Daniea sedang sibuk menguruskan persiapan hari perkahwinan Mukhriz,dari memilih pakaian,memastikan Eidan memakai pakaian yang sesuai sehingga mempersiapkan diri untuk majlis.Elhan walaupun baru sahaja sembuh,cuba untuk membantu sebaik mungkin meskipun kesakitan masih terasa.
"Sayang,abang macam tak percaya harini kembar abang kahwin,dah besar dah Mukhriz.Rasa baru semalam main bola sama-sama."kata Elhan sambil mengusap wajahnya yang agak keletihan tetapi masih berusaha untuk senyum.
"Ada-ada je abang ni,takkan abang nak cakap abang muda lagi?Tapi betul,Mukhriz dah besar dan akan mulakan hidup baru bersama cinta mati dia."balas Daniea tersenyum sambil mengatur pakaian mereka sekeluarga.
"Eidan,anak abi..Kita nak pergi majlis kahwin Uncle Riz,Kita nak jadi orang bergaya kat sana kan?"Elhan mengangkat Eidan yang baru sahaja bangun dari tidur dan membuat wajah comel ke arahnya.
Ketika mereka sedang sibuk,Eidan Danish mula memberikan masalah kecil yang mengundang tawa.
"Aaa nanak .. nanak!"Eidan menangis kecil menunjukkan ke arah yang dia pakai sambil menggerakkan kakinya.
Daniea dengan sabar menggendong dan mencium pipi anaknya,"Eh nak lari ke mana,anak ummi?Hari ini kita semua kena nampak comel,kalau tak Uncle Riz marah.
Eidan dipakaikan pakaian,tapi bukannya tanpa drama.Elhan dan Daniea cuba memujuk Eidan untuk memakai kasut,tapi anak mereka lebih berminat untuk berlari di dalam rumah.
"Eidan ni macam abanglah,tak reti duduk diam,Sabar ye kita bawa dia ke majlis,mesti seronok."kata Daniea lalu menangkap Eidan yang sibuk berlari.
"Ini baru permulaan,nak kejar dia sampai ke hujung dunia."Elhan tertawa melihat karenah Eidan dipagi hari.
Akhirnya mereka pun bersiap untuk menuju ke lokasi perkahwinan Mukhriz.Di dalam kereta,Eidan duduk di pangkuan Daniea manakala Elhan memandu di sebelah.Meskipun perjalanan itu penuh dengan gelak tawa dan keletihan,namun keluarga itu tetap bahagia.
"Rasa tak sabar nak tengok Mukhriz menikah,tapi macam pusingan kali kedua cuma bukan kita jadi pengantinnya."kata Elhan.
"Tak ada apa yang lebih indah dari melihat orang yang kita sayang bahagia.Kita pun nikmati hidup baru bersama Eidan."balas Daniea memandang Elhan dengan penuh cinta.
"Uncle Riz!Uncle Riz!"lambai Eidan dari dalam kereta.
Dewan besar yang dihias megah dipenuhi tetamu kehormat,rakan-rakan sejawat dari PASKAL,PASKAU dan pasukan tentera lain.Keluarga dan kenalan turut hadir.
Dari jauh,Iris Sofea yang anggun dalam busana pengantin berwarna puti bersulam benang emas sedang menanti di sisi Mukhriz yang tampak segak dalam pakaian no 1,lengkap dengan medal keberanian.
Seorang pegawai memberi isyarat,Tibalah masa mereka berarak masuk dengan istiadat pedang pura.
Memandangkan perkahwinan Mukhriz ni melibatkan ramai pegawai dari pelbagai cabang tentera,jadi sword bearers terdiri daripada gabungan pegawai PASKAL,PASKAU dan GGK iaitu gabungan tiga pasukan elit di Malaysia.
"Hari ini kita bukan meraikan seorang pahlawan PASKAL,tetapi juga penyatuan tiga pasukan elit!Formasi istiadat ini adalah simbol kekuatan bersama!"
Mereka melangkah masuk perlahan sambil Iris menggenggam tangan Mukhriz erat.Ketika pintu gerbang terakhir,tiba-tiba pedang menghalang laluan mereka.
"Hanya pahlawan yang sanggup bertanggungjawab boleh melepasi gerbang terakhir ini."ucap Elhan dengan penuh tegas.
Mukhriz tersenyum dan memandang ke arah Iris,"Aku dah berjanji untuk menjaga dia seumur hidupku."
"Dulu kita selalu gaduh pasal siapa lagi hebat.Sekarang kita sekufu buat selamanya."bisik Mukhriz pada Iris.
"Tapi aku rasa aku doktor yang lagi hebat."balas Iris.
"Tak kisah,asalkan selamanya doktor ini milik aku."kemudian Mukhriz mencium lembut dahi isterinya.Elhan mengangguk dan akhirnya pedang terakhir diangkat,membenarkan mereka melangkah ke hadapan sebagai suami isteri.
"Kini,tibalah saat yang dinanti-nantikan.Upacara pemotongan kek rasmi oleh pasangan mempelai,dengan penuh istiadat kententeraan!"
Mukhriz mengambil pedang kerhormat PASKAL miliknya disediakan di atas meja warna biru laut.Sambil tersenyum,dia menyerahkan pedang tersebut kepada isterinya,Iris.
"Ni kali pertama kau pegang pedang besar dan panjang kan?"
"Selama aku bekerja aku pegang pisau kecil je,kalau untuk kek inshallah tak ada masalah."balas Iris sambil tersenyum.
Dengan empat sword bearers mengangkat pedang dengan formasi 'X'.Mukhriz dan Iris pegang pedang bersama bilah perlahan-lahan ke dalam kek.
Sebaik sahaja kek dipotong,Rayyan merupakan rakan sekerja Mukhriz tersenyum sinis,"Kek dah dipotong,jadi tradisi seterusnya suap pengantin lelaki !"
Dua sword bearers mengurung Mukhriz dengan pedang seolah-olah memberi amaran untuk tidak melawan.
Iris mengambil sepotong kek dengan sudu,lalu berkata dengan nada menggoda.
"Leftenan Madya Eshan Mukhriz,anda telah ditawan.Sebagai tebusan,anda perlu menerima suapan ini tanpa bantahan!"
"Baiklah,saya serah diri!"balas Mukhriz sambil mengangkat tangan dan ketawa.
Tetamu ketawa dan bersorak apabila Mukhriz disuap kek oleh isterinya.
Sword bearers memberi hormat kepada pengantin.
Elhan mencari keberadaan Daniea dan Eidan akhirnya jumpa.Daniea sedang duduk manakala Eidan sibuk berlari di keseronokan.
"Sayang." panggil Elhan.
"Segaknya suami saya hari ini."balas Daniea kerana sudah lama tidak melihat Elhan menyarung pakaian no 1 miliknya.
"Biasalah hero sayang kan?"Elhan mengenyitkan mata lalu mengambil tempat duduk di sebelah Daniea.
"Dengan izin Allah,keluarga kita bahagia,Eidan pun lahir dengan sihat dan kuat."kata Elhan sambil mengusap bahu Daniea.
"Muka dia pun lebih feminin sebab mirip sayang."sambung Elhan lagi.
Pangkalan TUDM Bukit Jugra,Banting,Selangor
Setelah setahun Elhan sekeluarga berpindah ke pangkalan TUDM selangor bagi tujuan memudahkan urusan Elhan untuk menyertai PT dan bernasib baik juga lah lapangan terbang berada di sana juga untuk membantu PASKAU membuat latihan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
