AFASYA menghirup udara di tepi pantai itu. Setelahnya dia berbaring atas tikar beralaskan paha sahabatnya itu.
"Muhammad..."
"Ya? Ada rasa sakit dekat mana-mana ke?" Afasya menggeleng. Tak ada yang sakit pun.
"Tak ada. Aku cuma nak cakap terima kasih..." Azz Muhammad mengangguk dan membuang pandangan ke arah laut.
Afasya selalu sahaja begitu sejak bangun dari koma. Terima kasih dan maaf tak pernah lepas walau sehari. Azz Muhammad risau.
"Kenapa kau nangis?" soal Afasya seraya mengusap pipinya sendiri yang basah kerana air mata Azz Muhammad jatuh ke pipinya.
Azz Muhammad menyeka air matanya laju dan menggeleng.
"Aku cuma lega... Tiga bulan kau tidur tak bangun-bangun. Kami rindukan kau, Fasya..." lirih dia berujar. Afasya ketawa kecil.
"Not Fasya. Darin. Always call me Darin, Muhammad." Azz Muhammad mengangguk. Matanya bergenang lagi.
"Aku rindukan kau. Aku takut sangat, Rin. Kau cakap pelik-pelik. Perbuatan kau pelik... Tiap hari aku rasa macam kau akan pergi... Aku takut..." luah Azz Muhammad. Air mata tak dibiarkan jatuh.
Afasya terus duduk dan menunduk membelakangi Azz Muhammad. Dia tahu itu. Akasha dan Arasya ada beritahu. Bahkan Iqram berkata yang Azz Muhammad selalu menangis depan mereka dan terus berlari menjauh.
Azz Muhammad bukanlah orang yang mudah menangis di hadapan orang yang dia tak betul-betul rapat.
Pasti Azz Muhammad merasakan sakit. Kini rasa serba salah menghurungi dirinya. Afasya pusing menghadap ke arah Azz Muhammad.
"Aku minta maaf buatkan kau risau... Aku takut. Aku betul-betul cuma takut sebab aku rasa nyawa aku tak panjang... Aku minta maaf..." Azz Muhammad menggeleng. Dia menunduk membiarkan air matanya jatuh.
"Muhammad..." Bahu Azz Muhammad dipegang. Dia mengintai muka Azz Muhammad. Mata Afasya mula berkaca-kaca.
"Hingga ke penghujung, hanya seksaan yang kau tinggalkan untuk aku. Aku menyesal, Rin..." lirih Azz Muhammad perlahan. Afasya menggeleng.
"Mu-"
"Aku menyesal sebab tak suruh kau berhenti. Aku menyesal sebab buat kau berharap pada mereka. Kau betul... Aku salah." Azz Muhammad memotong. Kemudian dia memandang Afasya.
"Maafkan aku..." Laju Afasya menggeleng.
"Kau tak salah! Aku yang salah... Kau betul, Muhammad. Bukan mereka yang tak ikhlas. Tapi aku... Aku yang tak ikhlas terima mereka selama ni... Sebab tu aku tak dapat rasa... Aku yang tak percaya pada keluarga. Aku yang salah bahagian tu..." Azz Muhammad ukir senyum dan mencubit lembut pipi Afasya.
Afasya merengek kecil. Sakit pipinya. Azz Muhammad ketawa dan sebelah tangan lagi naik mencubit sebelah lagi pipi Afasya.
"Muhammad... swakit..." Azz Muhammad ketawa suka dan kemudian lepaskan pipi Afasya. Puncak kepala Afasya diusap.
Afasya laju tarik lengan bajunya menutupi tapak tangan dan menyeka air mata Azz Muhammad yang masih mengalir dipipi. Ini bukan Azz Muhammad yang dia kenal. Ini Azz Muhammad versi cengeng!
"Muhammad... Terima kasih!" ujarnya dengan senyuman lebar. Azz Muhammad sedikit terkejut dan kemudian tersenyum dengan mata yang sedikit terpejam.
Wajah Afasya saat ini buatkan dia tersenyum. Afasya mula terkekeh melihat Azz Muhammad. Kemudian dia kembali berbaring atas ribaan Azz Muhammad dan mendongak memandang wajah sahabatnya itu.
"Terima kasih teman aku sampai akhir... Tersenyumlah. Senyuman kau yang selalu buat aku terus kuat. Terima kasih untuk setiap hari yang penuh makna. Aku sayang kau." Afasya berucap dengan satu tangan naik mencubit pipi Azz Muhammad agar tersenyum. Azz Muhammad ketawa kecil.
"Janji dengan aku satu perkara, Muhammad. Janji yang kau akan kuat dan terus tersenyum. Ingat, aku sentiasa perhatikan kau. Aku akan terus di sisi kau walau kau tak nampak aku atau mungkin kau dah lupakan aku suatu saat nanti... Terima kasih, Muhammad."
Azz Muhammad terdiam. Dia pandang Afasya lama sebelum Afasya tersenyum dan kembali berdiri. Dia menuju ke arah lautan yang terbentang.
"Darin!" Azz Muhammad mengejar. Afasya menoleh memandang Afasya dan tersenyum manis.
"Tersenyumlah." Kata-kata terakhir Afasya sebelum hilang ditelan ombak dia abaikan.
"DARIN! JANGAN MAIN-MAIN! DARIN!" Puas mencari sekeliling tapi tidak ia temui. Hingga akhirnya dia juga terbawa arus ombak.
"Da... Rin..."
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Diversos[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...