BAB 11

68 4 1
                                    

Usai menunaikan solat subuh dirumah,aku terus merebahkan diri di atas katil kerana keletihan yang masih belum reda.Selepas sahaja aku dirawat di Pangkalan Udara Labuan,aku terus bergerak balik ke Pahang manakala pasukan aku bergerak selepas subuh.

Dalam beberapa minit sahaja,mata aku rasa berat dan aku terlelap.

Tit ! Tit !

Aku tersedar akibat bunyi handphone aku yang berdering menandakan ada orang membuat panggilan.Tangan aku meraba meja yang berada disebelah katil aku

"Bang buka pintu ni!Aku dah tunggu dari pukul 7:30 tau!"jerit Mukhriz

Aku duduk lalu melihat jam pada dinding bilikku.Jarum pendek jam dinding sudah berada pada nombor 8

"Allahuakhbar dah pukul 8 !"aku bingkas bangun dan membuka pintu untuk Mukhriz masuk

"Dah mandi ke belum ni?"tanya Mukhriz.Aku hanya membalas pertanyaan dia dengan anggukan lalu aku merampas baju melayu putih yang berada di tangan Mukhriz.

"Muka kau pucat.Kau sampai rumah pukul berapa?"tanya Mukhriz.Elhan memaklumkan pada Mukhriz untuk jaga Daniea dengan baik semasa dia tiada.

"Pukul 6 pagi,Aku cuma tak cukup rehat aje."Balas Elhan lalu pergi menukar baju dan memakai baju akad nikah.

"Kau makan ubat ni dulu sebelum pergi majlis.Ni Hafeez bagi aku dia dah cerita apa jadi kat kau semalam"Mukhriz menghulurkan satu plastik ubat.

Doktor bukan setakat memberitahu yang Elhan terhidu asap
kelabu yang banyak,dia juga pergi menjalankan misi dalam keadaan dirinya yang tidak sihat dan memaksa badannya untuk pergi

Elhan hanya mengambilnya dan membawa pergi dapur untuk dimakan.Ni sebab kembar dia nak kahwin je lah dia bersabar dengan perangai dingin Elhan.Lepasni takde dah nak layan.

Elhan menelan ubat yang diberikan lalu meneguk secawan air.

"Dah jom pergi."Elhan mengikuti Mukhriz masuk ke dalam perut kereta dan bergerak ke destinasi yang dituju.








Aku melihat Elhan yang sedang gemuruh kerana majlis akad nikah baru sahaja bermula.Tapi muka dia nampak pucat.Dia tak sihat ke?

"Elhan Mateen bin Fath Zayyan , Aku nikahkan dikau dengan Daniea Ellysha binti Muhammad Al Fateh dengan mas kahwinnya lapan ribu ringgit tunai ."

"Aku terima nikahnya Daniea Ellysha binti Muhammad Al Fateh dengan mas kahwinnya lapan ribu ringgit tunai."

"Sah"

"Sah!"

"Alhamdulillah"air mata umi dah jatuh menitis dahulu tak sangka anak bongsunya sudah digelar sebagai isteri

Aku tersenyum lebar apabila lafaz akad nikah berakhir dengan sekejap.Tak sia-sia abah suruh dia tenang jangan gemuruh

Akhirnya dengan sekali lafaz sahaja aku kini digelar sebagai isteri kepada Elhan Mateen atau lebih dikenali di dalam dunianya sebagai Black.Sekarang waktunya untuk sesi yang dikenali sebagai 'batal wudhu'

"Assalamualaikum isteri abang"tutur Elhan lembut sambil menghulurkan tangannya lalu aku cium.

Aku dapat merasakan bahawa tangannya panas tapi aku berfikiran positif yang dia sedang kepanasan kerana tempat yang agak panas ini.

Selesai sesi bergambar untuk akad nikah,Elhan meminta izin kepadaku untuk berehat sebentar di bilik manakala aku masih melayan tetamu yang baru sampai.

"Niea,kamu pergilah bersiap dulu biar umi yang uruskan tetamu."aku hanya mengangguk dan naik ke bilik.

Aku bersiap di bilik aku manakala Elhan bersiap di bilik Daniel

"Baju bersanding kat mana eh?"aku seakan teringat bajunya berada di bilik Daniel lalu aku mengetuk pintu bilik Daniel.

