"Manjanya suami Niea sorang ni!"balas aku sambil menyuapkan makanan pada mulut Elhan.
"Emm sedapnya!terima kasih sayang!"dahi aku dikucup lembut oleh Elhan.Buat pengetahuan readers,Elhan sudah sihat seperti biasa tu yang otak biul sikit
Aku dan Elhan merancang untuk bercuti di Desaru,Johor.Taknak jauh nanti kena panggil susah pulak.Ingat ye cuti tentera itu
Aku mencapai tudung sarung aku yang berada di sofa bilik lalu aku turun untuk membuka pintu kerana mendengar bunyi loceng rumah.
Elhan yang masih berada di katil pun mengikuti aku turun dan membuka pintu
"Assalamualaikum kami datang nak mencegah maksiat!"tegur salah seorang dari mereka.
Pasukan Bravo atau lebih terperinci,anak buah Elhan.
"Tuan,saya tahu tuan baru kahwin tapi tuan jagalah nafsu tuan depan kami dengan tak pakai bajunya rakus sangat ni tuan."tegur salah seorang daripada mereka.
Elhan melihat dirinya yang masih tidak berbaju itu terus mencapai bajunya disofa.Dia duduk berhadapan dengan ahli pasukannya sekarang ini.
"Ni ke orang yang pengsan depan tandas hari itu?"tanya Arman tangannya di dahi Elhan.Elhan terus menepis tangan itu.
Geli agaknya tu,maklum lah dia kat tempat kerja auto jadi tegas+garunk aumss
"Aku pengsan depan tandas ke?"tanya Elhan.Dia baru sahaja tahu yang dia pengsan di depan tandas.
"Kau tak tanya Niea ke?kau ingat ke tak apa jadi?"
"Aku ingat aku muntah dalam singki tandas,lepas tu aku keluar terus tak tahu apa jadi."ahli pasukan Bravo masing-masing menepuk dahi memikirkan yang Elhan tahu apa jadi selepas itu.
"Kau tak tahu la ni bini kau menangis sampai bengkak mata dia risau sangat dengan kau.Nasib abang dia sambut kau depan tandas kalau tak mesti kau tak kenal kitaorang dah sekarang."Jelas Hafeez.Lantai tandas yang keras tu kalau dibayangkan sakit uih jatuh pengsan kat situ.
Hafeez ni memang risaukan Elhan dari misi hari itu disebabkan hanya Hafeez yang tahu sebenarnya Elhan pergi menjalankan misi dalam keadaan tidak sihat.Jadi dia dah demam lebih dari 2 minggu lah ni?
"Elhan,kau pasti ke kau akan okay di sana nanti?" tanya Hafeez yang risau melihat Elhan sedang tercungap-cungap mengambil nafas selepas latihan.
Bukan tercungap-cungap biasa,tapi parah sampaikan hampir pitam.
"Aku okay Hafeez,mahu tak mahu aku kena jalankan tugas aku sebagai ketua korang,Ini atas arahan Panglima dan aku perlu berjuang demi negara"balas Elhan.Sakitnya tidak diendahkan.Dia mengambil senjatanya dan berdiri kembali.
"Kau kena ingat Hafeez,kita ni wira harapan negara,kalau kita tak pergi.Siapa yang akan berjuang demi negara?Askar dilatih untuk mempertahankan negara dan melindungi rakyat!Takkan kita nak berdiam diri bila pengganas datang merampas hak kita?!"Elhan memegang bahu Hafeez dengan matanya yang merah penuh amaran
"Dah malam sebelum kita pergi Labuan korang semua ajak aku tidur khemah camping lah konon,aku yang jadi mangsa rakus nyamuk Aedes"bebel Elhan tidak puas hati.
Kenapa hanya dia sahaja yang kena gigit nyamuk sampai demam denggi?anak buah dia semua tak kena pun?
