D A R I N | 4 6 |

80 9 0
                                    

ARASYA menumbuk kuat batang pokok di belakang hospital itu. Sesak dadanya. Seakan-akan dia turut merasai sakit yang Afasya rasa di dalam sana.

"Rasya..." Arasya menoleh dan terus memeluk Akasha dengan erat.

"Adik... Adik kita... Aku belum minta maaf, Kasha... Aku takut..." Laju sahaja air mata turun tanpa malu.

Akasha mengusap lembut belakang kepala Arasya. Dia cuba menyalurkan kekuatan buat kembarnya ini.

"Kau rasa? Dada ni... Macam nak pecah... Sakit, Kasha... Adik kita mesti lagi sakit..." Akasha mengangguk setuju. Arasya keluar dari sana pastinya kerana ini.

Akasha tahu Arasya tak mahu tok daddy atau mereka yang lain nampak sisi lemahnya itu. Dia juga tak mahu mereka risau jika melihat wajah mereka yang memucat.

Jantung mereka berdegub laju dan dada mereka terasa sesak serta amat menyakitkan. Mereka sahaja sudah begini, bagaimana pula Afasya yang bertarung dengan maut di dalam sana.

"Sakit..."

"Aku tahu. Sebab tu kita kena dengan satu sama lain dan doakan adik dekat dalam. Dia perlukan kita." Arasya mengangguk dan lepaskan pelukan itu. Akasha usap lembut air mata dipipi Arasya.

"Kita kena kuat." Arasya lagi-lagi mengangguk.

"Duduklah. Tunggu sampai reda, lepastu baru kita masuk. Aku tak nak diorang risau dengan Fasya."

"Aku tahu..." Akasha tersenyum dan rambut Arasya diserabaikan. Arasya itu takkan malu tunjukkan perasaan saat dengan Akasha.

SEMINGGU berlalu. Afasya dinyatakan koma. Dia memasuki fasa kritikal kerana tubuh Afasya melemah.

Tak henti-henti mereka semua melawat Afasya yang ditempatkan semula di dalam ICU. Keadaan Afasya tidak stabil. Mereka juga tak dapat masuk ke dalam.

"Cepat bangun, Rin..." lirih Azz Muhammad.

Keadaan Azz Muhammad yang paling teruk saat ini. Jelas Azz Muhammad terkesan dengan hal ini. Lelaki itu kini memiliki lingkaran gelap di bawah mata kerana kurang tidur. Wajah Azz Muhammad juga cengkung. Pasti kurang makan.

Keadaan Afasya teruk dan Afasya perlukan pemantauan. Hal itu sudah cukup buruk. Tambahan baru beberapa jam lalu Afasya mengalami kejang-kejang.

SEBULAN berlalu. Perlahan-lahan semuanya mula menerima. Arasya menggenggam tangan Afasya.

"Maafkan aku..." lirihnya.

"Maafkan aku atas semua perlakuan aku, Fas... Aku pun... Aku pun sayangkan kau... Tolong... Beri aku peluang..." Arasya mencium lama belakang tangan Afasya. Air matanya dibiarkan mengalir.

Sementara itu, di luar mereka yang lain berusaha untuk kuat. Berharap Afasya kembali membuka mata.

Dua bulan berlalu. Afasya masih sama.

Tiga bulan berlalu dan Afasya masih tidak sedarkan diri. Hanya sahaja, lelaki itu mula menunjukkan perkembangan. Keadaan Afasya stabil dan sudah dibenarkan untuk pindah wad.

Mereka tentu sahaja gembira. Afasya perlahan-lahan menunjukkan respon positif.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now