"Abang,Niea minta maaf."pinta Daniea buat kesekian kalinya sambil menangis.Elhan berkurung dalam bilik keseorangan dari lepas kemas pinggan sampai lah sudah waktu isya'
Daniea pun taktahu kenapa Elhan tiba-tiba sahaja berubah menjadi dingin,siap berkurung di dalam bilik.Dia takut dia melukakan hati suaminya terlalu banyak.
"Niea kita solat isya' dulu jom,nanti abang suruh Elhan buka pintu."pujuk Daniel melihat aku yang masih bersandar pada pintu bilik kami.
Selesai menunaikan solat isya',pintu bilik dibuka Daniea seperti takut mahu masuk ke dalam.Akhirnya empunya badan dahulu berdiri dihadapannya dengan rambut yang serabai dan seragam kerja yang masih belum ditukar.
"Abang,Niea minta-" belum sempat Daniea menyambung ayatnya,Elhan sudah memberikan pelukan hangat pada isterinya itu.
"Bukan salah sayang,emosi abang terganggu tadi abang terlajak tidur je sayang."ujar Elhan sambil mengusap bawah mata isterinya yang bengkak.
"Tapi kenapa abang berubah mendadak tadi?Niea takut abang benci Niea tiba-tiba."balas Daniea mengalir kembali air matanya semakin cepat tersentuh sejak berbadan dua ni.
"Ikut abang meh."Elhan membiarkan Daniea baring di atas ribanya lalu Elhan membuka tshirt jersi PASKAU miliknya.Kelihatan satu parut yang agak panjang di belakang badannya.Daniea terkejut apabila melihatnya.
"Kenapa ni abang?"tanya Daniea terkejut baru perasan tentang parut Elhan.
"Abang pernah hampir mati dulu sewaktu misi,Allah panjang umur abang."jelas Elhan dan dia yakin aku tidak tahu langsung tentang ni kerana Daniel sendiri sorokkan kisah lalunya.
"Cuba abang cerita?Niea nak tahu boleh?"menerima anggukan dari Elhan,Daniea terus tekun mendengar ceritanya.
"Abang pernah kena khianat dengan rakan abang sendiri,dia bersubahat dengan musuh kami waktu itu abang kena tembak dekat bahu dan kena tolak dekat pintu kaca sampai pecah."
"Lepastu abang?macam mana abang boleh survive?"
Soalan pun wahai cik adik manis,
"Abang bergelut dengan dia sampai dia tertolak abang jatuh atas kaca tu.Serpihan kaca tercucuk dalam badan abang dari situ abang sedikit trauma dengan kaca pecah.Kalau Mukhriz tak tinjau kawasan abang cedera tu mungkin abang dah tak ada kat sini jadi suami kepada Daniea." sambung Elhan.
Cerita ini buatkan Daniea tersentuh hati.Betapa besarnya peranan seorang ahli pasukan khas.Untung sahaja Mukhriz tinjau kawasan tersebut dan nampak Elhan dalam keadaan parah.
"Lepastu apa jadi dengan teammate abang?Dia kena tangkap ke?"
"Abang separuh sedar waktu tu,dia larikan diri sebab diketahui dia merupakan pengkhianat.Tapi Mukhriz cerita semuanya berakhir apabila dia terlibat dalam kebakaran kereta sehingga meletup."
"Abang percayakan dia sebab dia kawan baik abang."
Suasana hening buat seketika.
"Abang jangan tanggung benda seorang diri,Niea sebagai isteri boleh bantu abang.Niea sentiasa di sisi abang."
"I'm so sorry sebab selalu sakitkan hati sayang,abang yang patut minta maaf tadi abang cuma perlukan masa untuk kawal diri abang dari tengok kaca tu."kata Elhan akibat menyesal dari tenung kaca itu.
Suasana hening sekali lagi.
Dijenguk Daniea,patutlah diam semacam rupanya elok tidur di atas ribanya.Muka isterinya itu ditenung lama,dalam diam Elhan mengukirkan senyuman manis dibibirnya lalu memberikan kucupan hangat pada dahi Daniea.
TIT ! TIT !
Jam loceng disebelah katilku ditekan,badan berbisik untuk menyambung niatku beradu semula tetapi otak menyatakan jangan malas.
