BAB 6

228 5 0
                                        

Setelah pertunjukan udara selesai, pengunjung mula beredar menuju ke kawasan pameran aset dan reruai jualan. Panas mula menyengat, tapi aura semangat dalam pangkalan udara itu masih menyala.

Niea, yang kini kelihatan lebih ceria berbanding awal pagi tadi, melangkah perlahan bersama Nurin dan Aiman ke bahagian pameran aset udara. Deretan jet tempur, helikopter, dan peralatan canggih dipamerkan dengan pengiring anggota TUDM yang bersedia menjawab soalan orang awam.

Orang ramai bukan sahaja teruja melihat Sukhoi dan Hornet dari dekat, malah terkesima apabila diberitahu oleh penjaga reruai(1)bahawa wanita yang sedang berjalan perlahan di hadapan mereka adalah salah seorang juruterbang yang menerbangkan pesawat Sukhoi SU 30-MKM di PU Kuantan.

"Tu dia... Leftenan Daniea Ellysha. Juruterbang profesional TUDM yang sangat mahir. Baru minggu lepas terima sijil pencapaian latihan udara tahap tinggi," kata salah seorang anggota yang menjaga reruai Sukhoi sambil tersenyum ke arah Daniea.

Daniea tersentak sedikit, tapi membalas dengan senyuman kecil.

Beberapa pengunjung, termasuk remaja dan anak-anak muda, datang meminta untuk bergambar dengannya. Walau wajahnya masih sedikit pucat, Daniea tetap melayan dengan ramah.

Dia mengenakan senyuman walaupun keringat dingin mula merembes dari pelipis. Nurin sempat menjeling, namun membiarkan kerana Daniea bukan jenis yang suka menunjuk sakit.

Dalam diam, matanya melilau ke sekeliling.

Mencari Elhan.

Tapi kelibat lelaki itu tidak kelihatan langsung.

'Mana dia pergi? Tadi masa aksi, ada. Tapi sekarang... hilang terus,' getus hati Niea.

Di reruai taktikal PASKAU, dia terserempak dengan Ayden,rakan sekerja Daniea di PU Labuan merangkap salah seorang anggota PASKAU dan masih dalam seragam taktikal. Mereka sempat berbual sekejap.

"Tak nampak Elhan ke?" tanya Daniea selamba, konon-konon tak kisah.

Ayden senyum kecil, angkat bahu."Dia ada urusan dalaman sikit tadi. Mungkin dekat kawasan operasi."

"Oh okay," balas Daniea, cuba berlagak tenang walau kecewa tak berjaya menyembunyikan rasa.

Setelah selesai berlegar-legar, Daniea bersama rakan sekerjanya bergerak ke arah pintu keluar untuk kembali ke pejabat. Tapi orang ramai makin berpusu-pusu.

Ada yang keluar, ada yang baru sampai suasana jadi sangat sesak. Kawalan keselamatan HANDAU dan anggota provos(2) mula mengatur aliran keluar masuk, namun kapasiti luar jangka, lebih daripada 10,000 pengunjung hadir hari ini.

Di tengah lautan manusia itu, Daniea terpisah dari Nurin dan Aiman.

"Eh... Nurin? Aiman?!" jerit Niea sambil cuba mencari celah keluar. Tapi tubuhnya makin lemah. Mukanya pucat. Nafas semakin pendek.

Ramai orang yang menolak,menghimpit sehingga tiada ruang untuk bernafas.

'Panas... sempit... bising... aku... tak...'

Penglihatannya mula kabur. Bunyi riuh jadi samar.

Dan akhirnya, tubuhnya rebah, pitam.

"Eh- ada orang pengsan!"jerit seorang wanita,berdiri di hadapan tubuh Daniea yang rebah.

Dari kejauhan bunyi tapak orang berlari cuba keluar dari semak dan datang dekat kepada Daniea.

"Tumpang lalu, maaf Cik, maaf Puan."seorang lelaki memakai t-shirt putih bersama jaket denim berwarna biru cair dan seluar jeans biru cair melutut di hadapan tubuh wanita muda yang rebah.

Daniel.

"Niea!" jerit abangnya sambil mendakap tubuh adiknya.

Daniel, yang datang berpakaian biasa untuk mengejutkan adiknya, kebetulan tiba di kawasan sesak itu. Dia segera mengangkat Niea dengan bantuan anggota HANDAU yang mengawal kawasan pintu masuk.

"Bagi laluan! Pegawai pengsan! Bagi laluan!" jerit seorang anggota HANDAU sambil membuka ruang ke arah kawasan redup di bawah sebatang pokok besar.

Daniel letakkan Daniea perlahan-lahan di bawah naungan pokok, beralaskan jaketnya sendiri.

Mukhriz yang turut bersama Daniel, membantu memberi air dan kipas menggunakan kipas hasil pinjam daripada orang sebelah.Orang sebelah memang hulur je la kalau dah si handsome yang minta.

"Demam dia tak habis lagi sebenarnya," kata Daniel dengan wajah risau."Tapi tetap degil nak datang hari ni."

Tak jauh dari situ, Elhan berlari, berpeluh, tercungap sedikit.

Sejak tamat simulasi tadi, dia resah. Dia cari Niea di sekitar kawasan reruai, dewan pameran, apron(3), tapi tiada. Apabila Aiman beritahu Daniea terpisah dan tak nampak-nampak, Elhan terus panik.

Dan sekarang, di bawah pokok besar bersebelahan ruang utama pentas, dia lihat...

Daniea.

Terbaring, dengan Daniel dan Mukhriz menjaganya.

Elhan terhenti. Kakinya seperti terkaku. Hatinya seolah dihentak.

Dia ingin pergi, tapi...

"Pergilah. Dia tanya pasal kau tadi," tegur Daniel tanpa melihat Elhan.

Elhan perlahan melangkah ke arah Daniea.

Daniea membuka mata sedikit. Pandangannya kabur, tapi wajah itu... dia kenal.

Elhan.

"El-Elhan..." gumamnya perlahan sambil senyum nipis.

Elhan telan air liur. Wajahnya jadi cemas dan lembut dalam masa yang sama.

"Kau ni... degil," katanya perlahan, duduk di sisi.

Daniea sempat senyum sambil pejam mata semula. "Nak... tengok kau."

Ayat itu buat Elhan kelu.

Dia tunduk, genggam tangan Niea perlahan. Dalam hatinya, dia berjanji...

"Aku takkan biarkan kau sakit sendiri lagi, Niea."

Kerana apa? Kerana Elhan Mateen sudah jatuh hati pada Daniea Ellysha

'Demi Tuhan, aku sayangkan kau Daniea'








Glosari :

(1)Reruai - Gerai sementara digunakan untuk pameran,ekspo atau pasar malam.
(2)Unit provos - Menjaga pondok pengawal,menyemak identiti dan kenderaan yang keluar dan masuk ke pangkalan.
(3)Apron - Kawasan khas di atas permukaan berturap dengan tujuan meletakkan pesawat,tempat mengisi minyak,dibersihkan dan diselenggara secara ringan.

Di Langit Yang BiruTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang