D A R I N | 3 7 |

61 9 0
                                    

AZZ Muhammad tersentak kecil. Dia memandang Afasya yang memegang tangannya itu. Sahabatnya itu tersenyum walau jelas kelihatan yang senyuman itu palsu.

"Jangan salahkan diri kau. Patutnya kau salahkan aku, bukan diri sendiri." Azz Muhammad menggeleng.

"Memang salah aku. Sebab aku, kau macam ni. Aku tahu, aku puncanya. Aku picu penyakit kau. Aku minta maaf." Afasya hanya tersenyum.

"Muhammad... Nanti aku kena pindah ke wad psikiatri. Aku minta maaf ya? Aku mungkin tak dapat hantar kau pergi lapangan terbang..."

"Rin, jangan fikir pasal tu. Aku tak kisah pun..." Afasya mengangguk perlahan.

"Kau dah makan?" Azz Muhammad mengangguk. Tentu saja dia berbohong. Dia tiada selera makan. Afasya tepuk lembut belakang tangan Azz Muhammad.

"Jangan nangis lagi... Aku tak suka... Jangan nangis sebab aku..." ujarnya dengan suara yang bergetar. Azz Muhammad mengangguk. Laju dia seka air matanya.

"Maaf aku susahkan kau. Tapi kau boleh tolong aku kan?" Azz Muhammad tentu saja mengangguk.

"Kau nak apa?"

"Aku dahaga. Tolong aku minum. Badan aku berat." Azz Muhammad ukir senyum paksa dan terus tuangkan air. Dia letak penyedut minuman di dalamnya dan bantu Afasya untuk minum.

Selesai sahaja, dia bantu betulkan bantal dan selimut Afasya. Sahabatnya itu kelihatan sangat letih.

"Aku mengantuk..."

"Tidurlah. Aku dekat sini." Afasya memejam matanya sesaat sebelum kembali dibuka memandang Azz Muhammad.

"Aku takut. Aku takut bila aku buka mata... Kau dah pergi. Aku takut kau tinggalkan aku waktu aku tengah tidur... Aku tahu kau sibuk. Tapi aku takut. Aku perlukan kau... Kenapa lana? Kenapa kena lama?" Azz Muhammad membawa Afasya ke dalam pelukannya.

"Aku... aku bukan kawan yang baik ke? Aku susah diatur? Aku degil? Atau apa? Bagitahu aku... Kenapa kena tinggalkan aku? Kenapa kena pergi tanpa aku? Kau tak pernah tinggalkan aku lama-lama..."

"Kalau kau dah benci, kalau kau dah muak dengan aku bagitahu... Jangan pergi. Cuma jangan pergi dan tinggalkan aku... Tolonglah... Aku ada kau je, Muhammad. Aku bergantung pada kau... Jangan pergi tanpa aku..." Pelukan dileraikan. Azz Muhammad mengucup dahi Afasya sekilas dan mengukir senyuman.

"Aku usaha. Sekarang, kau tidur. Biar aku teman dan aku janji, aku akan ada sebelah kau bila kau buka mata." Afasya memandang sahabatnya ragu.

"Aku janji." Afasya mencengkam lengan Azz Muhammad dan berbaring dengan selesa sebelum menutup matanya. Azz Muhammad tersenyum. Dahi Afasya dipegang dan sedikit bacaan ia lantunkan. Semoga Afasya boleh tidur dengan nyenyak tanpa mimpi buruk.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now