D A R I N | 1 9 |

36 7 0
                                    

AFASYA itu ibarat bayi. Mesti menangis dulu baru boleh tidur. Seperti tadi. Bila tidurnya terganggu, menangis dan akhirnya kembali tidur.

Arasya tutup buku yang dibaca dan menguap kecil. Dia simpan buku itu atas meja sebelah katil dan terus matikan lampu meja.

"Ergh..." Arasya menoleh.

"Bukan..." Berkerut dahi Arasya. Adik kembarnya itu mengigau?

"Bukan Fasya... Bukan..." Afasya bergerak gelisah dan menggeleng. Arasya tak tahu caranya menenangkan orang yang sedang bermimpi buruk.

"ARGH!" Teriaknya. Terus terduduk Afasya. Laju nafasnya. Afasya meraup wajahnya. Esakan perlahan kedengaran. Arasya mengusap belakang tubuh Afasya dan hal itu buatkan Afasya tersentak. Laju dia menoleh.

"Calm down. Atur nafas dulu baru sambung tidur." Afasya akur dan mengatur nafasnya. Arasya hanya diam menunggu adik kembarnya itu tenang. Risau bertandang di hati. Lampu meja dinyalakan. Dapat ia lihat air mata dipipi adiknya itu.

Setelah beberapa minit barulah Afasya kembali tenang. Penat rasanya. Dia benci saat mimpi buruk datang padanya. Rasa bagai tenaganya dikuras habis.

"Asya..." panggilnya seraya menoleh memandang abang kembarnya itu. Arasya jongket sebelah kening.

"Nak peluk kejap. Boleh?" Arasya depakan tangannya. Afasya tersenyum dan terus hambur tubuh masuk dalam dakapan Arasya. Dia sembamkan wajah di ceruk leher Arasya.

"Sebelum ni tak pernah tanya pun. Peluk je terus," ujar Arasya. Afasya diam namun pelukan dia eratkan.

Arasya dapat rasa lehernya basah kerana air mata Afasya. Arasya tersenyum nipis. Ternyata adik kembarnya ini masih kecil. Masih suka dipeluk dan memeluk. Afasya juga masih suka menangis.

"YaAllah... Aku cuba untuk ikhlas. Aku cuba lepaskan dan lupakan semua tu... Aku cuba ikhlas dan menerima apa yang pernah terjadi pada aku sebab tanggungjawab yang mereka abaikan. Aku cuba..." Afasya mencengkam belakang baju tidur Arasya. Dia benar-benar sakit.

"Aku berusaha untuk tak membenci mereka. YaAllah... Tapi mengapa setiap kali aku terkenangkan hal lampau, perasaan benci itu kembali hadir? Kenapa perasaan kosong itu kembali Engkau berikan?"

"Angkat rasa itu, YaAllah... Bahkan sampai mereka meninggal, rasa peduli dan sayang aku lenyap. Aku bahkan sedikit pun tak merasai perasaan sedih atau kehilangan... Angkat rasa itu, buang perasaan benci itu, izinkan aku sekali saja menangis kerana sedih ditinggalkan mereka... Biarkan aku lupa segala seksaan itu dan kembalikan rasa sayang aku pada mereka..."

"Lapangkan dadaku dan biarkan aku mampu memaafkan dan menerima semuanya dengan ikhlas... Mereka ibu bapaku. Kumohon padaMu, YaAllah..."

Hanya dalam hati dia mampu jujur dengan perasaan dan merayu pada Allah. Bibirnya sudah seakan terkunci. Dirinya benar-benar tak kuat menanggung benci pada ibu bapanya.

Dia terseksa. Apatah lagi disaat dia tak dapat mengalirkan setitik pun air mata. Bahkan tak dapat merasai rasa sedih disaat kehilangan ibu bapanya.

Dia rasa dirinya seperti anak derhaka kerana hal itu. Setiap hari dia meminta agar hatinya dilapangkan dan perasaan kosong itu hilang. Dia minta agar perasaan bencinya ditarik dan dia mampu ikhlas. Tapi tiada yang berubah. Entah sampai bila dia akan begini.

Ada rasa tanggungjawab tapi rasa peduli dan sayangnya hilang. Masih layak dia disebut anak? Rasanya berdosa sekali. Tetapi hal itulah yang dia tak dapat elak. Tiada solusi dan dia buntu.

Tiap kali mengingat masa lalu, dia sakit, sedih dan kecewa. Bahkan marah dan benci itu kembali bertandang. Seolah mengatakan dia bakal menetap. Afasya benci dirinya yang begini.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now