Seawal pukul 7 pagi, langit Kuantan cerah membiru. Di sebalik tirai jendela biliknya, Daniea tersenyum kecil. Hari ini sepatutnya dia akan menyaksikan latihan penuh sempena Hari Terbuka TUDM Kuantan.
Rakan-rakan sekerjanya semua teruja, dan dia pun sama. Pagi-pagi lagi dia sudah sediakan uniform, letak elok-elok atas kerusi. Tapi, bila bangun dari tidur tadi, kepalanya berdenyut kuat. Badan terasa panas membahang, tekak perit seperti terbakar.
Dia mengeluh perlahan, lalu kembali berbaring dengan tuala basah di dahi.
"Niea, tak kerja ke hari ni?" tegur Umi yang masuk dengan secawan air suam.
"Demam sikit, Umi..." jawab Daniea lemah.
Umi letak tangan di dahi anaknya.
"Astagfirullah, panas ni dik... Pergilah klinik. Jangan tunggu melarat."
Daniea hanya mengangguk malas. Dia terlalu lemah untuk bangun, apatah lagi memandu ke klinik.
⸻
Di Pangkalan Udara Kuantan, suasana meriah. Jet-jet pejuang sudah bersedia untuk latihan flypast. Para anggota berpakaian lengkap dalam formasi masing-masing. Di satu sudut kawasan helipad, pasukan PASKAU sedang buat persiapan untuk demonstrasi menyelamatkan tebusan.
Elhan berdiri tegak, bersemangat melihat semuanya berjalan lancar. Tapi matanya asyik melilau mencari seseorang.
"Cari siapa?" tegur Leftenan Aiman yang muncul tiba-tiba.
"Takde... tanya je," jawab Elhan, cuba berlagak tenang.
Aiman tersenyum sumbing. "Kau cari Daniea, kan?"
Elhan tersentak sedikit tapi masih cuba kekal bersahaja. "Dia kata nak datang hari ni... rehearsal besar."
Aiman mengangguk. "Memang dia nak datang. Tapi tadi pagi aku dapat tahu dia demam teruk. Rehat kat rumah."
Elhan terdiam. Riak wajahnya berubah serta-merta. Suasana latihan yang meriah tadi terasa pudar di mata. Dia tak tahu kenapa, tapi hatinya rasa tak sedap.
"Demam?" soalnya sekali lagi, perlahan.
Aiman mengangguk. "Dia okay, cuma badan panas sangat katanya."
Elhan tunduk sedikit, fikirannya mula melayang. Tanpa dia sedar, dia risau, risau betul-betul. Kalau dulu dia hanya menganggap Daniea itu adik kepada sahabatnya, kini hatinya tidak lagi neutral. Dia bukan risau sebagai kawan.
Dia diam sejenak sebelum mengangkat kepala.
"Kalau aku pergi ambil dia lepas rehearsal... bawa pergi klinik... okay tak?"
Aiman hanya tersenyum, dan menepuk bahu Elhan.
"Kalau kau risau, pergilah. Aku rasa dia pun... mungkin tunggu."
Dalam bilik tidur, Daniea sedang baring sambil menggenggam telefon bimbit. Skrin memaparkan mesej terbaru.
Elhan (Mamat Kerek):
Aku habis rehearsal tengah hari. Kalau kau tak larat sangat, aku boleh hantar pergi klinik. Cakap je.
Daniea senyum kecil, lalu balas:
Daniea:
Aku tanya umi dulu,dia jarang bagi aku keluar dengan lelaki.
Walaupun mesej yang agak dry, tetapi cukup membuat Daniea tersenyum.Hatinya rasa berbunga-bunga,secara tiba-tiba?
Umi yang kebetulan masuk dengan tuala baru, terpandang wajah anaknya yang senyum sambil tenung telefon.
"Tersenyum sorang... dengan siapa tu?"
Daniea hanya tersengih. "Kawan kerja, Umi."
"Bukan 'kawan kerja' biasa ni. Mesti special sikit."
Daniea cuba mengawal senyuman.Umi ketawa kecil sambil duduk di birai katil.
"Cerita sikit. Umi ni bukannya muda lagi. Nak juga dengar kisah cinta anak umi ni."
Daniea pun membuka cerita sedikit tentang Elhan. Tentang pertemuan pertama mereka di hospital,dan Daniel meminta Elhan untuk menjaga Daniea di tempat kerja,tentang insiden kopi yang dicuri, tentang bagaimana Elhan yang nampak garang rupanya diam-diam prihatin.
"Dia nak hantar pergi klinik. Tapi... segan juga."
Umi mengusap kepala anaknya. "Kalau dia ikhlas dan boleh tolong, pergilah. Lagipun, demam kamu ni bukan main.Nak berjalan pun tak larat mana. Kalau nak pergi sendiri pun belum tentu kau larat."
Daniea termenung sebentar, kemudian perlahan-lahan menaip:
Daniea:
Kalau betul nak hantar, datanglah. Tapi umi aku ni bukan jenis percaya orang. Kalau dia dah percaya... jangan kecewakan dia.
Beberapa saat kemudian, Elhan membalas:
Elhan:
Aku on the way balik. Bagi aku masa bersiap. Aku takkan kecewakan kepercayaan dia atau kau.
Elhan memecut pulang ke rumah sewanya sebaik tamat rehearsal. Jantungnya berdegup kencang, bukan sebab latihan, tapi sebab mesej Daniea tadi. Dia tahu, ini bukan hal biasa. Ini tentang tanggungjawab — dan perasaan yang semakin dia tak mampu sembunyikan.
Dia mandi cepat, bersihkan diri, lalu mengenakan kemeja gelap dan jeans hitam. Minyak rambut disapukan sekadar rapi. Untuk pertama kali, dia berhias bukan untuk misi — tapi untuk hati.
"Bismillah..." katanya sebelum keluar rumah dan menuju ke rumah keluarga Daniea.
Dari jendela ruang tamu, Daniea nampak kereta Elhan tiba. Dia cepat-cepat pakai tudung, ambil beg kecil dan turun ke ruang tamu.
"Dah sampai," katanya pada Umi.
Umi hanya mengangguk, lalu membuka pintu.
Elhan muncul dengan wajah serius tapi lembut, memberi salam dan senyum sopan.
"Assalamualaikum, makcik."
"Waalaikumussalam.Kamu Elhan ya?" Umi meneliti penampilannya.
Elhan hanya berpakaian simple.Seluar slack hitam,selipar slide warna hitam dan juga hoodie berwarna cream.Langsung tidak menunjukkan bahawa dia seorang anggota tentera.
Umi pun tengok dia macam bukan askar pun ada,macam anak orang kaya ada.
"Ya, saya Elhan.Boleh saya hantar Daniea pergi klinik?"
Umi tersenyum kecil. "Boleh,jaga dia elok-elok.Bawak klinik yang biasa je dekat sini.Jangan tunggu lama-lama sangat, nanti makin teruk demam dia tu."
Daniea menjeling sikit ke arah Elhan — terharu, malu, dan dalam diam... suka.
Dalam kereta, suasana agak senyap seketika. Hanya alunan nasyid instrumental dari radio berkumandang.
"Terima kasih..." kata Daniea perlahan.
Elhan memandang sekilas. "Untuk apa?"
"Sudi datang ambil. Dan... sudi risaukan aku."
Elhan senyum nipis. "Aku tak tahu bila mula. Tapi kau ni... lain dari yang aku pernah kenal."
Daniea pandang ke luar tingkap.
Dia tak jawab. Tapi dalam hati, dia tahu — ini bukan demam biasa. Mungkin ini petanda... bahawa hatinya juga, sudah mula jatuh.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomansaElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
