah.
'Sungguh aku tidak mahu kehilangan dia ya tuhan.'
Aku tertidur di bahu Daniel akibat letih daripada kerja di udara tadi,mata yang sembap itu dibuka perlahan lalu aku melihat seorang doktor sedang berbual dengan papa bersama abah.
"Alhamdulillah Elhan selamat."ibu bapa Elhan bagaikan bersyukur kerana anaknya itu selamat.
Aku yang baru terjaga lalu menggosok mata aku.Daniel tersenyum ke arahku.
"Dik,Elhan dah selamat cuma dia masih belum sedar."Daniel melihat aku masib terpinga-pinga itu akibat baru terjaga dari tidur.
"Niea nak jumpa dia."aku menggosok mata aku lalu berdiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomantizmElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
