D A R I N | 2 6 |

32 8 0
                                    

AZZ Muhammad pandang Afasya hanya diam itu. Haih, macam-macam hal. Dia sua satu sudu nasi putih dengan lauk tom yam putih ke arah Afasya.

"Makanlah sikit." Afasya pandang nasi itu sekejap dan kemudian menerima suapan itu. Dia kunyah nasi itu perlahan. Benar-benar tak berselera.

"Tadi kau cakap nak makan. Ni kau biar aku makan sorang-sorang." Afasya telan makanan dan ukir senyum.

"Mana ada biar sorang-sorang. Kan aku dekat sini. Aku teman kau ni," katanya. Azz Muhammad mencebik sesaat. Afasya mahu ketawa, tapi dia lelah. Dia hanya mampu senyum.

Afasya rasa tubuhnya masih perlukan banyak rehat. Azz Muhammad perasan riak wajah Afasya itu. Bahkan wajah Afasya masih agak pucat.

"Kau masih rasa berat ya?" Afasya mengangguk perlahan.

"Aku rasa letih sangat, Muhammad. Aku rasa macam dah tak berdaya."

"Sakit sangat ke, Rin?" Afasya jongket bahu. Azz Muhammad kalau boleh dia juga mahu pikul beban itu bersama Afasya. Tapi dia tak boleh.

"Kau tak kerja?" soal Afasya.

"Kerja. Tapi aku masuk lewat sikit. Nanti aku hantar kau balik. Rehat cukup-cukup. Malam nanti aku tidur dengan kau. Aku temankan adik kesayangan aku ni," ujarnya seraya mencubit lembut pipi Afasya.

"Muhammad..." Meleret bunyinya. Azz Muhammad ketawa dan lepaskan pipi Afasya.

"Kau betul-betul tak bermaya. Tapi aku kagum, kau masih boleh pertahankan kecomelan kau. Pipi kau pun masih memanggil untuk dicubit. Cuma tak segebu sebelum ni. Makan banyak-banyak tau. Pulangkan balik pipi gebu tu." Afasya terkekeh kecil. Dia pegang pipinya.

Isi pipinya sudah menyusut. Tapi dia turut akui, meski beratnya menurun, wajahnya seakan tidak terkesan. Hanya matanya yang semakin sayu.

Waktu Iqram melawat, pipinya dicubit juga oleh lelaki itu. Bahkan Iqram masih selalu menggoda dirinya. Dia abaikan sahaja kerana sudah tiada daya untuk marah-marah.

"Muhammad, terima kasih."

"Tak perlu berterima kasih. Aku tak buat semua ni untuk ucapan tu. Aku anggap ini amanah. Simpan je terima kasih kau tu." Afasya pandang Azz Muhammad agak lama. Dia menghela nafas perlahan.

"Kenapa?" soal Azz Muhammad. Afasya sembunyi wajah pada pelipat tangan di atas meja.

"Jangan... Muhammad..." Tak begitu jelas apa yang Afasya katakan.

"Aku tak dengar, Darin. Kuat sikit." Afasya terus pandang Azz Muhammad.

"Jangan telantarkan aku, Muhammad..." Mata Afasya berkaca-kaca. Azz Muhammad terkedu. Kenapa sahabatnya perlu begini?

Tangannya terhulur menyeka air mata Afasya yang jatuh membasahi pipi. Senyuman manis diukir buat sahabat sekali gus adiknya ini.

"Takkan pernah. Jangan fikirkan sesuatu yang belum terjadi. Aku akan pastikan ia tak pernah jadi. Buang fikiran tu supaya tak bebankan otak kau. Fikir apa yang penting je." Afasya menggeleng.

"Tak boleh... Kau penting, kau berharga untuk aku, Muhammad... Aku tak boleh tak fikir. Dengan keadaan aku, dengan situasi sekarang, aku tak pernah tak rasa takut... Aku takut satu-satunya orang yang terima aku, yang sayangkan aku apa adanya pergi. Kau terlalu bermakna dan istimewa dalam hidup aku... Aku terlalu takut..." Afasya kembali sembunyikan wajahnya.

Azz Muhammad tersenyum. Dia gembira kerana Afasya berkata begitu. Namun, di sisi lain dia sedih kerana Afasya seolah kehilangan semangat. Dia rindukan Afasya yang ceria dan manja.

Dia suka apa jua sifat Afasya. Namun, dia lebih suka saat Afasya menjadi lelaki yang ceria dan manja padanya. Sikap yang ini buatkan Azz Muhammad risau.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now