Tiada balasan.Jadi aku membuka pintu perlahan dan menampakkan Elhan yang sedang lena dibuai mimpi.Aku mencari dimana gaun aku.

Tu dia!Aku mengambil baju untuk bersanding aku yang tersangkut di dalam almari lalu aku ingin berjalan keluar

Tapi hati aku suruh aku berhenti aku hanya melihat Elhan masih lena dibuai mimpi.

'Dia tak sihat ke?Kenapa muka pucat semacam aje ni?'getus hati aku.Tangan kanan aku cuba diletakkan di atas dahinya untuk merasa suhu badannya.

Belum sempat tangan aku mendarat diatas dahinya tangan aku terlebih dahulu ditarik kuat menyebabkan aku hilang imbangan dan aku memejamkan mata aku rapat.

"Buka mata,precious"kata Elhan dengan suara seraknya.Aku pun membuka mata aku.Muka memang dah mendarat di atas dada bidangnya itu.

"Seronok ke dah boleh pegang abang?"tanya Elhan dengan mata yang masih dipejam.Niatnya ingin menyakat isterinya sahaja

Aku terus bangun dan berdiri semula."M-mana ada dahla Niea nak pergi tukar baju."aku terus membawa baju aku keluar pergi ke bilik aku.

Elhan hanya tersenyum nipis lalu bangun untuk menyalin pakaian bersanding mereka pula.

Aku memaut lengan Elhan sambil memegang sejambak bunga.Bagi orang majlis bersanding lawa sebab aku pakai gaun berwarna baby blue manakala Elhan memakai baju istiadat berwarna blueblack disebabkan tradisi bidang ketenteraan kami ikut.

Untuk pihak lelaki sahaja,pihak perempuan ikut suka hati lah tapi majoriti mereka akan pakai gaun kerana lebih cantik di majlis kahwin nanti.

Aku dan Elhan lalu di bawah pedang-pedang sword bearers . Mereka semua merupakan rakan sepasukan Elhan yang menjalankan misi bersama-sama dengannya semalam.Nampak masing-masing juga seperti penat baru balik dari misi.

Alunan musik yang indah yang dimainkan oleh beberapa anggota tentera udara juga dan mereka berada di hadapan sekali.

Buat seketika kami duduk bersanding di atas pelamin,para tetamu yang ingin bergambar sudah mula menaiki pentas mengikut giliran.

Untuk sesi memotong kek sword bearers juga akan membentuk barisan dan mengangkat tinggi pedang mereka.Setiap hujung pedang akan bertemu.Pedang akan diturunkan dengan perlahan dan aku dan Elhan meletakkan pedang di atas kek untuk memotongnya.

Sepotong kek disuapkan ke mulut sang isteri terdahulu kemudian sebaliknya,majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyian daripada saudara mara terdekat mempelai pada hari ini.

'Elhan,kau kuat sebab kau paksa diri kau untuk jumpa aku'

Jam2000

Mata aku dibuka perlahan dan kepala yang masih pening dipaksa untuk mengecam sekeliling.Ni bilik Niea kan?yang dijadikan sebagai bilik pengantin?

Terlihat Daniea yang sedang tidur diulit mimpi bersama tudung yang masih elok terletak sama seperti pagi tadi.Mungkin masih segan untuk membuka aurat walaupun sudah digelar suami isteri

"Uwerghh !"aku berlari masuk ke dalam tandas untuk muntah kerana merasa tidak enak badan.Selesai daripada muntah,aku terus mandi lalu keluar dari bilik air memakai tuala dipinggang

Aku mendukung tubuh kecil Daniea itu dan letakkan di atas katil dengan lembut.Perhiasan ditanggalkan dengan perlahan lalu kucupan hangat diberikan di dahi isterinya.

Elhan memakai tshirt putihnya lalu melipat kain pelekatnya dengan begitu kemas.Tubuh dihenyak di atas tilam yang lembut nasib dia tidak perlu untuk tidur di atas tilam kerajaan lagi kecuali pergi kursus.

"Goodnight, sweetie sleep tight."

Di Langit Yang BiruWhere stories live. Discover now