D A R I N | 2 1 |

55 8 0
                                    

AKHIRNYA apa yang Afasya sembunyikan terbongkar. Azz Muhammad sudah tahu segalanya. Ternyata, dua tahun lalu saat Afasya mula berulah, lelaki itu telah disahkan mempunyai satu lagi masalah gangguan mental.

Skizofrenia.

Afasya sembunyikan itu dua tahun lamanya. Padahal Azz Muhammad selalu menemani Afasya. Tapi langsung tak tahu soal itu.

Setelah mendengar cerita Afasya itu tadi, Azz Muhammad mula menyoal dan cuba untuk memeriksa sesuatu. Setelahnya dia bertemu dengan pakar yang merawat Afasya selama ini.

Dan benar saja. Dugaan dia tepat. Kecewa terhadap dirinya sendiri kerana tertipu dengan sikap Afasya. Lelaki itu tertipu dengan banyak hal yang Afasya tunjukkan.

Padanlah Afasya tak mampu menangis dan tiba-tiba sahaja boleh menangis tanpa sebab atau bersebab tapi menangis secara berlebihan. Kini Azz Muhammad faham punca perubahan Afasya.

"Kenapa tak bagitahu aku?" soal Azz Muhammad. Dia menyingkirkan rambut depan Afasya yang menutupi mata lelaki itu.

Afasya yang lena itu dipandang sayu. Kasihan lelaki itu. Afasya sudah banyak terluka di masa lalu. Hal itu memberikan kesan pada diri Afasya sekarang. Semakin lama semakin teruk.

Lelaki berusia dua puluh empat tahun itu ternyata tidak mampu mengawal diri dan tidak mampu melupakan walau sedikit pun kisah lalu. Teringat pula dia soal minggu lalu. Malam itu mereka berdua pulang ke rumah mereka untuk sekadar makan.

"Muhammad," panggilnya. Azz Muhammad menoleh sekejap.

"Apa?" soalnya sebelum sambung makan.

"Kalau orang tak berguna macam aku mati, mesti semua orang akan bahagia kan?" Azz Muhammad tersedak. Botol air mineral di atas meja dicapai laju dan air diminum rakus.

"Kalau kau mampu fikir macam tu, kau patutnya mampu fikir yang tak ada seorang pun dalam dunia ni nak dapat kabar buruk soal orang yang mereka sayang," ucap Azz Muhammad. Kedengaran seperti marah.

Tawa mengejek kedengaran. Benarkah? Air mata diseka sebelum dia duduk bersandar pada sofa dan merenung ke atas.

"Aku tak tahu yang aku ni betul-betul diperlukan atau tak." Azz Muhammad mengeluh. Dia menghadap Afasya.

"Darin, dengar cakap aku." Afasya memandang dengan ekor mata.

"Kau patut sedar yang kau sebenarnya disayangi. Selama ni kau cuma menafikan apa yang dirasa sebab kau takut dilukai." Afasya ketawa.

Mengapa Azz Muhammad bercakap seolah merasai apa yang ia rasakan? Azz Muhammad salah! Sangat salah!

"Sedar, kau disayangi ramai. Terlepas dari semua tu, kau cuma banyak nafikan perasaan sayang orang pada kau."

"Kau salah. Selama ni aku tak pernah rasa yang mereka ikhlas. Aku hanya dapat tengok kepalsuan dari setiap tingkah mereka," ucapnya. Azz Muhammad pandang Afasya lama. Dia menggeleng.

"Darin..." Afasya ketawa dan mengeluh setelahnya.

"Aku tak kuat, Muhammad... Aku ragu..." Air mata Afasya mula mengalir.

"Darin, kenapa kau nak menangis?" soal Azz Muhammad hairan.

"Kenapa aku nangis?" soal Afasya semula. Azz Muhammad kerut dahi.

"Aku tak tahu... Kenapa dengan aku? Kenapa aku makin teruk? Kenapa aku macam ni?" Azz Muhammad bingung. Sungguh bingung dengan Afasya.

"Menangis tak ada sebab... Kenapa aku ni?" gumamnya perlahan

"Darin Afasya, kau cakap apa ni?" soal Azz Muhammad.

"Aku balik sekarang. Kau hantar nak?"

Azz Muhammad meraup wajahnya. Resah. Kadang-kadang Afasya banyak bercakap sesuatu yang sukar ia fahami. Berbelit, terkadang seolah tak sedar dengan apa yang ia sendiri katakan. Afasya jadi semakin teruk belakangan ini dan Azz Muhammad mula tahu mengapa.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now