D A R I N | 1 1 |

52 7 0
                                    

DUA TAHUN KEMUDIAN...

Afasha memeluk Akasha dan menyembunyikan wajahnya diceruk leher lelaki itu. Akasha menepuk lembut belakang tubuh kembarnya itu.

"Kenapa?" Lembut Akasha menyoal.

"Mana Asya dengan Iqram bawa Muhammad?" soal Afasya sedikit meleret. Lama betul dia tunggu. Ini adalah masalah besar. Dia rasa tak sedap hati.

"Sabarlah. Diorang pergi carikan kau air matcha yang kau pesan." Afasya lepaskan Akasha dan duduk bersandar pada sofa di sebelah Akasha.

"Lama. Aku ris-"

Deringan telefon milik Akasha menghentikan kata-kata Afasya. Akasha terus mengambil telefonnya atas meja dan menjawab panggilan tersebut.

"Rumahlah. Kau kenapa ni?"

"Hah, kau dekat mana ni, Iqram? Mana yang lain? Bila nak balik?" Afasya acuh. Dia bangun menuju ke dapur. Tekaknya kering. Dia mengeluh kecil.

"Mana perginya ni? Aku tak sedap hati..." gumam Afasya perlahan. Dia terus mengambil gelas dan menuangkan air.

Baru sahaja gelas menyentuh bibir, namanya sudah diseru kuat oleh Akasha. Dia meneguk rakus air itu dan gelas diletakkan dalam singki. Setelahnya barulah dia menemui Akasha.

"Kenapa?" soal Afasya bingung.

"Pergi siap-siap. Diorang bertiga accident." Afasya mengangguk. Nampak sahaja tenang. Padahal hati sudah meronta-ronta mahu bergegas menemui mereka yang lain.

AFASYA berlari menuju ke arah Azz Muhammad yang masih terbaring lesu. Persetan dengan mereka yang lain, dia hanya mahu tahu keadaan sahabat sekali gus abang angkatnya itu.

"Kau okay?"

"Okay. Sakit sikit je," ujarnya. Afasya mengangguk faham. Setelahnya dia memandang wayar berwarna merah itu.

"Kurang darah?" Azz Muhammad mengangguk.

"Aku dah cakap dengan kau tadi! Jangan bawa kereta! Kau degil, Muhammad!" Marahnya. Azz Muhammad ketawa kecil.

"Tapi aku okay."

"Ya, kau okay tapi keadaan kau lebih teruk daripada orang lain! Tengok, lengan dah luka! Sendiri sakit kan? Bahaya nyawa orang sekeliling tu belum kira! Orang cakap tak nak dengar! Cuba dengar cakap aku, Muhammad! Degil!" Azz Muhammad mahu ketawa kuat mendengar setiap bebelan Afasya. Tapi mengingat dirinya yang sudah teruk ini dia tahan saja.

"Marah?" soal Azz Muhammad. Afasya ketap gigi. Rasa nak cepuk je bibir pucat Azz Muhammad itu. Soalan tu tak cerdik betul!

"Marahlah! Aku ada kau sorang je selama ni, Muhammad! Mestilah marah! Aku risau..."

"Kau patut tahu, Rin. Macam tu lah perasaan aku bila kau degil dan suka ikut kepala sendiri. Risau kan? Sekarang satu sama lah. Adil," ujarnya selamba. Afasya mula menangis. Azz Muhammad menggeleng. Haih... Cengeng!

"Aku betul-betul risau... Perasaan aku tak sedap daripada pagi tadi. Kau balik lambat, tak call, tak bagi location pun... Sebelum ni tak ada pun macam tu... Tiba-tiba dapat tahu kau masuk hospital. Aku panik... Sakit, Muhammad. Jantung aku laju..."

"Kalau nak balas dendam pun bukan macam ni caranya... Aku takut... Janganlah main-main, Muhammad..." Sambungnya. Azz Muhammad ukir senyum dan menggenggam tangan Afasya yang bergetar itu.

"I'm sorry. Tapi kan sekarang kau tahu aku okay. Hm? Janganlah nangis dah," pujuknya lembut.

"Aku minta maaf, Darin." Azz Muhammad tayang senyuman manis. Afasya mengangguk.

"Dimaafkan?" soal Azz Muhammad.

"Em! Tapi jangan buat lagi... Aku betul-betul takut." Afasya melepaskan genggaman itu dan menyeka air matanya. Azz Muhammad tersenyum seraya mengangguk.

"Tak buat dah." Afasya ukir senyum.

"Rin, aku dahaga." Afasya faham dan terus keluar dari sana untuk mencari air. Azz Muhammad menghela nafas berat. Untunglah katil di kiri dan kanannya tak ada orang. Tak adalah mereka terganggu kerana Afasya yang memarahinya tadi.












- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now