D A R I N | 0 4 |

145 14 0
                                    

ARASYA yang sedang menonton televisyen dengan Akasha dan dua orang kawan mereka itu dihampiri. Dari belakang dia memeluk leher Arasya dan menyembunyikan wajah di ceruk leher si tengah itu.

Mereka yang memerhati hanya tersenyum. Mesti sifat manja itu keluar lagi. Arasya bersandar elok agar si bongsu itu tidak kesakitan.

"Dah mandi?" soal Arasya. Afasya mengangguk perlahan.

"Meh, duduk sini." Afasya akur. Dia lepaskan Arasya dan duduk di sofa tepat sebelah Arasya. Hidungnya memerah manakala matanya sedikit bengkak dan sayu. Bahang panas Afasya masih terasa.

"Hai, Fasya!" Sapa Iqram. Itu sahabat baik Arasya dan Akasha. Dulu, di sekolah Akasha, Arasya dan Iqram diberikan gelaran tiga serangkai kerana selalu terlihat bertiga.

Buat masalah pun bertiga. Yang peliknya, naik pentas, terima hadiah penghargaan pun bertiga. Trio bermasalah? Mungkin iya. Trio bijaksana? Mungkin juga iya.

Tapi Afasya tak suka Iqram. Sangat-sangat tak suka. Boleh dia kata dia alahan dengan lelaki bernama Iqram Haneef itu. Mengapa? Lihat sahaja nanti.

Afasya menjeling. Malas mahu melayan Iqram. Akasha hanya menggeleng. Mula dah. Nanti Afasya dah darah tinggi baru reti nak berhenti Si Iqram tu.

"Sombong! Muka dah manis, tapi perangai sombong!" Sengaja. Afasya hanya acuh.

"Fasya..." panggilnya meleret seraya mengusap lembut lengan Afasya. Laju Afasya sembunyikan tangannya.

"Berambus!" Satu arahan tegas diberikan oleh Arasya. Iqram tersengih. Lihat? Afasya tidak suka lelaki playboy itu. Suka sekali mengganggu dirinya. Hanya kerana wajahnya yang sedikit berlainan, Iqram sangat gemar membuat dia naik darah.

"Tak habis-habis." Iqram tersengih.

"Alah, dia je yang bagi reaksi menarik bila aku sakat. Tak macam kau dengan Si Rasya tu. datar beku je memanjang. Macam tak ada perasaan. Bosan!" Akasha acuh. Apa-apa jelah.

"Rin, kau demam?" soal seseorang yang hanya memerhati sejak tadi. Afasya mengangguk sekali.

"Belum makan kan? Meh sini aku suap." Afasya tersenyum nipis dan terus turun dari sofa. Dia duduk bersila di atas lantai menghadap Azz Muhammad.

Itu sahabatnya. Satu-satunya sahabat sejak kecil. Dia sering dimanja oleh Azz Muhammad itu. Lebih-lebih lagi apabila Azz Muhammad adalah anak tunggal dan menginginkan seorang adik.

Afasya pula sejenis yang cengeng dan amat manja dengan orang waktu dia kecil dulu. Mungkin sudah takdir mereka untuk berkawan. Tengoklah, sampai ke besar Afasya jadi manja dengan Azz Muhammad.

"Beli dekat restoran depan tu ke, Muhammad?" soal Afasya. Muhammad mengangguk.

"Tom yam putih. Tak pedas." Afasya tersenyum.

"Aaa..." Muhammad terus masukkan nasi ke dalam mulut Afasya.

"Mm! Shedwap!"

"Jangan bercakap waktu makanan masih dalam mulut, Darin Afasya." Teguran itu datang dari Akasha. Afasya mencebik. Muhammad menghela nafas lelah.

"Sedap kan?" Afasya mengangguk perlahan. Murung.

"Nak lagi?" Afasya menggeleng dan terus bangun berlalu ke dapur. Azz Muhammad memandang Akasha.

"Boleh tak kalau nak tegur tu tunggu dia dah habis makan? Budak tu kalau dah demam payah nak makan. Tadi elok nak makan dah hilang selera. Boleh baca situasi tak?" Azz Muhammad memang pendiam dan terkesan lemah lembut. Tapi dia cukup pantang kalau Afasya diperlakukan begitu.

Ya, dia tahu teguran itu demi Afasya. Tapi tak boleh ke baca situasi dulu? Bukan baru kalini tengok Afasya demam kan? Takkan tak faham lagi.

Azz Muhammad terus bawa bekas plastik itu ke dapur. Baik dia pujuk Afasya makan di dapur. Akasha diam.

Iqram dan Arasya tahan tawa. Baru kali ini ada yang berani memarahi Akasha kerana menegur sang adik. Lawak! Lihat muka Akasha itu. Jelas-jelas lelaki itu sedang kesal.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now