BAB 10

28 2 0
                                    

Tanpa diketahui,sudah tinggal seminggu sahaja lagi sebelum aku digelar sebagai isteri kepada Elhan.Seminggu sebelum majlis ini aku dan Elhan telah merancang untuk mengambil cuti.

"Aku dah start curi hari ini"kata Elhan yang sedang berbual bersama bakal isterinya ditelefon.

Dia hanya kata begitu untuk melegakan hati Daniea.Hakikatnya,dia berada di Labuan sekarang ini untuk misi yang seterusnya.Dia menipu Daniea dan mengatakan dia di Terengganu atas alasan balik kampung jenguk nenek tak sihat

"Tapi kenapa aku dengar bunyi bising tu?"soal aku.

Elhan terus memberikan jelingan maut terhadap pasukannya.Kalau kantoi nahas aku

"Oh biasa lah kampung kan sedara mara aku semua datang terengganu,nanti dari Terengganu bergerak ke Pahang untuk majlis kita nanti."

"Tuan!"panggil seorang prebet tersebut.Dia memberi isyarat agar Elhan mematikan panggilan kerana dia ingin menyampaikan berita.

"Aku end call dulu,maklong panggil suruh tangkap ayam dalam reban kejap!"Elhan terus mematikan panggilannya dan membiarkan Daniea yang masih terpinga-pinga

"Panglima kata kita akan sampai di Pahang pada hari sabtu Jam 0600.Panglima suruh unit Bravo selesaikan misi sebelum Jam0000"prebet tersebut hanya memberitahu kepada Elhan agar menyelesaikan misi pada masa yang ditetapkan

Elhan hanya mengangguk mendengar lalu prebet tersebut berlalu pergi.Elhan terus memicit dahinya yang berdenyut sejak beberapa hari ini.

"Elhan!kau okay tak tu?"tanya Hafeez.Dia melihat sudah 3 hari si Elhan termenung sambil memicit dahinya.Hafeez bertanya kerana memikirkan si Elhan tidak sihat.

"Kita sampai base Sabtu,Jam 0600.Aku nikah Jam0900,Hafeez"Elhan hanya merenung dinding.

"Elhan!Red code!Base kita diserang!"jerit salah seorang ahli pasukan Bravo.




"Umi,abah jom makan"kata aku sambil menghidangkan makanan di atas meja.Harini sebenarnya aku nak hantar barang aku sikit kat rumah Elhan.Tapi,dia kata dia tak balik rumah sampai majlis akad nikah dia gerak dari Terengganu ke Pahang.

Tapi,aku rasa tidak sedap hati dari panggilan 3 hari yang lepas lagi macam dia takde kat Terengganu,mungkin lagi jauh dari situ?

"Niea jom makan sekali"pujuk Daniel lembut.Beberapa hari ni dia perhatikan adik dia asyik termenung aje

"Nantilah bang,Niea masih kenyang"balas aku.Daniel melabuhkam punggung di sebelah Daniea.

"Abang kenal adik abang macam mana,kalau ada masalah cerita lah"

Aku hanya menceritakan rasa tidak sedap hati aku,Elhan kata dia balik kampung tapi suara budak-budak tak dengar.Kadang dengar suara laki ramai tengah ketawa,suara beri arahan pun ada.

Daniel hanya tersenyum nipis"Abang tahu Niea risaukan dia,tapi Niea kena ingat Niea berkongsi Elhan dengan negara jadi Niea tak boleh nak halang dia pergi berjuang demi negara."

"Begitu juga Niea,kalau Niea kena panggil untuk misi Elhan perlu redha yang dia berkongsi Niea dengan negara juga cuma Niea tu perempuan jadi jarang pergi misi."Daniel mencuit hidung adiknya yang cuba untuk memahami ayatnya.

Di Langit Yang BiruWhere stories live. Discover now