"Sebab darah tuan manis sangat,kami ni darah busuk tu yang langau ja nak datang."balas salah seorang anak buahnya
"Tapi darah busuk ni jugak la berjuang untuk negara,tak boleh pakai orang zaman sekarang ni tuan,semua nak kerja yang bagus-bagus ja katanya.Habih kita ni kerja bughok ka?!"
Mahkamah Bravo memulakan perbicaraan
"Kerja bughok ni juga yang selamatkan dia tuan,saya ni dah lama geram dengan perempuan kat luar sana tuan,Dorang dok mau askar sebab gaji kami sikit ja tuan"peguam Arman memberi hujahnya
Sikit?Bagi perempuan zaman sekarang memang sikit lah setakat 2-6K
Kalau Elhan lain cerita la nok sebulan nak cecah 10K
"Sekarang kan minggu cuti,panggil je la nama biasa tak perlu panggil aku tuan."kata Elhan.Dia sudah berpesan banyak kali kalau diluar dia anggap pasukan dia macam kawan sebab ada yang sebaya,muda dan lagi tua dari dia.
Mereka hanya mengangguk.
Aku dan Elhan saling berpandangan,mereka semua dah macam anak aku sekali rupanya.Cuti tapi rumah jauh ada yang di Sabah,Perak,Kedah hanya yang dekat sahaja balik seperti Arman yang bakal bergerak ke Johor."Hafeez,kau tak balik Melaka ke?"tanya Joshua.Joshua ni confirm la tak balik dia duduk Sabah,Hafeez yang menetap di Melaka pun tak nak balik tu yang dia hairan.
"Aku balik sekejap je,nak tengok sapa kat sana?mak dengan ayah aku dah takde adik aku pulak tak boleh balik biasalah Pegawai Kadet UPNM mana boleh balik cuti ni."jelas Hafeez menyebabkan Joshua menepuk dahi
'Haiyaa aku lupa parents dia sudah tiada'getus hati Joshua rasa bersalah.
Ting !
Bunyi deringan pemberitahuan dari setiap handphone di dengari.Masing-masing membuka handphonenya untuk melihat mesej yang dihantar kepada mereka
"Good Afternoon,Bravo team.This is Lt.Colonel Fath Zayyan.We need Bravo team to come to the RMAF Base Meeting Room at 1600 hours.We really need your help.I will exclude Lt.Elhan Mateen who is still on leave due to his marriage.Now,Lt.Hafeez will lead the Bravo team."
-Lieutenant Colonel Fath Zayyan-
"Tuan,kami gerak dulu."Joshua bangun dan menepuk bahu Elhan yang seperti pasrah tidak dapat menyertai misi kali ini.Arahan yang diberi oleh bapanya tidak boleh diingkar lagipun dia masih belum sihat sepenuhnya.Dia juga masih dalam cuti berbulan madu.
Elhan hanya melihat anak buahnya yang berlalu pergi ke Pangkalan Udara Kuantan itu.
Aku bangun dan masuk ke bilik semula.Daniea yang sedang tidur di atas katil di tenung lama,tangannya naik mengusap rambut isterinya
'Patutkah aku bagitahu kau perkara yang sebenar?Aku takut kau sakit hati dengan aku'Elhan merenung wajah Daniea dengan penuh dingin.
'Till we meet again,Noah'
Sedang seronok melayan kdrama di telefon,aku mendapat panggilan dari abang aku
"Assalamualaikum Niea,abang nak bagitahu sesuatu ni"suara Daniel yang lembut dan teruja mungkin tidak sabar dengan berita baiknya
"Waalaikumsalam abang,kenapa ni?"soal aku hairan dengan abang sendiri teruja sangat gamaknya.

YOU ARE READING
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen seorang lelaki yang berusia 28 tahun merupakan salah seorang anggota TUDM di bawah unit Pasukan Udara Khas (PASKAU) dan dia juga ialah ketua bagi salah satu pasukan terkuat Bravo yang juga berada di bawah unit PASKAU .Dia berkerja di P...