BAB 25

102 6 0
                                        

Pengebumian dijalankan walaupun hujan turun mujurlah hanya renyai.Keranda jenazah diusung oleh 6 orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu ahli pasukan arwah Daniel sendiri.

Dari jenazah diusung sehingga selesai bacaan yaasin dan tahlil selepas dikebumikan,abah hanya meneman umi diikuti Elhan.Daniea?dia dari bilik mayat tadi sehinggalah sekarang hanya termenung sambil mengeluarkan air mata.

"Elhan,kamu baliklah dulu jenguk anak abah.Emosi dia tengah tak stabil jadi abah nak kamu tolong tengokkan dia."pinta abah,umi dia macam ni sama macam anak bongsunya yang kini menjadi anak tunggal kepada keluarga Lt.Kolonel Muhammad Al Fateh.

"Elhan gerak dulu ye abah."tangan abah disalam lalu Elhan bergerak masuk ke dalam kereta balik ke rumah untuk melihat keadaan isterinya.

Walaubagaimana pun hakikatnya selama-lamanya dalam Leftenan Daniel El-Rayyan masih lagi anak sulung kepada keluarga itu,seorang abang,seorang abang ipar,seorang pakcik dan seorang ketua pasukan yang paling hebat pada mereka semua.

Namun,tuhan lebih sayangkan kamu.Terima kasih ya allah kerana pinjamkan seorang insan yang terbaik buat kami semua.

Setibanya Elhan dirumah,dia agak bingung apabila suasana yang agak sunyi menjadi huru-hara.Laju kaki melangkah masuk ke dalam rumah melihat apa yang sudah terjadi.

BUK!!!

"Allahuakhbar Daniea!"makcik-makcik yang berada disitu gelabah sambil menjerit nama Daniea.

Hati mula risau,harap tiada apa yang terjadi pada Daniea.

"Elhan,sini pun kamu!Daniea pengsan kat dapur!"suara gelabah makcik Peah membuatkan Elhan berlari ke dapur.

Susuk tubuh kecil yang sarat mengandung baring telentang di atas lantai dapur,kepala diletakkan diatas kepala rakan sekerjanya iaitu Putri manakala Aiman,Hafeez dan Arman memegang kipas lalu dihalakan ke arah Daniea yang masih tidak sedarkan diri.

"Alhamdulillah sampai juga kau Elhan,aku dah risau kalau boleh nak dukung isteri kau tapi aku rasa kau yang sepatutnya."kata Arman.

"Kenapa kau tak angkat je ni kan darurat?"

"Lagipun dia baru je pengsan waktu kau sampai rumah tadi Elhan sebab tu kami tunggu kau."terus tubuh itu dicempung lalu dibawa ke bilik tidur berdekatan.

Tubuh isterinya diletakkan perlahan-lahan diatas katil lalu Elhan menutup pintu.

Tudung Daniea dicabut perlahan,Elhan menyentuh dahi Daniea hanya haba yang terasa pada dahinya.Nasiblah makcik peah membawa masuk kain tuala berserta mangkuk air daun bunga raya.

Kain tuala direndam dalam air tersebut lalu diperah dan diletakkan pada dahi Daniea,tangannya sibuk mengusap tangan kecil Daniea sambil berdoa agar semuanya aman.

TOK!TOK!

Elhan bangun lalu membuka pintu sedikit,tidak mahu aurat isterinya terdedah lalu wajah abah dipandang.Abah rupanya yang ketuk pintu.

"Niea macam mana Elhan?Dia okay?"tanya abah jujur menayangkan riak wajah risaunya.

"Dia demam abah,Elhan baru balik terus nampak dia dah rebah kat dapur."Elhan hanya tersenyum nipis apabila melihat abahnya menghela nafas lega.

"Umi kat mana abah?"

"Ada kat atas."balas abah dengan riak wajah mendayu seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Kenapa umi tak jenguk Daniea?Biasanya ibu-ibu paling risau kalau terjadi apa-apa pada anaknya.Elhan hanya menggaru kepala.

"Kamu tengokkan lah dulu Daniea,nanti kita bincang tentang umi."

Di Langit Yang BiruTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang