"Kau dah demam taknak bagitahu,kan dah dapat padah."bebel Elhan.Mukhriz yang masih menyelubung dirinya di dalam selimut sambil mendengar bebelan Elhan.Mana taknya lepas training dia pergi ikut kawan-kawannya mandi parit yang mengalirkan arus deras akibat hujan lebat.
Kawan dia ada yang tengah melarat demam sampai sekarang belum sihat lagi.Dia pun terikut sama sekali
"Dah tu kau rasa tak sedap hati nak mandi dah kenapa?Takyah lah mandi.Lepastu demam mengadu sakit badan lah sakit kepala lah"Mukhriz hanya mengajuk kata Elhan semula malas mendengar kembarnya membebel
"Dah lah aku nak tidur!Esok kau kursus kan nanti penat ha dah shuh shuh"Mukhriz menolak tubuh Elhan keluar dari biliknya.Mukhriz melihat Daniea yang sedang memegang dulang itu datang kepadanya
"Ni ada ubat demam,air jerang dengan nasi ayam"aku hulurkan dulang itu kepada Mukhriz lalu dia mengambil dulang tersebut."Haa terima kasih Niea sekarang kau kutip mamat ni masuk bilik tidur awal esok dia nak gerak awal pagi"Mukhriz terus membawa dulangnya masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.
Aku melihat Elhan yang seperti tidak puas hati dengan Mukhriz itu terus aku peluk dia nak meredakan hati suami."Abang masih marahkan Mukhriz ke?"tanya aku sambil mendongak melihat mukanya.
Tangannya mengusap kepala aku lembut yang bersarungkan tudung."Abang mana tak risaukan adiknya sendiri betul
tak tu sayang?"dahiku dikucup lembut oleh Elhan.Aku hanya mengangguk tanda setuju."Jom tidur,abang ngantuk nak gerak awal esok"dan kami terus bergerak masuk ke dalam bilik untuk tidur.
Akibat bunyi deringan telefon Elhan yang bising aku terjaga,"Abang angkatlah call tu bisinglah"aku menggoncang tubuh Elhan lembut.
Elhan terus mencapai telefonnya dalam keadaan mamai dengan mata tertutup dia seret butang berwarna hijau
"Waalaikumsalam pa,kenapa papa call Elhan?emm Niea ade je kat sebelah ni ha"balas Elhan dengan suara serak akibat baru bangun tidur.
"Lepas subuh?ye nanti Elhan bagitau yang lain okay pa,assalamualaikum"Elhan terus meraup mukanya cuba membuka matanya yang masih ngantuk untuk memberi tahu pasukan Bravo untuk bergerak sebelum subuh kerana mesyuarat akan diadakan selepas subuh
"Sorry precious,abang terpaksa gerak lagi awal"dahi Niea dikucup lama.Isterinya yang lena diulit mimpi tidak diganggu dia bagitahu Mukhriz je nanti
Markas PASKAU,Pangkalan Udara Bukit Jugra
Di pagi yang agak muram ini,akibat awam mendung melindungi seluruh negeri Selangor.Tapi bukan pagi je muram,dengan aku sekali muram kena panggil sertai mesyuarat ini
Tidak kurang juga kehadiran pasukan Bravo.Joshua,Arman,Hafeez dan yang lain pun ada.
Lt.Kolonel Fath Zayyan memasuki bilik mesyuarat tersebut dan kami semua berdiri serta memberikan tabik hormat
"Duduk semua"arahan Lt.Kolonel Fath Zayyan dituruti dan semua ahli pasukan Bravo duduk dengan sopan.
LCD Screen dibuka dan terus memaparkan gambar seorang lelaki bersama biodatanya
"Noah James yang merupakan pembekal senjata haram di seluruh asia.Dia juga merupakan bekas askar USA dan merupakan Professional Airforce di sana.Dia sudah dapat merampas beberapa pesawat di Indonesia kini target datang dia ke Malaysia untuk merampas pesawat TUDM pula"panjang lebar penjelasan Mejar Fath Zayyan
"Saya panggil kalian ke sini untuk fikir penyelesaian kalau saya yang fikir buat apa saya panggil kalian?"uhh sentap dalam jiwa masing-masing
Tuk!Tuk!Tuk
Jari Elhan banyak kali mengetuk meja menandakan dia sedang berfikir
"Tuan arahkan kami untuk misi penyamaran?"tanya Hafeez.Dia sudah dapat menangkap situasi ini.Melihatkan Lt.Kolonel Fath Zayyan mengangguk,Elhan pula bersuara.