Akhirnya aku bangun lantas mencapai tuala dan membersihkan diri.Rutin harian dari bujang sehingga dah kahwin.Cuma sejak berbadan dua ni buat kerja sikit dah mengah.Aku tidak suka membazir duit jadi sekali sekala membuat sarapan sendiri di rumah.
Bau nasi goreng kegemaran Elhan sudah tersebar diseluruh bahagian rumah.Apa lagi laju sahaja muncul Elhan untuk menikmati sarapan pagi khas air tangan isteri.
"Hari ni abang gerak awal sikit ya,minggu ni abang sibuk jadi abang balik lewat sayang jangan tunggu pulak anak kita ngantuk tunggu nanti."ujar Elhan lalu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Minggu ni abang sibuk ada apa?"tanya Daniea.Dia juga ingin tahu perkembangan misi mereka,walaupun sebenarnya dia terlibat dengan misi tersebut tetapi dikeluarkan atas sebab kesihatan kandungan yang perlu dijaga.
Kelakar kan kalau Daniea naik Sukhoi dengan perut yang semakin membesar itu?
"Minggu ni full dengan intensive training dari pagi sampai ke petang kalau malam abang sambung kerja kat office maybe abang akan balik dalam pukul 11 atau 12.Sayang jangan tunggu abang balik pulak,sayang kena tidur awal tau?"pesan Elhan sebagai suami yang bertanggungjawab menjaga kesihatan isteri dan anaknya.
Setelah pinggan dilicinkan,Elhan memeluk Daniea dan Daniea memberi ciuman pada dahi dan pipi suaminya.
"Sayang tak cukup lagi lah."
"Dekat mana pulak?"
"Cuba tengok apa tu kat sofa."Daniea terus memalingkan muka ke arah sofa.Apabila dia memandang suaminya kembali ...
CUP !
Kucupan hangat diberikan di bibir yang merah itu membuatkan Daniea terus berona merah.
"Haa lengkap pun dah abang gerak dulu eh bye sayang I love you !"motosikal milik Elhan bergerak keluar dari perkarangan rumah dan terus hilang dari pandangan Daniea
Dup dap!Dup dap!
Jantung aku dah kenapa ni?Pipi aku kenapa panas ni?Kau ni tidak sihat ke Daniea?
Omel Daniea sendirian di rumah.Dia mencapai kunci kereta lalu mengunci pintu rumahnya untuk bergerak ke tempat kerja.
Dari rumah hingga ke tempat kerja angau Daniea terlalu lama sehinggakan rakannya sendiri terpaksa melempang pipinya lembut.
"Aduh sakitlah!"Daniea mengusap pipinya sendiri.
"Padanlah dengan muka kau,aku ni macam cakap dengan tunggul kayu je tadi."balas sya.Tak tahu apa yang dibayangkan rakannya ini sampai orang jelaskan pun mengelamun.
"Kau dengar tak aku cakap apa tadi?"
"Ya aku dengarlah."Daniea sibuk mengusap pipinya itu kembali lalu sambung melakukan kerja.
PRAK !
Pintu dikuak luas,wajah cemas Aiman dipandang.Dia laju pergi ke arah mejanya lalu mencapai kunci kereta bersama dompet.
"Kau kenapa gelabah sangat ni Man?"tanya Khairul yang sedang menikmati secawan kopi setelah berada di udara tadi.
"Anak aku demam,isteri aku pulak busy sampai ke malam siapa nak jaga anak aku nak taknak aku bawa dia datang office lah kejap lagi."balas Aiman laju keluar dari pejabat.
Terus pintu ditutup rapat,semua kembali melakukan kerja masing-masing sehingga selesai.
Tepat jam 5 petang,aku mula mengambil kunci kereta dan mengemas barang aku di atas meja.iPhone 15 Plus dicapai dan kontak "My Husbank" di cari.
Bila call tak angkat,aku baru teringat yang dia mula sibuk minggu ini.Terfikir nak melawat tapi bila difikir kembali takut menganggu dia sedang melakukan kerja.
Aku buat keputusan untuk beli makanan dahulu baru pulang ke rumah.Kereta diparkir dengan sempurna di dalam kawasan rumah.Sewaktu membuka kasut,aku terlihat ada sepasang kasut but dan pintu rumah juga terbuka.
"Assalamualaikum .."salam diberi kelihatan satu sosok tubuh terbaring di atas sofa.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
रोमांसElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
