BAB 9

174 7 0
                                        

Aku menyeluk tangan ke dalam poket jaket, menggigil sedikit apabila angin penghawa dingin Lotus menyapa kulit. Windbreaker hitam yang aku sarungkan sekadar untuk menahan sejuk, dan dalam masa yang sama menyembunyikan pangkat yang tidak pernah aku gemari.

Sebenarnya aku tak ada apa-apa sangat nak dibeli sebab minggu lepas Daniel dah teman Umi beli barang. Aku ambil je barang-barang untuk simpanan macam ubat gigi, sabun mandi dengan syampu. Cuma tu lah, kena sabar tunggu Elhan pilih barang sampai hampir berjam-jam.

"Haih, aku ingatkan perempuan je memilih.. Lelaki pun sama je rupanya. Padahal sabun aje." Kata Daniea sambil dagunya disandarkan pada tangan, siku bertumpu atas troli.

"Bukan memilih, tapi kulit aku sensitif jadi kena cari yang betul kena dengan kulit aku. Dah jom aku dah siap." Elhan terus tolak troli pada kaunter yang kosong.

Aku mengekori langkah Elhan menuju ke kaunter. Aku mengambil barangku sendiri dan membiarkan Elhan menyelesaikan pembayarannya terlebih dahulu. Selesai proses imbasan, juruwang itu mengangkat wajah lalu bertanya,

"Encik nak kira sekali ke barang ni?" tanya juruwang yang melihat barang  yang diasingkan pada tangan aku itu.

"Sekali."

"Asing."

Jawab aku dan Elhan serentak. Elhan terus meragut barang pada tangan aku dan terus diberikan kepada juruwang.

"Sekali ya cik. " balas Elhan.

'Dah aku tunang dia takkan nak bayar asing pelik-pelik aje tunang aku ni.' getus hati Elhan perlahan.

Daniea merasa serba bersalah, maklumlah dia mana pernah guna duit Elhan lagi.

"Total RM325.70 cash atau card?" Elhan hanya menghulurkan kad debitnya lalu mengambil plastik tersebut. Dia baru teringat, mana Niea? dengan juruwang sekali tak nampak memanglah sebok usha Lelaki kacak depan mata

Elhan mencari Daniea di kedai yang berdekatan, tapi tiada langsung kelibat Daniea di dalam Lotus Elhan mula gelabah dan mencapai handphone nya dan sambil mendail nombor tunangnya.

"Daniea, kau kat mana?" tanya Elhan dengan tegas kerana dia fikir Daniea hanya mahu bermain dengannya.

"Elhan aku dekat information counter ada budak kena tinggal dengan ibu dia." balas aku sambil menenangkan budak tersebut.

"Kau tunggu situ. Aku datang sekarang" Elhan terus mematikan panggilan lalu aku mendengar budak tersebut menangis semula.

Elhan sampai, nampak Daniea mencangkung depan seorang budak lelaki dalam lingkungan 5–6 tahun. Budak tu menangis kuat, muka merah.

Daniea lembutkan suara sambil memujuk. “Adik… jangan nangis ya. Kita tunggu mama datang. Kakak ada ni.”

Budak tu teresak, genggam hujung tudung Daniea. Elhan berdiri tepi, perhati. Hati dia tenang sikit tengok cara Daniea pujuk budak tu dengan natural, sabar.
Tiba-tiba

“KAU NI BUAT APA DENGAN ANAK AKU?!” satu suara perempuan tinggi.

Semua orang pandang.

Seorang wanita datang laju, terus tarik budak tu kasar dari Daniea. Daniea terkejut.

“Puan-”

Perempuan tu jeling Daniea atas bawah. Seluar celoreng. Kasut but.

“Muka askar, perangai pun macam askar ke?! Kau ingat senang-senang aku bagi anak aku kat orang luar?!” Daniea kaku.

“Saya cuma tolong sebab anak puan hilang-”

“Hilangkan anak orang lepas tu konon nak tolong?! Jangan ingat aku bodoh!”

Orang sekeliling mula berbisik. Elhan terus masuk depan Daniea.

Nada dia rendah, keras.“Puan. Jaga mulut.”

Perempuan tu pandang Elhan. “Eh, sorang lagi! Sama spesis ke?”

Elhan tahan nafas. “Tunang saya jumpa anak puan menangis sorang-sorang. Dia bawak ke counter. Kalau bukan sebab dia, anak puan mungkin lagi jauh sekarang.”

Budak tu pegang kaki mak dia, suara kecil.

“Mama… kakak baik…”

Wanita tu terdiam sekejap. Tapi ego dia belum turun.

“Korang askar ni semua sama. Ingat boleh buat apa je sebab pakai uniform!”

Elhan terus rapat setapak.“Aku pakai baju biasa hari ni. Tapi kau tuduh orang tanpa bukti.”

Nada Elhan tenang… tapi tajam. “Kalau kau nak marah, marah aku. Jangan hina dia.”

Pegawai Lotus’s datang cepat-cepat.

“Puan, anak puan memang dilaporkan hilang. Cik ni yang bawa ke sini.”

Sunyi.

Wanita tu pandang anak dia. Anak dia pegang tangan Daniea balik, taknak lepaskan. “Mama… kakak jaga adik…”

Wajah wanita tu berubah. Malunya naik. Dia tarik nafas panjang. “…Maaf.”

Pendek. Tapi jelas.

Daniea bangun perlahan.

Tak senyum.

Tak marah.

“Tak apa. Yang penting anak puan selamat.” Elhan pandang Daniea.

Hati dia panas lagi tu.

Dalam kereta, sunyi sekejap. Elhan start enjin.

“Kau okey?” dia tanya perlahan.

Daniea angguk kecil. “Okey. Aku dah biasa orang pandang serong bila nampak uniform.”

Elhan ketap rahang.

“Aku tak suka orang buat kau macam tu.”

Daniea pandang dia, senyum nipis.

“Tapi aku suka bila kau berdiri depan aku tadi.”

Elhan pandang jalan, senyum sikit.

“Itu kepakaran aku.”

Kereta bergerak keluar.

Dalam hati Elhan cuma satu-
Kalau dunia nak salah faham Daniea,
dia akan jadi orang pertama yang betulkan.

Di Langit Yang BiruTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang