"Termenung apa lagi tu tuan?Tak sabar nak balik dah ke?" tegur Arman.Air mineral ditangannya diteguk dengan rakus maklumlah baru habis latihan intensif.
Elhan hanya mengukirkan senyuman tipis melihat gambar ultrasound yang diberikan oleh Daniea 2 hari lepas syukur alhamdulillah kandungannya sihat.Elhan tidak dapat teman Daniea 2 hari lepas hanya Daniel dapat temankan.2 bulan lagi datang check up tengok jantina pulak inshaallah dia dapat teman Daniea kali ini.
"Tuan dia kecik lagi pandai dah buat peace!"teruja semua rakan sepasukannya apabila melihat gambar ultrasound tersebut.Maklum lah semua single lagi paling pun si Hanif bakal berkahwin tahun depan dan Arman yang baru bertunang 6 bulan yang lepas.
"Tahniah semua kerana berjaya melaksanakan latihan intensif pada hari ini,selepas ini muka kalian bakal disiarkan di TV1."suara Lt Kolonel Fath Zayyan mengejutkan semua yang berada disitu.Masing-masing bangun tetapi dia menyuruh semua untuk duduk sahaja.
"Kita sembang santai sahaja,suka tengok gambar cucu saya ya?"Lt Kolonel Fath Zayyan hanya mengukirkan senyuman manis.
Selama berada di Pangkalan Udara Kuantan,begitu jarang sekali dia mahu tersenyum di tempat kerjanya,melainkan Elhan yang sentiasa melihat dia senyum di rumah itu pun boleh dikatakan jarang juga sebenarnya.
"Saya nak kalian semua bersiap sedia dari segi mental dan fizikal,tidak lama lagi kita bakal bertempur di medan perang yang sebenarnya.Saya harap kamu lakukan perkara ini dengan baik sekali,kamu semua dipilih dan dikumpulkan menjadi satu pasukan yang terbaik dibawah unit khas PASKAU dan jangan sia-siakannya.Faham?" jelas Lt Kolonel Fath Zayyan dengan panjang.
"Faham,Tuan!"sahut mereka.Mereka berbual santai sehingga masa untuk bersurai Elhan paling laju bergerak ke bilik salinan.Tak sabar nak balik lah tu.
Setelah menyarung celoreng kerjanya kembali,Elhan menyarung jaket hitamnya pula lalu mencapai helmet yang berada di atas loker.Hari ini dia pergi kerja naik motor dah kalau sang isteri duduk di rumah.
iPhone 14 Pro Max nya berdering,cinta hati dah mula telefon.Tombol hijau diseret ke kanan terus didengari bunyi jeritan.
"Abang!"jerit Daniea sambil menangis tersedu sedan.
"Ye sayang kenapa ni?Ada orang rompak rumah ke?Niea kena culik?"tanya Elhan bertubi-tubi risau yang begitu melampau.
"A-ada ular kat dalam bilik air,umi dengan abang Niel takde kat rumah Niea takut!"sudah Elhan tepuk dahi ingatkan dia jadi tebusan ke apa tadi.
"Tunggu abang call bomba kejap,sayang jangan panik jangan lari nanti dia patuk kang."panggilan dimatikan.Tangan laju mencari nombor rakan sekolahnya,Amirul kini sudah menjadi anggota bomba.
Nak tunggu dia balik takut tak sempat je nanti dia risaukan keadaan isteri dia.
"Wahh handsomenyaa abang bomba!"ujar Daniea sambil tersenyum lebar apabila melihat abang bomba sedang melakukan kerjanya iaitu menangkap ular di bilik air rumah uminya.
Elhan hanya menjeling sang isteri yang berada disebelahnya,terpaksa layan bini ingatkan dia baru balik kerja isteri dia layan,tapi abang bomba dulu dilayannya.
"Sayang dah jumpa abang bomba sayang lupa abang askar kat sebelah ni ke?"tanya Elhan dengan riak wajah cemberutnya tanda cemburu.
"tapi abang bomba ni ada biceps tau!"balas Daniea sengaja menambah bara api pada Elhan.
Elhan melihat isterinya,oh nak menyakat dia nampak?Elhan Mateen takkan mudah goyah !
