TUBUH Afasya yang tak sedarkan diri sebaik sahaja masuk ke dalam rumah itu disambut laju. Nafas berat dan panas Afasya buatkan abang kembarnya itu resah. Tangan meraba dahi dan leher bagi memeriksa suhu yang kini meningkat.
Baju pun basah kuyup. Sah mandi hujan ni. Kilat sambar menyambar di luar masih kedengaran. Entah sudah berapa lama adik kembar yang bongsu ini bermain hujan. Sudah agak lama sejak hujan turun membasahi bumi.
"Kasha! Ambil towel untuk Fas!" Akasha yang baru turun itu diarah. Dia akur sahaja dengan perintah si tengah. Dia juga lihat si tengah sedang memangku si bongsu.
MATA kelabu terang yang sebelumnya tertutup kini kembali terbuka. Mata sayu itu mula berkaca-kaca.
Kerana hujan, esakannya tak kedengaran. Bilik yang diterangi lampu tidur itu membuatkan Afasya tidak takut untuk mengalirkan air mata kerana dia yakin tak ada yang mampu melihat dengan cahaya malap itu.
"Arh!" Mulutnya ditekup sendiri. Selimut yang dipakai ditarik menutupi seluruh badan. Dia meringkuk di bawah selimut itu menangis pilu tanpa suara.
"Aku tak minta hidup macam ni... Kenapa aku? Kenapa aku YaAllah?"
Disaat bibir terkunci, hati mula mengambil tugas berbicara dan meluahkan rasa.
"Aku lelah... Aku terlalu jauh dariMu dan aku bencikan ini... Tarik aku kembali... Biarkan aku kembali ke jalanMu... Biarkan aku dengan tidak tahu malu merayuMu lagi..."
"Seksa diri ini kerana terlalu jauh dariMu... Ampuni aku... Ampuni aku... Biarkan aku kembali menjadi HambaMu... Cukup seksaan ini... Semua ini terlalu sakit..."
Tanpa sedar, bilik itu dimasuki seseorang. Dapat ia lihat tubuh yang bergetar dari luar selimut itu. Perlahan-lahan dia mendekat dan memeluk tubuh itu dari luar selimut.
Afasya tidak hiraukan itu. Dia tidak peduli. Yang terpenting sekarang ini adalah perasaannya. Dirinya dan jiwanya yang sudah lelah.
"Maaf..." Bisikan lembut itu buat Afasya semakin tak karuan. Yang sepatutnya minta maaf itu adalah dirinya.
"Maaf buat kau macam tu," ujarnya lagi. Afasya masih diam menahan esakan.
"Aku tak patut buat kau rasa tertekan atau terasa dengan kata-kata aku. Aku salah."
AKASHA tutup rapat pintu bilik Afasya. Biarlah dua beradik itu saling bermaafan. Semoga semua kembali seperti semula.
"Kasha, kenapa belum tidur?" soal tok daddy. Akasha menoleh dengan senyuman.
"Macam mana tahu ni Kasha?" soal Akasha.
"Alah, tok daddy hafal sangat gaya pakaian korang masing-masing." Akasha mencebik.
"Tak seronoklah tok daddy ni. Habistu macam mana tok daddy cam Fasya?"
"Fasya tu tengok mata je tok daddy tahu tu dia." Akasha jongket bahu. Memang benar apa yang tok daddy katakan.
"Kenapa belum tidur, hm?"
"Hehe... Kasha tengok kembar. Diorang berdua dah berbaik tu. Harapnya lepasni tak gaduh dah." Tok daddy ketawa mendengar itu.
"Kalau tak gaduh tu bukan adik beradik namanya. Dah, Kasha pergi tidur. Dah lewat malam ni." Akasha mengangguk akur.
"Tok daddy pun jangan lewat sangat tidur. Tok daddy dah tua, nanti mati awal kalau selalu tidur lewat." Selamba sahaja dia berkata. Tok daddy berdecit melihat wajah mengejek cucu sulungnya itu.
"Dasar cucu derhaka!" Akasha ketawa dan terus masuk bilik. Sekali sekala sahaja. Bukan selalu boleh buat tok daddy macam ni. Usik sikit je. Kenangan indahlah katakan.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...