"Maksud Tuan sekarang ini Noah ada cable dan dia merupakan warganegara Malaysia?"Elhan cuba meneka teka teki yang diberikan oleh Lt.Kolonel Fath Zayyan.
"Ya betul sekali Elhan,ops penyamaran perlu dilakukan berhati-hati kerana cable Noah ni bukan orang yang biasa sahaja kita perlu cari tahu siapakah orangnya"jelas Lt.Kolonel Fath Zayyan lagi
"Misi akan bermula pukul 10 pagi,penyamaran akan dilakukan di sekitar Pasar Seni yang berada di Kuala Lumpur.Bersurai!"Lt.Kolonel Fath Zayyan meninggalkan bilik mesyuarat tersebut
"Bapak kau boleh tahan garang jugak ye"tegur Joshua muka ketat Mejar Fath Zayyan sebiji sama dengan muka Elhan.
Like Father,Like Son
"Dah semua bersurai kita jumpa pukul 10 kat Pasar Seni KL"pasukan Bravo kini bersurai mengikut hala tuju masing-masing
"Kenapa time ni kau buat hal Elhan?!"laung Elhan kuat sambil menumbuk dinding bilik mesyuarat.Mereka hilang jejak Noah apabila Elhan mengalami simptom muntah-muntah secara tiba-tiba.
"Sabar,Tuan Joshua dengan Hafeez masih belum sampai mungkin dorang dapat tahu
Pintu bilik mesyuarat dibuka luas Joshua dan Hafeez tercungap-cungap mengambil nafas.
"T-tuan,cable Noah tu-"tidak sempat menyambung ayatnya,badan Hafeez rebah mencium lantai.
"Hafeez!"tubuhnya diangkat perlahan lalu disandarkan pada kerusi.Elhan menayangkan muka risau ahli pasukannya tiba-tiba sahaja pengsan.
"Tuan,cable Noah tu Rafaan"jelas Joshua.Habis melopong mulut pasukan Bravo,mana taknya Rafaan tu ex PASKAU dan sniper yang penah berada di dalam pasukan Bravo.Tetapi,dia sudah meninggal 3 tahun lepas akibat letupan di Lahad Datu,Sabah
"T-tapi bukan Rafaan dah mati ke tuan?saya pangku jasad dia tuan!"suara Arman menaik satu oktaf terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ini
"Kalau Rafaan masih hidup,kita dalam keadaan bahaya!"
"Cukup tu!Kita semua merupakan anggota Pasukan Khas dan bukan pasukan biasa,tanpa kita siapa lagi mahu menyelamatkan negara?kita merupakan barisan hadapan yang akan bertarung demi negara faham tak tu?!"Elhan memberikan semangat kepada ahli sepasukannya
"Ingat,Rafaan tu bukan lagi ahli pasukan kita jadi kamu tak perlu dengan dia hanyalah bekas"sambung Elhan lagi.
"Abistu kita nak buat apa ni tuan?"Arman melihat muka Elhan yang seperti sedang mencerna sesuatu perkara.
"Aku ada idea,tapi kita tunggu arahan orang atasan dahulu.Misi kita agak lambat sedikit kali ini"Elhan merenung muka Hafeez.Joshua menceritakan mereka terpaksa berlawan dengan anak buah Noah yang terlalu ramai sehingga mereka buat rancangan untuk lari.
Malangnya Hafeez terkena dos ubat tidur dari seseorang,Hafeez tahan matanya dari tertidur sepanjang perjalanan ke markas semula.
"Kita pergi lunch lepas tu solat jom?"pelawa Put,Daniea yang baru sahaja turun dari pesawat SUKHOI SU-30 MKM
"Jom"Daniea mencabut helmetnya lalu mengikut Put pergi makan bersama.
"Aku teringin nak makan nasi beriyani lah"kata aku secara tiba-tiba
Aku rasa craving macam-macam pulak
"Ni dah pinggan ketiga kau makan Niea,kau okay ke tak tiba-tiba je makan banyak.Sebelum ni ajak makan sikit aje kau makan"Put risau aku melahap makanan banyak sangat ni
"Sedap sangat lah uih kenyang aku"aku mengusap perut aku yang kembung akibat makan yang banyak.Put hanya menggelengkan kepalanya sahaja

YOU ARE READING
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen seorang lelaki yang berusia 28 tahun merupakan salah seorang anggota TUDM di bawah unit Pasukan Udara Khas (PASKAU) dan dia juga ialah ketua bagi salah satu pasukan terkuat Bravo yang juga berada di bawah unit PASKAU .Dia berkerja di P...