D A R I N | 3 9 |

78 11 0
                                    

AFASYA menangis dalam diam. Persetan dengan mereka. Dia tak tahan lagi. Hal ini menyakitkan. Tambahan pula suara dalam otaknya tak berhenti.

"Fas... Bangunlah. Makan sikit je," pujuk Akasha.

"Pergi." Lagi-lagi jawapan itu yang Afasya berikan.

"Fas-"

"Aku penat. Aku nak tidur. Tolong jangan desak aku, Kasha. Pergi." Akasha mengeluh pendek. Pinggan makan itu diambil oleh tok daddy. Akasha pandang lelaki berusia itu dan mengangguk faham.

"Fasya, tok daddy tak kamu sakit. Makan ya?" Afasya duduk dan bersandar. Dia pandang tok daddy yang tersenyum duduk di kerusi dan menyua sesudu nasi buatnya.

Lama dia pandang nasi itu sebelum menerima suapan itu. Jujur, dia lapar. Tapi seleranya tiada dan dia tak mahu disuap oleh kembarnya.

"Makan banyak-banyak." Afasya hanya diam mengunyah dan termenung.

"Fas kenapa ni?" soalnya.

"Tok daddy... Fasya penat." Tok daddy mengangguk faham.

"Nak tidur?" Afasya mengangguk.

"Fasya nak tidur. Nak tidur lama... Fasya penat sangat. Boleh ke?" Tok daddy usap lembut kepala Afasya.

"Lain kali ya? Sekarang, Fasya kena tidur cukup-cukup. Tak boleh terlebih tidur."

"Tapi Fasya penat sangat, tok daddy... Fasya penat... Penat... Fasya penat..." Pinggan diletakkan atas meja. Dia membawa Afasya masuk ke dalam pelukannya.

"Kesayangan tok daddy penat ya?" Afasya mengangguk.

"Maafkan tok daddy. Maaf sebab tak pernah tanya keadaan Fasya."

"Tok daddy... Fasya penat." Tok daddy angguk.

"Kenapa? Kenapa semua orang buat Fasya macam ni? Kenapa semua orang sakitkan Fasya? Kenapa Fasya yang kena? Kenapa hidup Fasya macam ni? Kenapa? Kenapa Fasya yang rasa sakit ni? Kenapa?" soalnya bertubi-tubi.

"Fasya... Jangan persoalkan takdir," tegurnya. Afasya rehatkan dagu di atas bahu tok daddy.

"Fasya menyesal... Fasya menyesal sebab dulu Fasya terlalu lemah. Fasya menyesal... Kalau Fasya pilih untuk ikut tok daddy dulu, semua ni takkan jadi..." ujarnya lirih.

"Tema yang ditentukan adalah kebahagiaan yang takkan hadir semudah penderitaan itu hadir. Penyesalan, manusia pasti akan menyesal dengan apa jua pilihan dan tindakan mereka. Bezanya hanyalah bagaimana mereka menentukan akhir dari bentuk penyesalan itu." Arasya menyampuk. Afasya ketawa mengejek.

"Yang kau lihat sempurna nyatanya cacat. Yang kau lihat bahagia nyatanya menderita. Berhenti lakukan sesuatu yang akan buatkan kau menyesal sampai mati." Afasya membalas. Dia pandangan Arasya di belakang tok daddy.

"Lebih baik kau buang aku sebelum kau menyesal sebab dapat seorang adik kembar yang gila. Lebih baik kau campak aku tepi jalan daripada kau sengsara sebab aku." Tok daddy leraikan pelukan dan menangkup wajah Afasya.

"Dengar sini, Fasya. Tak ada siapa yang akan biarkan kamu pergi." Afasya memejam matanya sesaat sebelum memandang sayu.

"Penat..."

"Tok daddy tahu kamu penat, Fasya. Tapi belum masanya." Afasya genggam tangan kiri tok daddy di pipinya itu.

"Nak Muhammad. Tok daddy, tolong... Bawa Fasya jumpa Muhammad... Fasya perlukan dia... Tolong..." lirih dia berujar dengan mata yang berkaca-kaca.

"Jangan susahkan orang, Fasya! Azz tu mungkin baru nak tidur!" Arasya naik bengang dengan sikap adik kembarnya itu.

Afasya acuh dan merayu pada tok daddy agar bawa dia pada Azz Muhammad. Dia perlukan sahabatnya.

"Tolong... Fasya takkan minta apa-apa dah. Sekali je... Bawa Fasya pada Muhammad... Fasya merayu..."

"Fas-"

"Ini mungkin terakhir kali Fasya jumpa Muhammad... Dia akan tinggalkan Fasya lama, tok daddy... Dia akan pergi jauh dan tinggalkan Fasya lama. Tolong..." Afasya memotong.

Mahu tak mahu tok daddy akur.

"Yelah. Tok daddy call dulu. Kamu siap-siap." Afasya tersenyum.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now