D A R I N | 2 4 |

70 9 0
                                    

AZZ Muhammad lepaskan tangan Afasya yang ada di wajahnya. Lelaki itu menangis. Sudahlah sekarang dah pukul dia pagi. Risau kena sampuk saja.

"Dah lah, aku okay je," ujarnya.

"Tapi sebab aku-"

"Bukan salah kau. Aku yang masuk waktu tak tepat." Potongnya. Afasya masih menangis. Dia rasa bersalah pada Azz Muhammad.

"Aku minta maaf... Aku tak sengaja. A-aku tak tahu kenapa aku buat tu... Aku minta maaf sangat..." Azz Muhammad mengangguk.

"Iya. Aku maafkan. Dah, jangan nangis. Tidur." Afasya akur. Dia berusaha hentikan tangis dan memejam mata.

Azz Muhammad tersenyum dan mencubit lembut pipi Afasya. Dia mendodoikan Afasya agar segera kembali tidur. Afasya perlukan rehat yang banyak.

TEPAT jam tiga pagi Afasya kembali terjaga. Dia menoleh melihat sekeliling. Azz Muhammad di sebelahnya. Tidur dengan beralaskan lengan dan badan yang membongkok.

Dia diam. Benarkah apa yang mereka katakan? Azz Muhammad akan tinggalkan dia? Azz Muhammad akan pergi jauh darinya? Sebab dia gila? Sebab dia dah mula tak betul? Sebab dia tak waras?

Afasya larut dalam fikirannya. Dia benar-benar tak mahu kehilangan seorang sahabat yang selalu ada dengannya. Dia boleh kehilangan sesiapa sahaja asal bukan Azz Muhammad.

Azz Muhammad harus selalu bersama dengannya. Dia sudah tiada sesiapa. Tempat bergantung hanya Azz Muhammad. Dia takkan mampu hidup tanpa lelaki itu.

Tangisnya tertahan. Dia tak mahu membangunkan Azz Muhammad. Lelaki itu pastinya lelah. Dia tak mahu buat Azz Muhammad muak dengannya. Dia takkan menyusahkan Azz Muhammad lagi. Dia benar-benar larut dalam pemikiran hingga tidak sedar dia kembali lena.

JAM enam pagi, Afasya kembali terjaga. Tidurnya sentiasa tidak teratur dan selalu saja terjaga. Dia diam mendengar suara yang ia kenali.

"... Dan aku mohon agar Engkau kurniakan kekuatan buatnya. Bertahun-tahun lamanya aku menjadi saksi dari setiap penderitaan yang ia terima. Entah sudah berapa banyak air mata yang ia habiskan di belakangku, entah berapa kali dia hancur di belakangku, aku mohon... Kembali dirinya yang kuat itu."

"Darin Afasya sudah terlalu lama menderita. Kembalikan dirinya. Izinkanku untuk menjaganya dan terus di sisinya. Izinkanku untuk selalu ada dengannya. YaAllah yang maha mendengar, Engkau perkenankanlah doaku."

Melihat Azz Muhammad yang sudah menutup doa dan mengaminkan doa tersebut, Afasya memilih memejam matanya rapat dan berpura-pura tidur. Air mata yang keluar diseka diam-diam.

Terasa kepalanya diusap dengan lembut. Pasti itu Azz Muhammad. Dia hanya diam. Tak ada niat mahu buka mata.

"Maafkan aku, Darin. Aku sampai tak sedar yang kau berpura-pura depan aku." Afasya merasa bersalah. Dia benar-benar rasa bersalah pada Azz Muhammad.

"Kau kuat, Darin. Kuat sangat. Kau masih mampu pura-pura depan aku walau diri kau sedang hancur. Aku kagum dengan kekuatan kau. Tapi, aku harap lepasni kau akan kongsi semua masalah kau dengan aku," ujarnya lembut. Azz Muhammad ukir senyum nipis.

"Kau sahabat aku. Kau betul, aku sayang kau. Macam mana sekalipun keadaan kau, teruk mana pun diri kau, seburuk apa sekalipun perangai kau, aku tak peduli. Kau sahabat aku dan aku masih mampu untuk bimbing kau kembali ke jalan yang benar. Aku sayang kau dan aku takkan biarkan kau jatuh terduduk bersendirian." Sambungnya. Setelahnya jam dilihat.

"Kau perlu bangun. Tapi aku rasa kau perlu rehat sedikit lebih lama." Azz Muhammad kemudian beredar. Dia mengambil barang bawaan dan keluarkan tuala serta pakaiannya. Dia akan mandi dahulu sebelum bangunkan Afasya.

Afasya yang mendengar bunyi pintu ditutup terus buka mata. Dia melihat sekeliling. Hanya lampu bilik air yang menyala. Dia terus duduk.

"Maaf..." gumam Afasya amat perlahan.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now