Elhan?kenapa pulak ada kat rumah ni?kata sibuk sampai malam?
Aku melihat tubuhnya yang sedang lena tidur di atas sofa,satu plastik putih di atas meja diambil.Rupanya mengandungi ubat-ubatan.
Elhan tidak sihat ke?Pagi tadi elok je?Apa dah jadi pulak ni?Terlalu banyak persoalan main difikiranku sekarang ini.
"Sayang dah balik?"ujar Elhan bersama suara serak basahnya itu.Dia bangun lalu memeluk isterinya tangan kanan mengusap perut aku.
"Rindu isteri abang.Papa rindu baby."sambung Elhan aku pula tidak hairan dengan rutin harian Elhan sejak dia bakal menjadi ayah.
"Kenapa abang balik awal ni?abang kata abang balik lewat?"terus tergelak kecil si Elhan.
"Papa suruh balik sebab abang dah terkena effect dari sayang."balas Elhan membuatkan aku terus menggaru kepala.
"Maksudnya?"
"Abang kena hadap mabuk hamil bukan sayang,tiap pagi kena morning sickness cuma abang bersyukur sebab terkena dekat abang bukan sayang."terbit senyuman dibibir pucat suaminya itu.
"Abang ni ..."
"Abang dah makan?Kalau belum Niea ada beli lauk lebih ingat nak simpan malam nanti mana tau abang balik sekejap tapi abang dah balik ni terus makan aje la."
Lauk dibawa ke dapur untuk dihidang,Elhan sempat mencapai minyak angin YuYee kegemarannya lalu di seluk ke dalam poket seluar untuk digunakan pada waktu kecemasan.
"Uwerkk !"laju sahaja Elhan berlari masuk ke dalam bilik air lalu memuntahkan segala isi perutnya akibat bau lauk yang dibeli oleh Daniea.
Setelah selesai menghidangkan lauk,Daniea meneman Elhan untuk memuntahkan segala isi perutnya walaupun perut sudah kosong.
Elhan mencapai seekor ikan kembung goreng rangup,dituangkan kuah labu masak lemak dan dicalitkan sambal belacan lalu disuap ke dalam mulut.
Sedapnya!Kedai cikpah memang best!Itu pun sepit baju dekat hidung sebab dia tak boleh nak bau lauk.
Selesai sahaja makan,Elhan pergi ke bilik air untuk berwudhu lalu menunaikan solat asar,dia juga membersihkan diri sebelum pergi kembali bekerja.
"Abang okay ke pergi kerja ni?"tanya Daniea yang sedang mengemaskan kolar baju uniform milik suaminya itu.Elhan hanya mengangguk tanda okey sedangkan tekak ni bila-bila masa sahaja boleh memuntahkan isi perutnya kembali.
"Hati-hati pergi kerja.Kalau ada perempuan cuba ngorat abang angkat tangan tunjuk cincin dan bagitahu abang dah kahwin."macam Daniea tidak tahu bahawa suaminya itu selalu dingorat oleh anggota TUDM di tempat kerjanya.
Lagi-lagi yang tolong bekerja berdekatan tempat latihan anggota PASKAU.
"Sayang pun jaga diri.Jangan keluar rumah seorang malam ni,ajaklah Mukhriz teman ke Daniel tau?"Elhan mencium dahi Daniea lantas memakai helmet dan mula menunggang motosikal ke pangkalan.
"Paklong nak belikan baju untuk prince paklong ni."kata Daniel yang sibuk berbual dengan perut besar Daniea.Akhirnya sudah di ketahui jantina bayi ini dan buat kali kedua Elhan tidak dapat meneman aku ke klinik kerana sibuk menjalankan misi di Perak.
Aku pernah bertanya mengapa Daniel tidak pergi sekali namun dia hanya memberitahu bahawa Daniel memohon untuk berpindah ke bahagian pejabat dan juga ditukarkan ke Pangkalan Laut di Tanjung Gelang.
Tapi Elhan memberitahu aku bahawa dia minta ditukarkan,dia mahu berhenti menjadi anggota PASKAL
"Tapi tunggu lagi 3 bulan ya,sekarang awak kecil lagi nanti tak muat saiz baju.Paklong bawa pergi makan ya?"Daniel yang sibuk berbual dengan perut aku bahunya ditepuk perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Di Langit Yang Biru
RomansaElhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mer...