"Sayang tengok abang tiap-tiap hari takkan terlupa?sayang boleh tengok lebih dari biceps abang je tau because I'm fully yours."tiga perkataan terakhir sengaja Elhan bisik tepat di telinga Daniea membuat wanita itu terus berona merah keseorangan.
"Elhan,aku dah tangkap ularnya.Nasiblah dia tak buat serangan ni ular agak berbisa jugak."Amirul mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap peluh yang merenik di dahinya.Susah benar nak tangkap ular yang ADHD ni
Maksudnya dia tak reti duduk diam.
"Aku nak ajak kau minum dulu tapi ular tu kalau keluar pulak kang masuk rumah orang lain.Terima kasih bro."bahu Amirul ditepuk dan Elhan masih melihat Daniea yang sibuk tersengih macam kerang busuk melihat abang bomba.
Elhan hanya menggelengkan kepalanya lalu membawa dirinya masuk ke dalam alang-alang umi dah panggil.
"Mesti menantu umi penat kan?tadi Niel bagitahu Elhan ada latihan nanti keluar kat TV betul ke?"tanya umi sambil mencedok lauk asam pedas ayam untuk Elhan.
Elhan hanya mengangguk sambil makan.Lauk kegemaran dia tu yang laju aja serbu.Daniea di sebelah langsung tidak dipandang,kalau tak selalunya dia manja dengan isteri.
Merajuk ke tu?
"Niea kenapa?tak diusik langsung nasi dengan lauk tu?takde selera ke?"tanya umi.Elhan pula hanya sibuk dengan dunia asam pedasnya ulam raja dicapai lalu dimakan bersama dengan nasi.Elhan sedaya upaya menahan dirinya daripada muntah bukan sebab tidak sedap tetapi baunya tidak menyenangkan sejak kebelakangan ini.
"Takde la umi,ada orang tu merajuk bila Niea puji abang bomba tadi.Padahal tadi dia yang kata macam dia tak cemburu konon." balas Niea sambil menjeling ke arah Elhan yang masih mendiamkan diri dengan dunia asam pedasnya.
"Tapi betul la tu apa yang Elhan buat,Niea kenapa puji orang lain sedangkan ada suami depan mata.Kan Elhan dah merajuk,umi taknak masuk campur pandai-pandailah kamu uruskan ye."balas umi sambil menggelengkan kepala.
Daniea melihat Daniel yang juga fokus makan.Apabila mata mereka bertembung dengan pantas Daniel berkata "Abang pun taknak masuk campur,siapa suruh Niea buat hal dah tau ada suami."
Akhirnya Daniea hanya mencebik lalu melihat ke arah Elhan
"Abang ..."suara memujuk Daniea tidak berkesan.Elhan bangun lalu menuju ke dapur untuk mencuci pinggan dan tangan.
Daniea mengikuti Elhan ke dapur.Dia menolak Elhan sedikit "Biar Niea je basuh abang tak payah basuh."
"Takpe abang yang makan abang yang basuh awak tak payah buat kerja berat."
"Tapi Niea boleh cuci pinggan."
"Takperlu , Niea duduk je diam-diam biar abang yang basuh."
"Takpe abang , Niea .."
PRANG !
"Apa jadi tu Daniea?!Elhan?!"pekik umi dari meja makan.
Aku melihat 2 pinggan pecah di atas lantai.Perkara peliknya,Elhan hanya berdiri kaku sambil memandang kosong kaca tersebut.
"Astaghfirullah Niea!Elhan! Apa dah jadi ni?"tanya Daniel yang baru sahaja selesai makan.Daniel juga melihat Elhan masih berdiri kaku seperti patung.Riak wajahnya berubah dingin.
"N-niea tak sengaja abang Niel,takpe Niea kutip."Daniea yang ingin mengutip kaca tersebut ditegah oleh Elhan.
"Biar abang je yang buat.Awak duduk kat ruang tamu diam-diam."tegas arahan seperti dari Leftenan Elhan Mateen.Daniea pun perasan wajah Elhan menjadi dingin seperti salju.
Daniea yang gerun dengan arahan itu terus duduk di ruang tamu sementara Elhan sibuk membersihkan lantai dapur.
Oh Tuhan,
Tolong aku sampaikan,
Pesan ini padanya
-Pesan cinta by : Afgan-
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomanceElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
