D A R I N | 0 1 |

398 20 1
                                    

DARIN Arasya hanya mampu diam melihat kemarahan si sulung. Menyesal bila ikutkan kehendak si bongsu. Dia ditipu rupanya.

"Tunggulah hukuman korang." Arasya dah tiada daya nak melawan. Yang terpenting sekarang adalah bawa si bongsu pulang.

"Mari balik, Fasya. Jangan buat Kasha marah," ujar Arasya seraya membantu adik kembarnya itu berjalan. Terhuyung-hayang. Dengan bau busuk alkoholnya lagi.

"Tak nak... Aku tak nak balik!" ujarnya seraya menolak kasar tubuh Arasya. Darin Akasha yang mendengar itu terus menghempuk belakang kepala Afasya.

"Balik!"

"Pergilah balik sorang! Aku belum habis!" Dia kemudian ketawa kecil dan berusaha menuju ke arah meja bar. Arasya memicit pelipisnya. Memang mencabar kesabaran betul!

Akasha mengeluh.

"Kau urus adik kau. Pandai biar dia keluar kan?" Arasya berdecit. Dia hanya memandang Akasha yang sudah melangkah meninggalkan tempat haram ini.

Arasya menoleh. Terdiam sesaat waktu melihat Afasya menghilang. Laju mata melilau mencari kelibat sang adik. Hingga akhirnya dia menangkap sosok sang adik yang sedang duduk memangku seorang wanita berpakaian seksi.

"YaAllah... Ini kalau Kasha nampak memang mati kau, Fas..." gumamnya. Bingung dengan sikap sang adik.

"Eh! Nak pergi mana?!" Laju dia berlari mendapatkan Afasya yang ditarik itu.

"Fas! Balik!" Tangan lelaki itu dicekal.

"Ish! Kau... Asya! Tepilah..." Arasya merengus geram.

"Lepaskan adik aku. Pergi!" Wanita yang berpakaian seksi itu terus beredar dan menggeram marah.

"Fas! Balik!" Afasya menggeleng dan tersengih.

"Aku tak puas berseronok lagi... Jom, menari!" Dia menarik tangan Arasya. Namun Arasya tak berganjak. Hilang sabar.

"Aku cakap balik!" Telinga Afasya ditarik. Dia mengheret adiknya itu keluar.

Dia abaikan sahaja tatapan orang di dalam sana kerana Afasya yang terjerit-jerit. Pintu kereta bahagian belakang dibuka dan Afasya dihumban masuk.

Laju dia masuk ke tempat duduk pemandu dan terus mengunci pintu. Kereta yang hidup itu dipandu.

"Hehe... Kasha..." Dari belakang Akasha dipeluk. Dagu Afasya letak di bahu tempat duduk.

"Busuk, Fas. Duduk sana." Afasya menggeleng. Dia membenam wajah ke ceruk leher abangnya.

"Kenapa?" soal Akasha. Biasanya jika Afasya benamkan wajah ke ceruk lehernya atau Arasya, lelaki itu pasti sedang ada masalah.

Akasha hanya mendengar kekehan dari Afasya. Dia mengeluh. Bertanya pada orang mabuk ibarat bertanya pada orang gila. Tak ada gunanya.

Arasya hanya diam mengawal amarah. Sekaligus dia mencari alasan yang tepat untuk diberikan pada orang rumah.

ARASYA mengeluh melihat Afasya yang tak reti nak diam. Habislah kalau-

"Yuhuuu! Fasya back!"

"Fasya! Diamlah!" Marah Akasha. Bukannya mendengar arahan, Afasya malah ketawa dan berjalan terhuyung-hayang ke sana ke mari.

Ktak!

Tersentak Akasha dan Arasya saat lampu di ruang utama itu menyala.

"Mati," gumam mereka berdua serentak. Sementara itu, Afasya duduk berselujur di atas lantai dingin dan ketawa sambil tepuk tangan.

"Apa maksud semua ni, Kasha? Rasya?" Keduanya menunduk. Tak berani menjawab.

"Tok daddy!" seru Afasya seraya menepuk-nepuk tangannya. Gembira sungguh.

"Jawab!" Naik seoktaf suaranya. Afasya mencebik dan berbaring di atas lantai. Dia berguling-guling.

"Fa-Fas mabuk, tok daddy..." jawab Akasha.

"Lagi?" Mereka mengangguk serentak.

"Macam mana boleh terlepas?" Akasha mengerling ke arah Arasya.

"Fas cakap nak jumpa kawan... Dia nak ambil pendrive projek yang tertinggal. Tapi Rasya tak bagi. Mulanya. Lepastu dia nak menangis dan... Rasya izinkan. Tak tahu pun dia pergi clubbing..." Jelasnya jujur.

Tok daddy dah tangkap mereka. Takkan nak bohong lagi. Tok daddy tu mudah kesan pembohongan kerana Arasya yang tak pandai menipu.

"Hihihi! Uwi!" Pandangan mereka teralihkan pada Afasya yang sedang berguling-guling itu.

"Hah... Dah, bawa Fasya naik. Esok pagi jumpa tok daddy. Bersihkan dia sebelum tidur." Keduanya mengangguk. Tok daddy terus kembali ke tingkat atas.

Akasha dan Arasya menghela nafas lega. Terus sahaja mereka memandang satu sama lain.

"Kau urus adik. Aku buat air." Arasya mengangguk.

"Erm!" Afasya meronta.

"Mari naik! Mandi!" Afasya memberontak. Dia bukan nak melawan! Tapi di-

Huwek!

"DARIN AFASYA!" Akasha yang melihat hanya ketawa. Tak pasal-pasal Arasya kena tadah muntah si bongsu.

"Muntahkan lagi. Bagi keluar semua," ujar Akasha seraya memicit tengkuk Afasya.

Arasya menatap si sulung tajam. Sengaja je! Ingat dia abang mithali ke sampai nak tadah muntah macam ni? Kalau tak sebab tak ada orang nak bersihkan, dia takkan buatlah. Kotor!

Nasib baik sikit je yang jatuh atas lantai. Tak adalah susah sangat nak cuci.

Huwek!

Okay, tarik balik.













- Continue -

Ada yang baca ke update tengah-tengah malam macam ni?

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now