"RIN, kau nampak muram. Kenapa?" Azz Muhammad mendekati Afasya. Belum sempat dia duduk, Afasya sudah jatuhkan dahi ke sisi lengannya.
"Markah kau masih 100 kan? Kenapa muram ni?"
"UTQH aku gagal... A-aku tak pandai... Aku tak pandai baca tu... Aku tak boleh nak menghafal... A-aku malu, Muhammad..."
Azz Muhammad mengangkat wajah Afasya itu. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Afasya.
"Kosong terus?" Afasya menggeleng.
"Tak tahu... Tapi aku gagal... A-aku tak tahu nak buat macam mana..." Azz Muhammad mengusap lembut belakang tubuh sahabatnya itu.
"Aku- aku tak tahu, Muhammad. Kau tahu kan? Aku tak pernah buat semua ni... Aku tak pandai... Diorang tak pernah ajar aku. Tapi sekarang diorang semua salahkan aku sebab aku bodoh." Remaja tujuh belas tahun itu dipandang sayu.
Kasihan Afasya. Lelaki itu selama ini belajar di rumah. Dia kerap tak hadir ke sekolah sejak masuk tingkatan lima kerana tak diizinkan. Afasya juga dipaksa homeschooling walau dia sudah terdaftar di sekolah. Kalau dia hadir ke sekolah, itupun waktu-waktu peperiksaan.
Afasya terpaksa menerima ajaran banyaknya subjek dan kelas-kelas tambahan lain di rumah dengan guru yang berbeza-beza. Semua subjek dia dipaksa untuk belajar tanpa henti.
Hanya saja, subjek Pendidikan Islam tak termasuk dalam semua itu. Subjek itu seperti langsung tak diperhatikan dan apabila Afasya gagal, lelaki itu akan dihukum dengan teruk.
"Aku takut nak balik, Muhammad... Aku takut kena pukul... Aku takut..." lirih Afasya. Azz Muhammad tarik Afasya ke dalam pelukannya.
"It's okay. Lepasni aku akan ajar kau. Aku akan ajarkan kau banyak perkara yang kau tak tahu. Jangan risau, lain kali aku pastikan kau lulus ujian UTQH tu. Jangan sedih..." Afasya mengangguk. Azz Muhammad tersenyum.
Afasya sudah ia anggap seperti adik sendiri. Jadi bila Afasya begini, dia rasa bertanggungjawab pada Afasya. Dia tahu Afasya tak minta hal ini, tapi itulah yang ia rasakan. Keinginan dia kuat dan Afasya adalah orang yang dia pilih untuk ia jaga persis seperti seorang adik.
"Harini kau solat?" Afasya menggeleng.
"Mereka tak bagi... Aku kena belajar dan terima hukuman sebab Pendidikan Islam aku gagal..."
"Kau masih ingat cara solat?" Afasya mengangguk. Dia masih ingat caranya. Tapi bacaannya dia lupa.
"Aku tak ingat bacaan... A-aku-"
"Tak apa, aku boleh ajarkan lagi. Jangan risau. Tenangkan diri, lepastu pergi ambil wudhuk. Kita solat sama-sama." Afasya mengangguk. Pelukan itu mahu dilerai namun Afasya menahan tangan Azz Muhammad.
"Aku harap abang aku dekat sini... Aku nak dia peluk aku macam kau selalu buat... Kenapa aku kena berpisah dari diorang?" Azz Muhammad mengeratkan pelukan dan letakkan dagu di atas kepala Afasya yang sedikit lebih pendek darinya.
"Suatu hari nanti mereka akan datang dan peluk kau macam ni. Jangan sedih. Lagipun, kau ada aku yang boleh jadi pengganti sementara abang kau. Tak nak lah nangis-nangis dah. Hm? Tak comel," ujarnya memujuk. Afasya tersenyum nipis dan mengangguk kecil.
"Muhammad rumah aku..." ujar Afasya tiba-tiba. Azz Muhammad kerut dahi.
"Maksudnya?" Afasya menoleh memandang wajah Azz Muhammad dari sisi dan tersengih.
"Maksudnya... Dekat mana Muhammad ada, dekat situlah rumah aku. Jadi, kalau aku cakap nak balik atau lupa rumah aku, kau kena ingatkan... Ingatkan yang Azz Muhammad ni rumah aku." Tawa meletus dari bilah bibir Azz Muhammad. Comel! Adik angkatnya ini sangat comel!
"Jadi aku ni rumah kau?" Afasya mengangguk laju. Azz Muhammad tersenyum lembut.
"Kalau macam tu, Darin Afasya ni adik sekali gus rumah aku. Kan?" Afasya tersengih sahaja. Dia yakin Azz Muhammad tahu jawapannya.
"Teruskan manja dengan aku. Teruskan jadi cengeng dan jangan membesar. Terus jadi budak lima tahun bila dengan aku. Tau?" Afasya mengangguk. Azz Muhammad tersenyum dan mencubit kedua belah pipi Afasya geram.
Sisa air mata dibersihkan setelahnya dan dia kembali mencubit pipi sahabatnya itu. Suka betul dia mencubit pipi Afasya. Macam squishy!
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Losowe[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...