Pagi itu, langit Pangkalan Udara Kuantan membiru jernih. Burung besi mula bersiap untuk pertunjukan paling dinanti — Hari Terbuka TUDM.
Dari luar pagar utama, deretan pengunjung awam sudah mula beratur, menunggu masa untuk masuk. Tapi di dalam pangkalan, suasana lebih sibuk dan terkawal. Anggota lalu-lalang, jet dan helikopter diposisikan, bunyi komunikasi radio bersahut-sahutan.
Di satu sudut bangunan pentadbiran, seorang gadis bertubuh kecil melangkah masuk dengan pakaian celoreng lengkap, rambut diikat kemas, dan berwajah sedikit pucat tapi tekadnya utuh. Leftenan Daniea Ellysha kembali bertugas walaupun belum sembuh sepenuhnya dari demam semalam.
"Assalamualaikum," katanya lembut kepada anggota bertugas di pintu utama pejabat.
Pegawai bertugas mengangguk sambil periksa pas tentera Daniea.
"Waalaikumussalam. Nasib baik pakai uniform. Kalau pakai biasa, memang tak boleh masuk. Hari ni ramai sangat cuba menyamar," katanya sambil tersenyum.
Daniea ketawa perlahan. "Tahu... itu sebab saya datang kerja. Lagipun, saya nak semangatkan orang yang tengah sibuk kat luar tu."
Anggota tersebut mengangkat kening, tersenyum penuh makna."Ada boyfriend puan ke?"
Daniea hanya senyum, tak menafikan.
Walaupun dia dapat cuti rehat sebab baru sembuh, Daniea tetap nekad datang. Badannya masih lemah sedikit, tapi keinginannya untuk berada di tengah-tengah semangat TUDM lebih besar dari sakitnya. Tambahan pula, dia perlu siapkan laporan operasi kelmarin latihan simulasi udara yang dia sertai bersama PASKAU.
Di ruang pejabat, Daniea duduk di meja kerjanya dengan wajah serius. Satu demi satu ayat ditaip, walaupun mata masih terasa berat. Sesekali dia menyeka peluh di dahi, berperang dengan suhu badan yang belum normal sepenuhnya.
"Nak aku bancuh kopi?" tegur Nurin dari belakang sambil bawa bungkusan kuih.
"Kopi? Ish... trauma kopi kena curi hari tu," Daniea gelak kecil.
Nurin senyum, kemudian duduk di sebelah. "Kalau kau dah sihat sikit... jom turun. Rugi tak tengok. Jet, pesawat pengangkut, pertunjukan udara... semua ada. Katanya team PASKAU buat last sekali. Special show."
Daniea menjeling jam. Hampir pukul 8.30 pagi.
"Lima minit lagi, aku siap. Tunggu aku kat lobi."
⸻
Setengah jam kemudian, Daniea dan beberapa rakan sekerjanya sudah berada di kawasan lapang bersebelahan apron utama. Pengunjung awam memenuhi kawasan berpagar keluarga tentera, orang luar, pelajar-pelajar sekolah yang teruja melihat jet tempur secara dekat. Deruan enjin jet F/A-18 Hornet bergema, menambahkan debaran suasana.
"Nah tu, Su-30 kau," usik Aiman sambil menunjuk ke arah Sukhoi yang meluncur anggun di udara.
Daniea tersenyum bangga. "Sahabat aku tu."
Pertunjukan demi pertunjukan berlangsung flypast solo, formasi tiga pesawat, dan aksi rolling yang memukau. Kamera berkelip, sorakan bergema setiap kali pesawat membuat aksi berani.
Namun yang paling menarik perhatian... bukan sekadar pesawat.
Di sekitar kawasan, anggota PASKAU lengkap berseragam taktikal hitam dengan balaclava yang menutup dari leher hingga bawah mata mula berkeliaran.
Tinggi, tegap, berwajah tegas mereka menjadi tumpuan awam, terutama golongan wanita yang tak henti-henti mengambil gambar. Ada yang minta selfie, ada yang berani minta nombor.
"Eh, tu... Ayden ke?" bisik Daniea dalam hati.Dari ketinggian dan gaya jalan terlihat seperti rakan baiknya semasa berkhidmat di Pangkalan Udara Labuan.
Mata Daniea segera mencari. Ya. Itu dia Ayden Rizqan, lengkap dengan gear operasi, berkaca mata hitam, dan wajah serius seperti biasa.Daniea baru nak kacau tapi terlalu ramai yang ingin bergambar dengannya.
Terlihat juga seorang lelaki tinggi,bertubuh tegap berpakaian sama seperti Ayden.Dia sedang berbincang dengan beberapa anggota PASKAU. Tapi entah bagaimana, pandangannya sempat bertembung dengan Daniea.
Hanya sekelip mata, tapi cukup untuk Daniea kenal Elhan dengan mata hazelnya.
Elhan melihat Daniea dan mereka bertentang mata seketika.Elhan tahu Daniea ada.Walaupun baru sembuh, dia tetap hadir. Demi tugas. Dan... mungkin demi dia juga.
Simulasi terakhir hari itu ditunggu-tunggu. Pengacara majlis mengumumkan:
"Misi khas penyelamatan tebusan oleh Pasukan Khas Udara (PASKAU), kini bermula!"
Semua mata tertumpu ke arah padang latihan yang disediakan. Bunyi letupan kecil diletupkan, kesan khas. 'Pengganas' mula mengacukan senjata ke arah bangunan yang dijadikan markas. Tiba-tiba, helikopter Cougar muncul di udara, dan tali cepat turun dari langit.
PASKAU turun satu per satu, licin dan pantas. Formasi menyelinap, menembak sasaran, menyelamatkan tebusan semuanya seperti aksi filem Hollywood, tapi ini bukan rekaan. Ini kecekapan sebenar.
Elhan memimpin di hadapan. Gerak langkahnya tepat. Tembakan 'dummy' menepati sasaran. Dua 'pengganas' dilumpuhkan, tebusan dibawa keluar.
Selesai operasi, semua anggota PASKAU tunduk hormat ke arah pentas utama.
Penonton bersorak gemuruh.
Daniea menahan senyum.
"Dia lain, kan?" tegur Nurin tiba-tiba.
"Hah?"
"Elhan tu. Kau nampak dia macam kerek... tapi bila tengok dia kerja macam ni... respect datang sendiri."
Daniea hanya mengangguk. Jauh di sudut hati, dia tahu... Elhan bukan sekadar mamat kerek lagi. Dia seorang yang berprinsip. Yang ada tanggungjawab. Yang tahu meletakkan kehormatan di atas segala-galanya.
Petang itu, selepas semua pertunjukan selesai, Daniea kembali ke pejabat untuk menyimpan fail.
Telefon bimbitnya bergetar.
Elhan (Mamat Kerek):
Terima kasih sebab datang. Aku tahu kau tak sihat lagi.
Daniea menaip perlahan sambil senyum.
Daniea:
Kau pun... jaga diri. Aku bangga tengok kau tadi. Hebat.
Beberapa saat kemudian, mesej balas masuk.
Elhan:
Kalau aku hebat... kau sebab.
Daniea:
Sebab?
Elhan:
Sebab aku nak jadi hebat depan orang yang aku suka.
Daniea terkedu. Telefon dalam genggamannya bergetar halus — tapi bukan dari notifikasi. Dari jantungnya sendiri.
Adakah ini permulaan kejujuran bagi seorang lelaki yang telah jatuh cinta?
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
