BAB 15

33 3 0
                                    

"Tuan,bagi lah kami makan pulak.Ni dah habis 2 buah durian tuan makan ingatlah kami jugak"kata Arman sambil membuka durian yang baru

"Bukan tuan tak suka makan durian ke dulu?kalau boleh bau pun tuan takmau"balas Joshua,dulu mereka pernah bawa balik durian tapi Elhan sangat tidak suka sanggup keluar dari rumah dari bau durian tu.

"Taktahu,durian tiba-tiba rasa sedap sangat"Elhan sambung makan durian

"Haduih Tuan,semalam dok muntah-muntah sakit kepala la takle bau itu la ini la ni tuan melantak durian pulak macam perempuan mengandung la tuan ni!"Hafeez menggelengkan kepalanya.Lain sangat perangai Elhan beberapa hari ini

"Tuan kena mabuk hamil ka?"terus terhenti perbuatan Elhan.

"Aku?mabuk hamil?ada ke laki kena mabuk hamil?"Elhan menggaru kepalanya yang tidak gatal

"Tuan pikiaq mabuk hamil kat bini tuan ja ka?tuan pun boleh kena tau!"abis keluar loghat Kedah si Hafeez

"Tuan pergi la suruh Puan Daniea cek takut diam-diam ubi berisi."sambung Arman.Ahli yang lain tersengih cuba menahan gelak.

"Mesti korang semua rindu commando rest kan?"tanya Elhan sinis.Mampuih sakat tuan hang ni la padahnya.

Masing-masing laju menggeleng.Tahu pun takut bila bos dah guna kuasa.











Aku baru sahaja selesai daripada melatih bakal juruterbang profesional baru TUDM yang sedang belajar di Institusi Penerbangan 1 (INSPEN1),Peluh di dahi dilap dan handphone ku dicapai lalu tombol hijau diseret ke sebelah kanan.

"Assalamualaikum sayang,tengah buat apa tu?"tanya Elhan yang seperti masih santai.

"Waalaikumsalam Niea baru je lepas makan dengan abang Niel.Abang dah makan?"

"Belum,abang takde selera makanlah sayang."

"Kenapa abang takde selera?abang tak sihat ke?"

"Tak ade lah abang cuma muntah-muntah bau makanan pun tak boleh,abang kan tak suka durian tapi semalam abang makan durian banyak."luah Elhan membuatkan aku tergelak kecil.

"Abang ni dah macam orang mengandung lah."

"Eh takkan lelaki mengandung pulak sayang,patutnya sayang yang kena tapi ni abang belum sentuh lagi."Elhan sengaja meleretkan suaranya membuatkan pipi aku berona merah

"A-apa maksud abang ha?"balas aku kalini Elhan pula yang tergelak.

"Nanti abang balik,sayang kena ready tau sayang duduk kat udara tu sepuas-puasnya nanti 9 bulan tak leh duduk kat udara lagi."

"Elhan Mateen!"dalam panggilan pun boleh menyakat tu kalau depan mata memang aku lekeh kepala dia sampai putus.

Kedengaran suara Elhan gelak dengan sukanya kerana dapat menyakat isterinya sebelum...





"Tuan,Mejar Fath Zayyan panggil pergi ke bilik mesyuarat sekarang."mendengarkan suara lelaki itu wajah Elhan berubah serius dan dia hanya mengangguk.

"Sayang nanti abang call lagi eh?abang gerak dulu assalamualaikum."Elhan mematikan panggilan dan aku terus masam mencuka,yalah seronok sakan dia sakat aku walapun jauh.

"Kenapa ni dik?"tanya Daniel hairan adik dia asyik masam mencuka dari tadi.

"Takde pape lah bang"wajah merah itu diabaikan,aku membetulkan dudukku kembali,Daniel terus melabuhkan punggungnya disebelah ku.

Di Langit Yang BiruWhere stories live. Discover now